Pages

Monday, June 30, 2008

A Tribute to Neurology

pesakit NeuroFibromatosis




Assalamualaikum wbt.
Ringan tangan saya menulis hari ini, dengan kelapangan masa dan hati kurniaan Allah, suka saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat beberapa perkara sepanjang musim final exam yang lepas bermula 10 Jun hingga Sabtu lalu, 28 Jun 2008. Pendek kata, banyak yang saya pelajari secara langsung dan tidak daripada exam itu sendiri..

Memandangkan pembaca blog ini terdiri daripada kalangan mahasiswa yang rata-ratanya bukan pelajar Medik (ini hasil kajian kasar saya sahaja), saya sekadar mahu mengajak kalian menilai kurniaan yang kita ada hari ini sebagai Nikmat yang besar dari Allah dari kaca mata Medicine.

Islam mengajar kita dengan unik.

Bila melihat perkara berkaitan akhirat, lihatlah orang yang lebih daripada kita.
Bila menilai perkara Dunia, lihatlah orang yang lebih kurang daripada kita.


Dengan prinsip simple seperti itu, Islam sebenarnya membuka ruang besar supaya kita menjadi hamba yang bersyukur.. tapi hakikat pada hari ini - inna qalilan maa tashkurun.. Sesungguhnya sedikit sekali antara mereka (baca:kita) yang bersyukur.

Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong. Tetapi apabila ditimpa malapetaka, maka dia banyak berdoa. Al Fussilat, 41:51


Ayat-ayat di atas tentunya biasa kita baca, tapi tanpa hati yang hidup, tentu merasakan ayat itu ditujukan untuk orang kafir, orang Yahudi... Terasa seperti ia (teguran itu) bukan ditujukan untuk kita tapi untuk orang Afrika, orang Eskimo.. Alahai diri, sedarlah!

Sepanjang exam yang lepas, sedar atau tidak malam-malam hari kita dihidupkan dengan solat tahajud dan hajat yang lebih panjang daripada biasa.. Solat fardhu on time, dan tidur malam 2-3 jam sahaja dan selebihnya bersusah payah bersengkang mata berjihad (study). In one aspect, Alhamdulillah. In the other hand, istiqamahkah kita?

Sama-sama kita merefleks diri..

Tersentuh saya ketika menelaah subjek Neurology tempoh hari, terutamanya ketika belajar tajuk Single Gene Defect [ Masalah Genetik ]. Salah satu contoh yang popular ialah Neurofibromatosis atau lebih dikenali dengan nama Von Recklinhausen Disease.






Pesakit biasanya akan menghadapi masalah serius dengan kulit kerana ia bakal dipenuhi nodul/ketumbuhan kecil termasuklah di kawasan mata yang dikenali sebagai Lisch Nodule.


Erm, teramat sempurna diri ini jika melihat mereka kan? Lihatlah kesannya yang teramat besar, padahal hanya satu bahagian kecil genetik sahaja yang mangalami kerosakan atau mutasi.

Moga Allah sentiasa menghidupkan hati-hati kita untuk sentiasa mensyukuri nikmatNya..

p/s: pesan Tuan Guru Nik Aziz ketika diri ini mengunjunginya tahun lalu- "Belajarlah! Tuntutlah ilmu tinggi-tinggi. Tujuannya satu supaya kita makin dekat kepada ALLAH"

Jazakallah Khairan Kathira Tuk Guru!



Sunday, June 29, 2008

Its Tyme to Change

Iwan Fals - Surat Untuk Wakil Rakyat (Live).mp3 - Iwan Fals




bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt

Как дело?
Kaifa halukum?

Semoga antum sehat dalam lindungan Ilahi sentiasa. Sudah hampir seminggu saya biarkan dashboard (column New Post) empty. My bad. Kesibukan menghabiskan papers exam yang agak mencabar benar-benar mencuri kebebasan menulis saya. Alhamdulillah, tirai semester 8 berlabuh dengan selamat, tanpa izinNya siapalah saya.

Sejujurnya, beberapa hari kebelakangan ini saya lebih suka (senang) melawat dan membaca blog tulisan sahabat handai, rakan taulan dari seluruh benua..ceewah. Tidak dinafikan, kesemua mereka menulis dengan ilmu, mempunyai pandangan yang kritis dan disokong pula fakta-fakta sahih.


Alhamdulillah, All Praise is due to Him juga kan.. Mengurniakan para pemuda Islam yang celik dunia, tidak buta politik, gagah di medan ilmu dan perjuangan fizikal. Saya bangga mengenali kalian semua dan jazakumullah khairan kathira atas kesudian berkongsi.


Selain itu, saya banyak menghabiskan masa membelek Akhbar Alternatif dan sesungguhnya tulisan RPK banyak membuatkan saya termenung sendiri. Banyak rupanya isu major tertangguh negara kita. Alahai MalaysiaKU.

Kenapa saya tiba-tiba menulis malam ini? Tepatnya di pagi hening menunggu Subuh Summer di Bumi Komunis ini.. Di saat sahabat-sahabat gegak gempita dengan Europe League (Spain vs German?) saya merasa terpanggil untuk mencoret sesuatu di sini.. em, bukan untuk kalian kerana saya pasti semuanya sudah well-informed tentang hal ini. Sekadar peringatan untuk saya.


::DSAI dituduh meliwat::


1.Tahniah kepada Saudara Saiful Bukhari Azlan kerana sudi mengaku diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alangkah tak malunya kamu.

2. Tahniah juga kepada DSAI kerana tak habis-habis diuji dengan perkara yang tidak senonoh (pada pandangan saya) seumpama ini. Moga terus tabah.


Senang ceritanya.. Tapi berat bahu mahu memikulnya.

Saya tidak bercadang mahu mengulas lanjut tentang isu ini.

1.Mungkinkah ia adalah master plan Kerajaan dalam 'alih fokus' rakyat dan mengekalkan harga minyak pada tahap 141% tanpa diganggu gesaan keras rakyat supaya menurunkannya?

2.Mungkin juga sekadar mahu mencemar kredibiliti DSAI yang katanya bakal menggantikan Paklah sebagai PM. Wah! Hangat! Wallahuallam.

Apapun, kita akan menyaksikan ribut di kalangan mahasiswa khususnya dan rakyat umumnya. Sejarah pasti berulang. Itu yang kupasti. Cuma dalam bentuk apa, terpulanglah. Situasi politik hari ini bagai menunggu letusan Gunung Merapi yang telah diramal.

entahlah.

CoRRupted!!! (hikari cakap) saya cuma mahu tersenyum, mengiyakan apa yang dilontarkan oleh sahabiah saya yang satu ni..

erm. Saya kehilangan kata. Sesungguhnya ilmu saya tentang dunia politik ni hampir zero (kalau dibundarkan kepada nombor sa) Alangkah kerdilnya diri saya. Dan tujuan asal blog ini diapungkan juga bukan untuk membawa sentiman parti kepada pembaca-pembaca. Saya berharap saya tidak lari fokus. Insya Allah.

ITS TYME to CHANGE. erm, itulah yang mahu saya cakap sebenarnya..




p/s: Sabtu lepas adalah hari terakhir saya bergelar Pelajar tahun 4. Alhamdulillah, selepas ini nampaknya saya sudah melangkah ke anak tangga seterusnya- Pelajar Perubatan Tahun 5. Selayaknya, saya sudah tahu 'serba serbi' tentang bidang ini kan. Nampaknya banyak yang perlu saya perkemaskan bila balik kampung nanti, Insya allah doakan saya ya. Saya bercadang mahu berkongsi beberapa perkara menarik sepanjang Imtihan tempoh hari. Mudah mudahan diberi kelapangan masa oleh Ilahi.

Sunday, June 22, 2008

Kadangkala




Bismillah hirrahmanirrahim

Kadangkala..
bila kita selalu sangat memberi..
kita sampai lupa akan kekurangan diri sendiri..
kita sampai alpa akan kelemahan yang
dipunyai..

Oleh itu suka ku mengajak kalian mengkoreksi diri:

1.Muhasabah sentiasa
2.Banyakkan solat malam
3.Istighfar tak lekang
4.Kurangkan ketawa
5.Mengaji dan solat rawatib jadikan amalan


Antara sebab mengapa dakwah/seruan kita mudah diterima:

1. Mempunyai hati bersih
-kerana hanya hati yang bersih bisa masuk (meresap) dan mengejutkan hati-hati yang lain pula. Jangan kita mengharapkan apa-apa tanpa memiliki seketul daging ini.

2. Mempunyai niat yang suci
-jangan lupa ini! Kerana kita cuma mengajak manusia ke arah Yang Esa. bukan partisan atau jema'ah. Agar nanti meski anak buah lari (tidak lagi berada di bawah jagaan kita) kita masih boleh tersenyum kerana melihat dirinya terus utuh membawa panji Islam di mana-mana.

SIKIT tu JER?

cukuplah buat masa ini.. kerana diriku merasa terpanggil sahaja untuk sama-sama menilai hidup ini dari kaca mata seorang sahabat, pelajar, dai'eyah, anak dan hambaNYA.



p/s: Ya ALLAH, permudahkanlah urusan duniaku.. Moga setiap bait patah perkataan (Obstetrics) menjadi butiran tasbih di sisiMU..

Friday, June 20, 2008

baju "NO FEAR" VS "Fear ALLAH"
mana satu jadi pilihan?


Sahabat-sahabat sekalian apa khabar? masih sibuk dengan peperiksaan ya? hihi. Itulah putaran hidup kita kan, especially medical students macam kita nih, memang sedia terkenal dengan exam-oriented life.

Apapun, moga imtihan kali ini membuahkan benih tawakal dan menghidupkan pohonan taqwa kita padaNya. erm, rasanya jarang kita nak duduk bertafakur begini ketika di zon selesa kan? hihi. Tak mengapa-sekadar ingatan, untuk penulis juga sebenarnya.

Sebenarnya tujuan sebenar menulis hari ini mahu mempromosikan beberapa designs baju terbaru by Kiwi Group. Memandangkan pembaca blog ini terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara (seperti kalian), amatlah besar harapan andai kita dapat sama-sama membantu business ini.

Kalau sahabat-sahabat berkenan boleh emel kepada saya atau berhubung terus dengan sahabat saya di Malaysia melalui ym beliau nukman_86.




baju "NO FEAR" VS "Fear ALLAH"
mana satu jadi pilihan?

jom, pakat beli ramai-ramai. Harganya rm 23. Size standard S,M,L,XL

Untuk para muslimat, sabar yea. Nanti kita cuba dapatkan yang labuh (paras lutut) dan berlengan panjang.. Insya allah.

What Ziarah got to do with UKHUWWAH?


" Jom! Makan-makan"

" Takpe ke ukhti. Antunna tak penat? "

" Hehe, penat lah juga. Baru pulang daripada Uni. Settlekan semua urusan visa dan pasport. "

" Wah, bukan main lagi yea semangat nak balik! "

" Hehe. Jadi la kan, makan-makan ni? "

Itulah alkisahnya.. Maka kami pun makan sama-sama petang semalam. Meriah juga dengan kehadiran lauk pauk instant ala bujang.



rindunya kuih sagu.. kat Russia kelapanya tidak fresh seperti di Besut. hihi. terima jerlah yea



Tomyam kampung by Ena dan Shikin. besnye


Kerutup ayam. Sebenarnya dah lama tak makan lauk berkuah santan.. (sebab santan di Qalam dah abis stok.hihi)


Jika dihitung-hitung, sudah agak lama saya tidak menziarahi mereka (al Fajar). Sepanjang 3 papers (bermula 10 Jun lalu) saya langsung lupa tanggungjawab saya pada mereka. Alangkah kerdilnya diri..

What 'ZIARAH' got to do with ukhuwwah?

1. Jangan kita semua lupa tentang kepentingannya. Inilah antara method berkesan Imam Hassan Al Banna dalam memimpin Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu. Malah dalam Buku Thoriq Ila Qolbi karangan Syeikh Abbas As-Siysiy dengan lengkap menghuraikan betapa bersungguhnya Ihab dalam menjalin ukhuwwah.

2. Anda masih ingat bukan dalam 10 wasiat Ihab. Antaranya terkandung isi 'gigih berkenalan'. Pada saya, hal ini bukan kecil. Dan penganjur nya sendiri (Ihab) bukan setakat menggariskannya malah itulah yang menjadi pakaiannya hari-hari. Beliau tidak lokek untuk memulakan suatu perbualan (break the ice orang putih kata) malah, seterusnya ukhuwwah tersebut akan terus disirami dengan kunjungan-kunjungan dakwah yang punyai misi besar!

(Ukhuwwah without self-interest is the most beautiful thing in the world)

Suka saya menambah juga "Bersahabat di atas dasar akidah adalah yang terindah"

Itulah yang mengikat kami.. Jakakumullah Khairan Kathira atas persahabatan ini..

Innamal mukminuna ikhwah

Al Hujurat, 49:10

p/s : not a shocking news - my anak usrah is going to marry this summer holiday, on 23rd August 2008. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. kudoakan yang terbaik buat kalian berdua. Moga berbahagia ke anak cucu-melahirkan para dai'e muda..ameen

Thursday, June 19, 2008

::artikel tak geram::

APABILA ada orang bertanya kepada saya tentang kenaikkan harga minyak baru-baru ini – saya berkata ianya memang bagus dan tepat pada masanya. Memang bagus kerana dengan pengurangan subsidi ini, maknanya kerajaan kita akan mempunyai lebihan wang sebanyak lebih kurang 14 billion setahun. Memang banyak nilai 14 billion. 1 billion bersamaan seribu juta. 1 juta bersamaan - senang cerita duit RM 100 sebanyak 10,000 keping.


Secara peribadi, dalam keadaan kerajaan kita yang begitu gigih melancarkan program untuk kesejahteraan rakyat melalui pelbagai koridor seperti ECER, NCER, WPI dan SCORE, saya merasakan kenaikkan petrol sehingga RM 2.70 masih terlalu rendah. Otak saya sentiasa berfikir, sudah cukupkah wang kerajaan dengan kenaikkan 78 sen ini?.


Saya cukup risau kalau-kalau kerajaan masih tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mentadbir dan menguruskan negara ini dalam keadaan yang sedang cukup bermasalah sekarang samada dari segi ekonomi dan politik dan kewangan negara.


Saya juga risau, kalau-kalau pemimpin-pemimpin negara kita akan dipotong gaji dan elaun mereka lebih banyak selepas ini selepas pengumuman Pak Lah elaun para menteri, timbalan menteri, TPM malah PM sendiri akan dipotong sebanyak 10 peratus. Cukuplah dengan hanya rakyat sahaja yang perlu berkorban. Mereka sebagai pemimpin tidak seharusnya melakukan apa-apa pengorbanan.


Rakyat yang memilih mereka menjadi pemimpin, maka rakyatlah yang perlu berkorban. Saya juga cukup-cukup bimbang kalau-kalau pemimpin negara yang baru sahaja kita pilih ini akan menjalani hidup yang susah ekoran kenaikkan harga minyak yang khabarnya sedang menggila ekoran spekulasi negara kecil Israel akan menyerang Iran.


Bagi saya, biarlah rakyat berjalan kaki dengan selipar Jepun sekalipun, janji pemimpin yang kita pilih tadi dapat menaiki BMW, Mercedez ataupun paling-paling teruk pun AUDI keluaran terbaru. Malah, saya amat-amat takut kalau mereka terpaksa membuka tingkap kereta untuk mengurangkan kos penggunaan petrol kerana mereka tidak perlulah melakukan tindakan senekad itu.


Bukan apa, saya takut nanti kereta mewah yang mereka naiki akan cepat rosak sekiranya banyak terdedah kepada habuk apabila tingkap dibuka. Tambah-tambah lagi habuk-haprak dari baju atau seluar rakyat kebanyakkan yang bekerja buruh seperti saya.


Sudahlah selalu pakai selekeh, bau pula begitu semacam yang boleh mengakibatkan aksesori dalaman kereta mewah mereka akan cepat berkarat sekiranya selalu sangat berada berdekatan.


Sebab itulah saya berasa tidak gembira, gemar dan seronok kalau-kalau pemimpin yang sangat kita kasihi ini selalu bercampur-gaul dengan rakyat kebanyakkan kerana mungkin baju, seluar atau topi berjenama - yang berharga ribuan ringgit yang selalu mereka pakai akan sama berbau sebagaimana bau rakyat kebanyakkan.


Dan ini adalah amat bahaya sebenarnya kepada masa depan politik mereka kerana ianya secara langsung boleh menyebabkan mereka tidak lagi akan mendapat undi selepas ini terutamanya dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.


Saya juga amat bimbang kalau-kalau isteri-isteri pemimpin kita selepas ini tidak lagi dapat membeli pokok-pokok bonsai yang berharga RM1 ribu setiap satu selepas kenaikkan harga minyak atau dapat membeli aksesori-aksesori rumah yang kosnya bersamaan dengan gaji selama berpuluh-puluh, malah beratus-ratus tahun bagi rakyat kebanyakkan atau rakyat biasa.


Sebab itulah RM 2.70 nilainya terlalu kecil sahaja. Malah saya merasakan nilai RM 5.55 sen seliter adalah paling berpatutan. Kenapa saya memilih angka 555?. Mudah sahaja kerana bunyinya kelihatan seperti buku 3-5. Maksudnya rakyat akan selama-lama nya hidup dalam keadaan yang sentiasa berhutang.


Kalau negara pengeluar Minyak seperti Venezuela boleh memberikan rakyatnya sebanyak 16 sen seliter, saya merasa amat kasihan dengan pemimpin mereka. Otak saya ligat berfikir ‘mungkinkah negara mereka akan bangkrap kerana memberikan rakyatnya 16 sen seliter?.


Mungkinkah pemimpin negara mereka akan menjadi miskin atau dapatkah nanti isteri-isteri mereka dapat membeli bonsai yang berharga RM 1 ribu atau lebih?. Mampukah negara mereka melaksanakan projek sebagaimana projek kebanggaan negara kita seperti ECER, NCER, WPI atau SCORE kalau mereka terus berdegil menjual minyak 16 sen seliter?


Saya menjadi begitu marah kepada negara Venezuela. Aparaaaa U ni Venezuela….Begitu juga dengan negara Iran yang menjual petrolnya sebanyak RM 0.29 sen seliter. Nigeria – RM 0.32 sen seliter. Arab Saudi RM 0.38 sen se liter. Kuwait RM 0.67 sense liter. UAE RM 1.19 sen seliter. Mesir RM 1.03 sen seliter. Brunei RM 2.03 sen seliter dan akhirnya Malaysia RM 2.70 sen se liter.


Yang menariknya –semua negara ini adalah pengeluar minyak yang aktif dan bukan sebagaimana Thailand, Indonesia ataupun Singapura yang bukan merupakan negara pengeluar minyak. Namun ketiga-tiga negara ini terpaksa menjadi ‘kambing hitam’ apabila selalu sahaja dijadikan perbandingan oleh Pak Lah dan konco-konconya setiap kali harga minyak dinaikkan.


Sebab itulah pada hemat saya, biarlah rakyat sahaja yang pecah kepala otak berfikir bagaimanakah caranya, bukan sahaja untuk menjimatkan petrol malah jimat segala-galanya.


-saya yang tidak geram, KLpos.com

Monday, June 16, 2008

ALHAMDULILLAH.. Terengganu dapat royalti semula!!!






" Ye ke ni? "


" Iyerlah.. nape-mung tak mboh ke? "


" Nape tak mboh lok? Hok kite-mesti la kite nok. Mung nih pong.. "


" Bile benor deme kabonye kite buleh semula? Nape aku dok tahu ke cite pung? Pelik sungguh la pok pok nih gak. Bukang nok kabo ke aku! "


" Nih ha. Mung bace lah sendiri. Dok reti lah aku geng-geng orang besor nih.. Pening pale aku bace. Bende-bende pong- hok petingnye- kite buleh pitis semula. "



Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.


Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.


Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak.


Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab.-->WANG EHSAN tak silap =P


Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar.


Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007.



" Mung nok lagi dok suratkabo nih? "

" Nape lok? "

" Sebak ingat aku nak la. Nok gi kabo ngang tunjuk ke bini aku. Mesti dio kejut besor.. "

" Oryte la. Ambik ambik. Sedekoh amal jariyah aku ke mung ari ning.. "



SYABAS RAKYAT TERENGGANU DAN PIMPINAN NEGERI YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS PASTINYA DALAM MERAIH KEADILAN UNTUK NEGERI KITA..


p/s: Sejuk sikit hati penulis hari ini ( selepas penat berhempas pulas mengulangkaji Neurology dari pagi tadi) untuk 3rd paper 19 JUNE nie.. Doakan ambe juga!

Tuesday, June 10, 2008

Fantasi VS Realiti








bismillahirrahmanirrahim

" Kak long!!! Cepat telefon rumah! "

Tot.. tot.. Mesej kedua masuk.

" Kak long, please.. call me now "

Alunan irama Handphone Samsung usangku berkumandang. Tertera nama Kak cik. Miscall lah tue. Malas-malas aku mendail nombor rumah di Terengganu, Malaysia 09-_ _ _ _ _ _ _. Zapp! Perasaan rinduku datang tiba-tiba.

Lama juga kami berborak petang itu. Kak cik rupanya sedang mengidap sejenis penyakit biasa pelajar-pelajar lepasan SPM - RAMBANG MATA! Aku cuma tersenyum. Malas mengulas lanjut. Terpulanglah.

1. Australian Matriculation Programme (AUSMAT) - kursus persediaan di INTEC Shah Alam 2 tahun.

2. Matrikulasi Sains Bersekutu UIA - 1 tahun setengah di UIA

3. Matrikulasi Sains Hayat - 1 tahun setengah di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Teringat kembali beberapa bulan yang lepas. Kak cik pernah mengadu kepadaku tentang inferioriti yang dialaminya. Menurut Kak cik, pemergian 2 kakak - aku (Kak long ) dan Kak ngah ( sekarang masih di INTEC) ke luar negara benar-benar memberi tamparan hebat kepadanya. Bimbang andai dirinya tidak dapat menempatkan diri di institusi pengajian yang 'setaraf' dengan kami kononnya. Aku cuma senyum sahaja. Malas juga mahu mengulas.

Begitulah, kini nampaknya apa yang diimpikan Kak cik semakin jelas menampakkan bayangannya. Aku pun tersenyum lega, Alhmdulillah, Allah permudahkan jalan hidupnya.

Membandingkan suara Kak cik tadi (aku baru call rumah 30 minit yang lalu) dengan suaranya 3 bulan lepas teramatlah berbeza. hihi - macam baru disuntik euphoric drugs.

Begitulah hidup ini, kan? Segalanya telah disusun dengan indah oleh Ilahi. Dia Mahu Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Moga kita adalah di antara hambaNya yang bersyukur, insya allah.

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya. Tidak ada yang tahu selain daripadaNya. Dia mengetahui apa yang di darat dan laut. Tidak ada sehelai daun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun di dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang kering atau basah yang tidak tertulis dalam kitabNya yang nyata. Al-An'am, 6:59




p/s: Saya masih perlu bermujahadah untuk remaining 4 papers - terdekat, this Friday. Doakan kami semua ya pembaca budiman. Tadi baru habis paper Surgery yang menakutkan (hihi)


Thursday, June 5, 2008

::Bila mana hati merindu::






sebenarnya he' (aizadiha) baru sahaja memperkenalkan saya dengan lagu tersebut..
ish ish. rasa betul-betul mengisi hati yang tengah merindu nie..hihi





comel kan budak-budak pengawas sekolah saya? erm..salah seorang daripadanya ada kat bilik saya sekarang ni. tengah baiki iBook dia yang rosak..sian~






erm, inilah gambar terakhir saya sempat rakam sebelum kaki ini menjejak ke bumi Russia. Sebelah kanan saya cikgu Muslimah (guru Biologi) dan sebelah kiri saya cikgu Halim (guru Kemahiran Hidup dan sahabat baik saya sehingga hari ini)



isk isk..nak balik..


p/s: penulis sebenarnya sedang menghadapi masalah Tension Headache setelah membaca beberapa soalan MCQ Neurology untuk test esok, hua hua

Tuesday, June 3, 2008


" Kenapa kau sukakan dia? "

Lama Imran termenung.. berfikir-fikir..

" Entah! " Sepatah Imran menjawab.

" Cantik sangatkah orangnya? "

Imran senyum.. Dia mencongak-congak sendiri.

"Tak pun, Yazid. Orangnya biasa-biasa sahaja "

Ya! Itulah. Imran rasa, itulah kesimpulan terbaik.

Yazid berkerut.

" Lemah lembut orangnya barangkali? "

Pecah berderai ketawa Imran.

" Tak juga, Zid. Biasa-biasa aja orangnya "

Kau ni kenapa Imran? Imran bermonolog sendiri. Seakan dia tak mampu menggambarkan perasaan yang sedang bergelojak dalam hatinya. Alahai~

" Erm, keluarganya bagaimana? Anak ustaz atau YB ek? "

Imran tak membalas apa-apa.

" Imran? "

Imran tersenyum.

" Kau ni Zid..macam-macam. Dia biasa-biasa aja. Nanti kau tengoklah sendiri ya..hihi "

Imran pun berlalu setelah menghulurkan kad biru kepada Yazid, sesuai dengan tema majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung sebulan akan datang.




Di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri. Agar kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antaramu perasaan kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.. Ar-Rum, 30:21

P/S: "Selamat berbahagia kepada sahabat-sahabatku yang bakal mendirikan rumah tangga.. Moga bisa melahirkan mujahid-mujahidah agama, ameen"

Sunday, June 1, 2008



bismillahirrahmanirrahim..seharian hari ini Ahli Qalam tiada di rumah. Alhamdulillah Allah sibukkan kami.. Alhamdulillah dengan kerja berfaedah, kalau tak-tidur sahaja berpanjangan.

(petik kata-kata Yana tadi.. "Rasa macam hidup kita ni..berguna sikit untuk masyarakat!"

hihi. Betul juga telahan Yana. Saya pun sebenarnya mengiyakan kata-kata Yana tadi. Bukan apa..rahsia sebenar kami serumah ni..agak 'kurang rajin' belajar kalau tak dapat momentum untuk exam. hihi-nakal kan? em, pesanan daripada pihak penaja "JANGAN TIRU MACAM KAMI"

'Atas sebab itulah' nampaknya, kami semua cuba mencari jalan lain untuk memanfaatkan masa muda yang 'sangat banyak' ini.

Maka tadi, Ahli Qalam pun buat-buat sibuk..

Sebenarnya seronok juga meeting (meskipun kadang kala membosankan).

Tadi, pihak PPIM dapat kunjungan terhormat wakil khas daripada AJK Penggerak (bagi membantu pembinaan) Kirovsky Islamic Centre. Matpih nama diberi.

Menurut beliau, laman web tentang pembinaan masjid tersebut telah diupradekan kepada www.musliminvolgograd.com maka, saya mengalu-alukan para pembaca budiman melawat ke sana dan sama-sama dapat info terbaru berkenaan Islamic Centre tersebut.

Menurut Afham (Presiden PPIM kami) pula, 2 minggu yang lepas sahaja, sebanyak 130 000 rubles (hampir RM 20 000) telah diserahkan kepada mufti Ilyas. Masya Allah, tu baru kutipan untuk beberapa minggu kebelakangan ni!

moga kita sama-sama menghulur tangan dalam pembinaan rumah Allah di bumi subur Russia ni..ayuh!

Kemudian, Presiden PPIM induk pula berkata-kata. Ahmad Fardi tuan empunya nama. Menurut Abang Amad PPIM RSC akan menganjurkan program Homestay di perkampungan Orang Asli pada Julai nanti. Jadi untuk sesiapa yang berminat boleh melawat http://homestay.imamrsc.com.




Alhamdulillah, meeting pun selesai.

Afham kata, "KENO DERAH! MSA pulok nok jupo"

hihi, Presiden MSA sedang menunggu kami rupanya. Hilmi Affandi nama diberi. Kami semua dapat surat makluman tentang pembinaan Kirovsky Islamic Centre untuk perhatian ibu bapa di kampung halaman. Insya Allah Blue, akan kucuba sebaik mungkin!

Fadhly Khairy (Presiden Kelab UMNO Volgograd) memanggil. "Cepat!Cepat!"

Predeparture Programme untuk adik-adik freshie 2008/2009. oh! new job rupanya. Teristimewa dianjurkan untuk meraikan Bakal Pelapis Tenaga Kerja PEMUDA PEMUDI Islam di sini..

alhamdulillah..habis sudah seharian hari AHAD yang sungguh berharga bagi semua warga Volgograd yang cuma dapat cuti sehari dalam seminggu..

dan hari ini sungguh bermakna buat Ahli Qalam tentunya..(^_^)v. SYABAS! sayang kalian semua