| |
" Ye ke ni? " " Iyerlah.. nape-mung tak mboh ke? " " Nape tak mboh lok? Hok kite-mesti la kite nok. Mung nih pong.. " " Bile benor deme kabonye kite buleh semula? Nape aku dok tahu ke cite pung? Pelik sungguh la pok pok nih gak. Bukang nok kabo ke aku! " " Nih ha. Mung bace lah sendiri. Dok reti lah aku geng-geng orang besor nih.. Pening pale aku bace. Bende-bende pong- hok petingnye- kite buleh pitis semula. " Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu. Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu. Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak. Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab.-->WANG EHSAN tak silap =P Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar. Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007. " Mung nok lagi dok suratkabo nih? " " Nape lok? " " Sebak ingat aku nak la. Nok gi kabo ngang tunjuk ke bini aku. Mesti dio kejut besor.. " " Oryte la. Ambik ambik. Sedekoh amal jariyah aku ke mung ari ning.. " p/s: Sejuk sikit hati penulis hari ini ( selepas penat berhempas pulas mengulangkaji Neurology dari pagi tadi) untuk 3rd paper 19 JUNE nie.. Doakan ambe juga! |
0 comments:
Post a Comment