Pages

Monday, June 30, 2008

A Tribute to Neurology

pesakit NeuroFibromatosis




Assalamualaikum wbt.
Ringan tangan saya menulis hari ini, dengan kelapangan masa dan hati kurniaan Allah, suka saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat beberapa perkara sepanjang musim final exam yang lepas bermula 10 Jun hingga Sabtu lalu, 28 Jun 2008. Pendek kata, banyak yang saya pelajari secara langsung dan tidak daripada exam itu sendiri..

Memandangkan pembaca blog ini terdiri daripada kalangan mahasiswa yang rata-ratanya bukan pelajar Medik (ini hasil kajian kasar saya sahaja), saya sekadar mahu mengajak kalian menilai kurniaan yang kita ada hari ini sebagai Nikmat yang besar dari Allah dari kaca mata Medicine.

Islam mengajar kita dengan unik.

Bila melihat perkara berkaitan akhirat, lihatlah orang yang lebih daripada kita.
Bila menilai perkara Dunia, lihatlah orang yang lebih kurang daripada kita.


Dengan prinsip simple seperti itu, Islam sebenarnya membuka ruang besar supaya kita menjadi hamba yang bersyukur.. tapi hakikat pada hari ini - inna qalilan maa tashkurun.. Sesungguhnya sedikit sekali antara mereka (baca:kita) yang bersyukur.

Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong. Tetapi apabila ditimpa malapetaka, maka dia banyak berdoa. Al Fussilat, 41:51


Ayat-ayat di atas tentunya biasa kita baca, tapi tanpa hati yang hidup, tentu merasakan ayat itu ditujukan untuk orang kafir, orang Yahudi... Terasa seperti ia (teguran itu) bukan ditujukan untuk kita tapi untuk orang Afrika, orang Eskimo.. Alahai diri, sedarlah!

Sepanjang exam yang lepas, sedar atau tidak malam-malam hari kita dihidupkan dengan solat tahajud dan hajat yang lebih panjang daripada biasa.. Solat fardhu on time, dan tidur malam 2-3 jam sahaja dan selebihnya bersusah payah bersengkang mata berjihad (study). In one aspect, Alhamdulillah. In the other hand, istiqamahkah kita?

Sama-sama kita merefleks diri..

Tersentuh saya ketika menelaah subjek Neurology tempoh hari, terutamanya ketika belajar tajuk Single Gene Defect [ Masalah Genetik ]. Salah satu contoh yang popular ialah Neurofibromatosis atau lebih dikenali dengan nama Von Recklinhausen Disease.






Pesakit biasanya akan menghadapi masalah serius dengan kulit kerana ia bakal dipenuhi nodul/ketumbuhan kecil termasuklah di kawasan mata yang dikenali sebagai Lisch Nodule.


Erm, teramat sempurna diri ini jika melihat mereka kan? Lihatlah kesannya yang teramat besar, padahal hanya satu bahagian kecil genetik sahaja yang mangalami kerosakan atau mutasi.

Moga Allah sentiasa menghidupkan hati-hati kita untuk sentiasa mensyukuri nikmatNya..

p/s: pesan Tuan Guru Nik Aziz ketika diri ini mengunjunginya tahun lalu- "Belajarlah! Tuntutlah ilmu tinggi-tinggi. Tujuannya satu supaya kita makin dekat kepada ALLAH"

Jazakallah Khairan Kathira Tuk Guru!



0 comments: