Thursday, September 2, 2010
PERUTUSAN UNTUKMU
jazakumullah khayr atas pertolongan antum semua! masha allah. ibu tak sangka dikurniakan allah kekuatan yang sebegitu semalam.
tahukah kamu itulah kali pertama ibu berpergian seorang diri... emm tak jauh kan 30minit perjalanan... tapi... faqirnya diri ini.
Jerteh-Kg Raja
dekat je, nak!
malah, ustaz salam kata : Kuala Terengganu-Besut
lebih dekat!
emm, ibu terkedu.
sampai saat ini, ibu masih rasa tak sedap badan. bakal demam, telahan hati ibu berkata begitu. so much things occured lately. tanpa kamu semua (walaupun belum lahir) ibu tak mampu bertahan seorang diri... jazakumullah khayr sekali lagi untukmu kerana sudi menemani hari-hari sepi ibu.
emm, YG QSvolgo pun lately senyap aja.
ibu tahu, semua ahli QS sibuk beribadat. mengejar hari-hari barakah, akhirul ramadan kareem.
masha allah. lihatlah sayang, betapa allah begitu pemurah pada ibu. meski diri ini serba dhoif, dia tetap menganugerahkan ibu sahabat-sahabat solehah seperti mereka.
hikari:mut,kenapa tak bermaya nih?
mut:tak tahu :(( rasa nak nanges jer...
hikari:heh, setahu aku mut bila ada masalah, dia gelak je!
mut:baekk hikari, mut gelak (sambil nanges) sekarang! (T_T)
aizadiha:mut,mut...
mut:kenapa?
aizadiha:ish ish... (start bebel@tulis blog@termenung lama mencari kata-kata hikmah)
mawadah:muuuuuuuuuuuut!
mut:iye.
mawadah:jom gi jalan-jalan tepi sungai volga!
mut:baek wadah. (walaupun bad mood, kalau layan jiwang tepi volga, memang hilang juga sedih)
emm pelbagai fiil.
pelbagai ragam.
pelbagai intonasi suara.
tapi itulah kami.
saling melengkapi...
ah! di mana bisa kutemu manusia seperti kamu lagi?
yang bisa memahami (memujuk) hatiku yang sedang semu ini...
uhuu. mut sedang bermonolog sendirian. inilah agaknya dialog yang bakal berlaku kalau sekarang ini kami berempat masih menetap di rumah qalam, volgograd.
SOLAH,
sebagai anak pertama,
solah kena kuat tahu. kena selalu jadi yang paling kuat.
kena teman ibu. kalau ibu ke mana-mana drive seorang diri, solah kena pastikan solah tak tidur.
malah terus ligat berzikir di sebelah ibu tau... :)
SUHAIB pula,
walaupun abang ngah,
suhaib pun kena jadi macam abang solah juga
ibu nak anak-anak ibu semua kuat-kuat belaka!
gagah jasmani, cerdas aqli.
biar tumpas segala taghut di bumi
suhaib pun kena selalu nasihat ibu supaya jadi kuat macam khadijah
jangan lembik, ibu
ibu kena tabah!
ibu mesti lawan syaitan dan al hawa!
malah, kalau ada apa-apa, suhaib kena pesan pada ibu macam bayi dalam cerita Ghulamul Dakwah tu: "Terjunlah ibu. Allah bersamamu"
Aisyah dan Khadijah,
puteri-puteri ibu yang istimewa,
anugerah ilahi kepada diri ibu yang serba kekurangan
kuiringi kehadiranmu dengan kesyukuran berganda
kita mesti tabah ye, nak.
wanita itu GAGAH, tapi bukan pada jasmaninya
biar kita KAYA ruhiyyah.
maka, sebab tu semalam, ibu kuat.
ibu takut hantu. takut mat rempit. takut orang snatch handbag etc...
takut sangat.
jalan gelap takde lampu! (sampai hati kerajaan tak letak lampu jalan)
takut...
tapi anakanda-anakanda ibu ramai di sisi. berzikir bersama alunan alam.
masha allah.
ya allah tsabatkan diri ini.
walaupun tanpa QSvolgo
tanpa adik-adik mutarobbi yang mengasihi diri
tiada siapa-siapa di sisi
tapi ALLAH kan ada!
::Catatan post-ziarah IPG Besut::
Friday, July 23, 2010
ziarah yang basah
assalamualaikum wbt
Semoga ikhwah akhowat dalam peliharaan Allah sokmo
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Semalam, saya menerima ziarah yang sungguh bermakna dari akhowati tersayang - Ukhti Nur Ilianie (Leeds) dan Ukhti Noradilah (Dublin)
Turut hadir adik dari Nizhny Novgorad (Russia) Faizul Baidah, Noor Adilah (Leicester) alhamdulillah allah beri kesempatan kepada kami pakat-pakat sharing :)
Pada mulanya kami bercadang ke Pantai Air Tawar, dekat dengan rumah Ukhti Farizah tapi tiba-tiba sang Hujan berziarah ke seluruh pelosok Besut, hehe. biiznillah semua orang tetap tekad meneruskan liqa :)
Ukhti Ilianie kata, ada beberapa orang adik baru nak fly ke UK-Eire nak join juga tapi ditakdirkan allah mereka ada urusan… tidak mengapalah, allah sebaik-baik Pengatur Urusan… :)
Mula-mula share tadabbur surah at taubah, 9:41-47
Infiru khifafan wa tsiqalan… uh, memang betul…berat sungguh nak berangkat ke mana-mana kalau dah namanya cuti hehe. Terasa-rasa ayat itu berdesing di telinga… syaitan pula memang suka menambah hias bestnyeeeeee duduk di rumah dan bolak balikkan hati masa nak melangkah turun dari rumah.
Emm, bila dah berhalaqah, gelak-gelak, makan-makan dan berukhuwwah semua tu hilang… tak tahu terbang ke mana! :) Benarlah pesan para sahabat “Ijlis bina nukmin saah”
Alhamdulillah allah memilih kami untuk mendengar tausiyyah dari sahabiah yang solehah. Apa lagi kamu perlu wahai insan?
Aha, teringat kisah seorang Kaab bin Malik, bersama 2 sahabatnya Mararah bin Rabi dan Hilal bin Umayyah. Ada persamaan juga kan… summer- masa untuk beristirehat, musim menuai (padi, anggur dan kurma) angin di tepi pantai (baca: Pantai Air TAwar) sepoi-sepoi bahasa… ;p Tambah-tambah, baru juga balek kampong kan… :)) Walaupun mereka ahli Badr al-Qubra, memahami dakwah ke akar umbi… tapi sudah tertulis iman kita ada masa syirrah (up) dan fatrah (down)
Cantik allah susun seerah ini supaya kita mentadabburinya… (T_T)
Kemudian, Ukhti Ilianie mengingatkan kami supaya muhasabah nawaitu kita. Tajdid niat sentiasa… Lillahitaala. Melangkah ke mana-mana pun, dengan kalimah tertinggi sentiasa tersemat di hati…biar bergegar lubuk hati, biar diri kita sedar sentiasa, kaki ini melangkah kerana sebuah Mardhotillah!
(jangan buat perkara tanpa sedar macam rutin – tanpa ruh dan kefahaman) huhu. Benar-benar ia tazkirah buat saya.
Kenapa selama ini, ikut usrah sebab kawan-kawan satu rumah ajak ke?
Teringat nukilan seorang Muharikah, akan ada suatu masa tiada orang peduli awak akan tsabat atau tidak. Masa itu, awak harus bangun dan melangkah sendiri…
Kenapa selama ini buat dakwah sebab ada orang sudi pimpin tangan dan manjakan awak? Beessstnye… sangat (T_T)
Alhamdulillah selesai tadabbur, Ukhti Noradilah (adik kesayanganku sejak dari SESMA) shared what she obtained from Daurah di KL yang baru berakhir 2 hari yang lalu. Semangat mereka kan, balik dari daurah, terus bersemangat nak kongsi dengan kami yang tak join daurah. :)
Hamasah tinggi nih… moga allah terus pelihara iman kita :)
Wajaa amin aqsol madinati rojulun YAS’A... Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki DENGAN BERGEGAS (Surah Yasin, 36:20)
Pot..pett..pot..pett Ukhti Noradilah bercerita dengan tanpa henti. Petah sekali. Hehe. Macam dengar lecture di dewan kuliah pula! (^_^)v
- Istia’b
- Tumuwwat tarbawiyyah
Sangat best. Alhamdulillah, personally sudah beberapa kali dapat tajuk-tajuk ni… tapi bak kata seorang Farahdiba (Moscow), “Di jalan ini, pengisian 20-30%... yang lain tu saya dapat dari pertemuan dan berukhuwwah dengan akhowat…”
Saya mengangguk. Benar sekali, dik.
Mama saya seperti biasa skodeng (curi-curi dengar) pengisian halaqah kami, hehe. Alhamdulillah ini kali kedua akhowat Ganu-Besut datang invade rumah saya :)) syukran akhowati! Benar pesan seorang Muharikah, “Berziarahlah!”
Insha allah proses mengambil hati ibu bapa berjalan lancar. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…
Ziarah akhowat benar-benar menjadi catalyst ke arah itu. Pohon doa ikhwah akhowat sentiasa…
Insha allah, coming Jaulah akhowat ke Pulau Perhentian 28 -29Julai. Tambang pergi balik rm40. Penginapan free. Sesiapa yang mampu@berhajat@nak bertanya, don’t hesitate to call PIC: Ukhti Farizah 013 9276588 (kaguya_hime2211@yahoo.com)
faqiratun ila rabbiha
Noor Azimah bte Ab. Aziz, Besut, Terengganu
Friday, February 13, 2009
salam,
its 13th February 2009. Hari ini adalah hari ke-4 saya melalui latihan di Department of Oncology (Oncological Centre of Volgograd Region) Sekejap je masa berlalu. Sejujurnya, saya jatuh cinta dengan Oncology. I'm not sure why, because there are so much things which impress me (shto ia sama ne smogy opredelit, ochen zhal)
1. Oncology buat saya lebih menghargai hidup ini
Department ini secara tidak sedar banyak memberi 'tazkirah' pada saya.
Pagi tadi, kami dibawa melawat pesakit Cancer of Head and Neck. It sounds biasa, kan? I saw people with incomplete lower jaw (we call it mandible) because he underwent some sorts of operation. And now, he's left with half-tongue and no lips. In other words, his mouth cavity is left exposed. He has impaired articulation (you can't understand his speech)
2. Oncology mengajar saya erti CINTA
Saya terserempak dengan pasangan suami isteri, yang saya kira berumur dalam lingkungan awal 40-an. Sebenarnya pada ketika itu, saya dalam perjalanan ke Lingoranski Mechet (Mosque of Lingoranski Region) - and I pontem lecture (*_~)
Susah sekali mereka berasa-asak mahu menaiki mashrutka (kereta prebet sapu di Rusia). Kekurangan sebelah (upper) extremity memang menyusahkan. Suaminya kudung dari paras bahu ke bawah. Masha Allah...
Saya bertanya diri sendiri :
-Setaat itukah diri saya saat suatu hari nanti andai suami tercinta hilang upaya?
-Mampukah saya menyayanginya seperti sebelum ini?
-Sudikah saya menemaninya penuh cinta di kala dia sangat memerlukan perhatian saya?
Cinta tak mungkin mampu bertahan tanpa CINTA...
3. Oncology mengajar saya erti WE COMPLETE EACH OTHER
"We work as a team. There are no other department work as we did. Every morning, we have a round table to discuss the best plan of treatment and dynamics of patient. We worry about them (patient) more than they do!" (because most things are kept secret, especially the fact that doctors REALLY know that they are dying anyway)
Na kazhdom shagy, posmotri. Oni vse vremia smeutsia, ylibivautsia... dazhe medseostri. (haha, you'll not find this in any hospital here)
Russia- Osobennaia strana. Its unique in its own way!
Tuesday, February 10, 2009
volgo tanah airku
Rasa mahu menangis pun ada.
Tambah-tambah pula, Nor, Wadah dan Aiza pun baru mengUSRAHkan saya. Fuh, banyak betul yang perlu saya baiki pada diri dan jalan kerja dakwah yang saya sedang usaha lakukan kini. Insha Allah. Moga Dia permudahkan segalanya. Yang saya sedar, Allah tidak pernah lari daripada kita. Malah Dialah yang berlari ke arah kita di saat kita baru mengatur langkah mencari redhaNya. Tak gitu?
Saya pun rewind berkali-kali videoklip hasil usaha Iliana dan Aiza. Spasibo kepada sahabat-sahabat yang selalu menyedarkan saya yang 'suka' FUTUR ni...
Sebenarnya, saya baru mengulangkaji sebuah buku karya Imam Syahid Hassan Al Banna, bertajuk USUL 20. Ya, mungkin anda semua sudah khatam banyak kali buku tersebutkan? Jujurnya, saya sendiri pun belum habis membaca dan mengulangkajinya buat masa ini. Insha Allah, saya akan cuba secepat mungkin.
الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة وثروة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
Wednesday, February 4, 2009
yojainika @ zenshina @ wanita
SITUASI PERTAMA
Ma pesan tadi, "Jangan tulis pelik-pelik (*politik) Kak Long kat blog kamu tu. Sekarang ni bahaya. Takut biasiswa kena tarik!"
"hehe" macam biasa. Sengih ajelah. Saya sungguh bertuah ada ma yang suka 'berpesan'.
SITUASI KEDUA
Ada orang tanya, "Bahaya tak sebenarnya Fibroid?"
"Kau rasa?" tercengang kawan-since-childhood aku. heh heh (seni cover tak tahu)
SEBENARNYA....
fibroid tak bahaya sangat, Na. Jangan bimbang. Insya Allah your mum will be ok :) Tengok nama dia, memang bukan cancer (benign tumor - kira tak bahayo mano)
yang besnya, memang insya allah regress sendiri without treatment. Tambah-tambah pula, fibroid suka menumpang uterus *symtomless (memang macam silent parasite kan)
cuma setakat yang aku faham, kita rawat bila:
1.ia 'kacau' organ lain
2.besar sangat
3.sebabkan infertility (tak subur)
4.sebabkan symptom (biasanya zenshina tersebut dapat menorrhagia *period yang sangat-sangat banyak tak terkira)
tentang rawatan yang bakal diberikan, terpulanglah kat tempat mana fibroid itu menumpang uterus (rahim) 'kita'

if you ask me (dont be hesitate ya) i'll answer:
1.hysteroscopic resection - tak usah potong perut. Kiranya, alat pemotong tu kita masukkan dari bawah kemaluan (cervix/pangkal rahim)
2.laparoscopy - tak usah belah perut juga. Cuma perlukan 3 lubang sebesar 1 cm dan alat pemotong dimasukkan melaluinya. Tapi kena keluarkan ketumbuhan tu sikit-sikit dan berdikit-dikit. Yang penting, perut takde parut dan cepat *siya (cepat sembuh) :))
3.macam-macam *tanya Mr.Google :P
SPASIBO SUDI BERTANYA. rEvISe sikit doctor muda nih :P
14
lama tak menulis... :P
naverno, y menia syndrome 'post-exam'
tem bolee, nikto net doma.
vse v Germaniu yletali, uhu (T_T) kena tinggal!
on the other side, i become Yana's baby :P
spasibo Yane za vse - zavtrak (breakfast), snacks, ywin (dinner)
Hajat di hati nak bertungkus lumus habiskan Usul 20, tapi nampaknya harapan tinggal harapan... hehe. Asifah Kak Anis!
Cuti 14 hari ni, saya banyak habiskan fungsi mata (tengok movie)!
Kesimpulan: I'll name my 1st son Solahuddin, Insya Allah
Spasibo to Solahuddin (1963), Kingdom of Heaven (2005), 1st Knight (2005 kot), Saladin the animated series (2008), Arn-The Knight Templar (2008) dan documentaries seangkatan dengannya...
teringat exam Paediatrics tempoh hari (my 1st paper, sitted in Russian Languange) I am not sure did I light my night's candle to max or not :P to be honest the *malas old me (always) haunted myself :P
Kesimpulan: I wish to be a neonatalogist, Insya Allah
berbelas-belas Physiological and Pathological Reflex kanak-kanak dan baby yang kami hafal... enjoy these videos and check anak-anak (saudara *kalau belum kawen lagi, hehe) masing-masing ye. Then, consult me kalau ada masalah. heh heh
Sunday, January 25, 2009
Woman In Islam
and to be honest, ia neskolko raz ego posmotrila
subhanallah...
There's no GOD but HIM
how beautiful are everything is arranged for us
Just don't dare to forget it, in times of futur (osobenno)
Allah vsegda riadom!
Sunday, November 30, 2008
Ahad
semalam hari terakhir Dr maza jadi mufti...
semalam juga hari terakhir dihe' 21 tahun...
semalam mungkin kali terakhir saya ikuti 'usrah'...
semalam juga mungkin kali terakhir saya buat praktikal... :(
tapi...
semalam ialah kali ketiga sahibah2 Ruski (Moslem Russian girls) bertandang ke rumah dan belajar IQRA 1 :)
setiap kali hari Ahad datang... saban minggu... itulah rutin kami.
penat,gembira,lelah,pening-pening lalat,tak larat,eager-semua perasaan bercampur baur...
Maklumlah, hari Ahad di bumi komunis Russia ini ialah hari paling berharga dan bermakna untuk semua kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar institusi tinggi.
Ada apa dengan Ahad???
1.satu-satunya hari dalam seminggu cuti setelah 6 hari bekerja tanpa henti
2.tiada practical work diwajibkan
3.pasaraya, game centres menyediakan harga termurah untuk pelanggan
4.kuliah agama di Malaysian Hall
5.jualan 'Mini Pasar Malam'
6.Kejohanan Bola 'Volgograd League'
despite of that, saya merasakan suatu 'lacking' andai Ruski debywki ini kami biarkan tanpa teman... biarpun tidak banyak saya dapat membantu, sekurang-kurangnya perkongsian 'iman' berjaya dilakukan... Alhamdulillah, seriously- its something which you cant gain in your own place like my Besut!
Mengenali mereka membuatkan saya lebih mengenali Allah... subhanallah (T_T)
Mengenali mereka menjadikan saya lebih tulus mempelajari agama... astagfirullah
Mengenali mereka memahamkan saya erti Ukhuwwah Islamiyyah... alhamdulillah
in short, mereka buat saya terUJA!
1.Mariam
Namanya sesuci pemiliknya...
Saya akui, orangnya yang lincah (dan menawan) mampu menggugah iman mana-mana lelaki jua. 4estno govoriu, Ruski debywki o4en krasivi. Oni prosto 4ydesni! Masya Allah. Kepada Allah dikembalikan segala pujian... Telah hampir 4tahun Mariam memeluk Islam. Ibunya menentang keras, and it keeps on now.
Melihatkan pakaiannya, anda mungkin tidak menyangka 'she's a Moslem'. Mariam- berskirt mini, berblouse mini, berhijab mini etc (segalanya mini). ny, ni4ego ukhti. Mi vse prekrasno ponimaem... Sesungguhnya jihad yang dihadapi Mariam lebih besar dari diri ini...
Pernah sekali Mariam menuturkan sesuatu yang saya kira 'it reflects her very thorough understanding of Islam'.
It is "Otkuda ti uznala? Ti 4itaew kakoi xadis? I kto skazal? Vse 4to-to na Islame dolwno bit xorowi isto4niki- Koran i xadis soxix!"
eto zna4it, it means = "Dari mana awak tahu benda ni? Awak baca hadis apa? Dan siapakah periwayatnya? Semua benda dalam Islam mesti bersumberkan Al Quran dan hadis sahih!"
masya Allah... for that point, saya puji sistem pendidikan islam di Russia. tidak statik seperti di Malaysia. meski sudah hampir 10 tahun belajar islam di sekolah rendah dan sekolah menengah sains - I just cant get the theory "Islam dibina di atas nas dan dalil". Mne o4en wal, seriozna! :(
2. Laila
Orangnya cute! berumur 21 tahun, sudah ber'teman'. Suaminya di Darkhistan ( daerah Makhe Cokhelade) paka, I haven't been there. Insya allah, andai summer tahun ini saya tidak balik Malaysia, i dreamt of spending my holiday there... (^_^) day mne bog!
Laila is my student. Last week, she managed to complete IQRA 1 in 3 hours. alhamdulillah.
This week, probably she is a little tired :)
3.Inna
My favourite innocent-faced mutarobbiah!
Aged 22 years old, studying business and management, comes from a well-being family.
She planned of studying abroad with her future husband who now is staying far-distanced away in Kazan (24hours by train from Volgograd). Dan semalam Inna tak datang!
Ona gde-to na poezde tyda (v Kazan) exala... Inna, ia tebia bydy biet! bes tebia, o4en sky4no :)
Alhamdulillah...
4to Allah nas poznokomitsia!
Ins Allah, i will post their pics sometime later...
Wednesday, November 26, 2008
minggu lepas menyaksikan hikari masuk 22 tahun (Hepi Besdey Nor!)
then, Dihe lak nak sambut hari jadi 2-3 ari lagi (Hepi becoming Besdey He'!)
erm, dah besau rupenye sume anak2 mak :)
maknanya sume my housemate dah 22 tahun :) tak lame lagi, heh heh
baguslah...
moga iman juga bertambah, seiringan dengan umur
moga kerja juga terbuat, sebanyak dengan ilmu yang terpikul
seorang sahabat kata "Al futur ba'da mujahadah" -sinar
masya Allah, maknanya musuh kita ini (al futur) akan lagi cepat menyerang bila kita mula bekerja.. aiseh! TAK USAH 'KERJA'LAH kalau begitu??? :P
mana boleh..:) kenapa lak?
-Doktor jenis apakah yang tak sudi merawat pesakitnya setelah dia mengetahui tentang prognosis penyakit itu?
-Ibu manakah yang akan membiarkan anaknya sentiasa bermain dengan lumpur tanpa perlu mandi atau sekurang-kurangnya gosok gigi sekali sehari?
-etc
sudah lama rupenye aku berjalan di atas bumi ini..
bumi volgograd ini..
aku perlu terus menapak..
kerana aku sudah lama berjalan, maka aku tidak boleh diam kaku berdiri!
Thursday, June 5, 2008
::Bila mana hati merindu::
sebenarnya he' (aizadiha) baru sahaja memperkenalkan saya dengan lagu tersebut..
ish ish. rasa betul-betul mengisi hati yang tengah merindu nie..hihi

comel kan budak-budak pengawas sekolah saya? erm..salah seorang daripadanya ada kat bilik saya sekarang ni. tengah baiki iBook dia yang rosak..sian~

erm, inilah gambar terakhir saya sempat rakam sebelum kaki ini menjejak ke bumi Russia. Sebelah kanan saya cikgu Muslimah (guru Biologi) dan sebelah kiri saya cikgu Halim (guru Kemahiran Hidup dan sahabat baik saya sehingga hari ini)
