Pages

Showing posts with label Dakwah dan tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan tarbiyah. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

~manusia bermain dengan HATI dan PERASAAN~



rasa malas kan kalau setiap hari buat rutin yang sama?
ke saya sorang je macam tu?
hrmm...



malas datangnya dari HATI...
bukan anggota badan yang letih
sebab kadang-kadang kita boleh berprogram sampai tak tido
berjaga sehingga fajar terbit
malah berpanasan (kempen pilihanraya) pukul 1200tgh hari

dan manusia
kita memang kena sentuh HATI dia.
bukan main belasah je 'kacau' atau 'psycho' orang tak tahu hujung pangkal!

teringat sebuah kisah
hamba ke sebuah program di sebuah Kuala
di sana, qodhaya dijalankan

satu demi satu pimpinan usrah di IPT masing-masing bangkit
pot pet... bercerita kejayaan dan kelemahan dan kegagalan dan kebestan.
hamba mengangguk faham. hadam setiap patah berkenaan waqi baru... (pOnim den)

tiba-tiba
kedengaran esakan sang ukhti. mula emosional

nampaknya qodhaya jadi tempat meluah perasaan
masalah famili ditarik-tarik
dicarik-carik
digaul sampai jadi sangat menarik!

bukan adikku bukan.
ini ialah saat berkongsi perjuangan medan amal...
bukan ini masanya ya?

hrmm aku berfikir,
mungkinkah adik-adikku kurang kasih sayang
mana murobbi yang sepatutnya memainkan peranan?

kasihan mereka...
hilang pertimbangan
bila beban melebihi kesanggupan
bila tanggungan melebihi kebolehan!

ah!
allah jua yang mencukupkan segalanya.




p/s:Jangan bawa masalah di rumah (private matters) ke pejabat anda
p/ss:Hidup ini perlu manusiawi. KITA bukan robotik.
p/sss:Semua orang sila baca buku 'BMH-Bagaimana menyentuh hati by Syeikh Abbas As-Siysiy



Thursday, September 2, 2010

PERUTUSAN UNTUKMU

teristimewa untuk anakanda-anakanda ibu... Solahuddin, Suhaib, Aisyah dan Khadijah...

jazakumullah khayr atas pertolongan antum semua! masha allah. ibu tak sangka dikurniakan allah kekuatan yang sebegitu semalam.

tahukah kamu itulah kali pertama ibu berpergian seorang diri... emm tak jauh kan 30minit perjalanan... tapi... faqirnya diri ini.

Jerteh-Kg Raja
dekat je, nak!

malah, ustaz salam kata : Kuala Terengganu-Besut
lebih dekat!

emm, ibu terkedu.

sampai saat ini, ibu masih rasa tak sedap badan. bakal demam, telahan hati ibu berkata begitu. so much things occured lately. tanpa kamu semua (walaupun belum lahir) ibu tak mampu bertahan seorang diri... jazakumullah khayr sekali lagi untukmu kerana sudi menemani hari-hari sepi ibu.

emm, YG QSvolgo pun lately senyap aja.
ibu tahu, semua ahli QS sibuk beribadat. mengejar hari-hari barakah, akhirul ramadan kareem.
masha allah. lihatlah sayang, betapa allah begitu pemurah pada ibu. meski diri ini serba dhoif, dia tetap menganugerahkan ibu sahabat-sahabat solehah seperti mereka.

hikari:mut,kenapa tak bermaya nih?
mut:tak tahu :(( rasa nak nanges jer...
hikari:heh, setahu aku mut bila ada masalah, dia gelak je!
mut:baekk hikari, mut gelak (sambil nanges) sekarang! (T_T)

aizadiha:mut,mut...
mut:kenapa?
aizadiha:ish ish... (start bebel@tulis blog@termenung lama mencari kata-kata hikmah)

mawadah:muuuuuuuuuuuut!
mut:iye.
mawadah:jom gi jalan-jalan tepi sungai volga!
mut:baek wadah. (walaupun bad mood, kalau layan jiwang tepi volga, memang hilang juga sedih)

emm pelbagai fiil.
pelbagai ragam.
pelbagai intonasi suara.

tapi itulah kami.
saling melengkapi...
ah! di mana bisa kutemu manusia seperti kamu lagi?
yang bisa memahami (memujuk) hatiku yang sedang semu ini...

uhuu. mut sedang bermonolog sendirian. inilah agaknya dialog yang bakal berlaku kalau sekarang ini kami berempat masih menetap di rumah qalam, volgograd.

SOLAH,
sebagai anak pertama,
solah kena kuat tahu. kena selalu jadi yang paling kuat.
kena teman ibu. kalau ibu ke mana-mana drive seorang diri, solah kena pastikan solah tak tidur.
malah terus ligat berzikir di sebelah ibu tau... :)

SUHAIB pula,
walaupun abang ngah,
suhaib pun kena jadi macam abang solah juga
ibu nak anak-anak ibu semua kuat-kuat belaka!
gagah jasmani, cerdas aqli.
biar tumpas segala taghut di bumi
suhaib pun kena selalu nasihat ibu supaya jadi kuat macam khadijah
jangan lembik, ibu
ibu kena tabah!
ibu mesti lawan syaitan dan al hawa!
malah, kalau ada apa-apa, suhaib kena pesan pada ibu macam bayi dalam cerita Ghulamul Dakwah tu: "Terjunlah ibu. Allah bersamamu"

Aisyah dan Khadijah,
puteri-puteri ibu yang istimewa,
anugerah ilahi kepada diri ibu yang serba kekurangan
kuiringi kehadiranmu dengan kesyukuran berganda
kita mesti tabah ye, nak.
wanita itu GAGAH, tapi bukan pada jasmaninya
biar kita KAYA ruhiyyah.


maka, sebab tu semalam, ibu kuat.
ibu takut hantu. takut mat rempit. takut orang snatch handbag etc...
takut sangat.
jalan gelap takde lampu! (sampai hati kerajaan tak letak lampu jalan)
takut...

tapi anakanda-anakanda ibu ramai di sisi. berzikir bersama alunan alam.
masha allah.

ya allah tsabatkan diri ini.
walaupun tanpa QSvolgo
tanpa adik-adik mutarobbi yang mengasihi diri
tiada siapa-siapa di sisi

tapi ALLAH kan ada!

::Catatan post-ziarah IPG Besut::





Monday, July 26, 2010

anasir taghyir

Bismillah hirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt, ikhwah akhowati yang datang bertandang. Alhamdulillah allah izin hamba lapang petang ni.. seharian di dapur, mengemas mana yang patut, masak lunch untuk abah dan kakngah yang tak larat puasa sunat (malaysia now is having summer) kemudian, basuh dan jemur baju. Percaya atau tidak, kerja maintenance rumah macam ni sungguh memenatkan!

[@_@]

Long, akhowat tuh gapo?
Sekumpulan saudara perempuan (girls)

Yang korang duduk sebut ikhwah tu gapo pulok?
Sekumpulan saudara lelaki (boys)

Hehe, tergelak hamba dibuatnya bila teringat kembali soalan-soalan Kak Teh (nama penuh: Noor Atihirah bte Ab.Aziz) minggu lepas. Masa tu, kami baru pulang dari program bersama Aqsa Syariff di dewan besar Ulul Albab MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu. Kak Teh,adik bongsu perempuan hamba nih hanya sempat bersama kami ketika makan tengah hari VIP dan sesi mesyuarat bersama pengetua.

Tak mengapalah, mesti besar hikmah Allah menyusun sedemian rupa. Kalau tanya hamba, tentulah mahu saja hamba batalkan pemergiannya ke BBQ bersama geng pengawas SMTM di Pantai Air Tawar hari itu. Biar Kak Teh dapat dengar pengisian dari Ustaz Lokman dan sedar, betapa Yahudi laknatullah itu gila. Gila kuasa, gila ‘talak’ dengan tanah Palestin dan gila meroyan bila HAMAS mengangkat senjata intifada! Namun,begitulah hakikatnya. Kak Teh bersama kami sepanjang 2 jam lebih merancang aktiviti follow-ups adik-adik. Alhamdulillah… allah sebaik-baik penentu.

*******
Dalam perjalanan pulang

Long, apasal kawan-kawan Kak Teh asyek cakap benda bukan-bukan jerk?
What do you mean?

Entah, alih-alih pasal penyanyi Korea, Siti Nurhaliza, AF bla…bla…
Eyh, Teh tak join ke?!

Emm dengar jer la. Tapi serabut perut! (baca: tak suka)
Oh gitu (hamba menelan air liur kagum, indeed)

Long, apasal kawan-kawan long tak cakap benda-benda macam tu?
Gulp!

Moral of the story: Jangan sia-siakan anasir taghyir seumpama ini… heh



salam mujahadah
Dr. Noor Azimah bte Ab. Aziz,
Besut, Terengganu

Friday, July 23, 2010

ziarah yang basah

assalamualaikum wbt

Semoga ikhwah akhowat dalam peliharaan Allah sokmo

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Semalam, saya menerima ziarah yang sungguh bermakna dari akhowati tersayang - Ukhti Nur Ilianie (Leeds) dan Ukhti Noradilah (Dublin)

Turut hadir adik dari Nizhny Novgorad (Russia) Faizul Baidah, Noor Adilah (Leicester) alhamdulillah allah beri kesempatan kepada kami pakat-pakat sharing :)

Pada mulanya kami bercadang ke Pantai Air Tawar, dekat dengan rumah Ukhti Farizah tapi tiba-tiba sang Hujan berziarah ke seluruh pelosok Besut, hehe. biiznillah semua orang tetap tekad meneruskan liqa :)

Ukhti Ilianie kata, ada beberapa orang adik baru nak fly ke UK-Eire nak join juga tapi ditakdirkan allah mereka ada urusan… tidak mengapalah, allah sebaik-baik Pengatur Urusan… :)

Mula-mula share tadabbur surah at taubah, 9:41-47

Infiru khifafan wa tsiqalan… uh, memang betul…berat sungguh nak berangkat ke mana-mana kalau dah namanya cuti hehe. Terasa-rasa ayat itu berdesing di telinga… syaitan pula memang suka menambah hias bestnyeeeeee duduk di rumah dan bolak balikkan hati masa nak melangkah turun dari rumah.

Emm, bila dah berhalaqah, gelak-gelak, makan-makan dan berukhuwwah semua tu hilang… tak tahu terbang ke mana! :) Benarlah pesan para sahabat “Ijlis bina nukmin saah”

Alhamdulillah allah memilih kami untuk mendengar tausiyyah dari sahabiah yang solehah. Apa lagi kamu perlu wahai insan?

Aha, teringat kisah seorang Kaab bin Malik, bersama 2 sahabatnya Mararah bin Rabi dan Hilal bin Umayyah. Ada persamaan juga kan… summer- masa untuk beristirehat, musim menuai (padi, anggur dan kurma) angin di tepi pantai (baca: Pantai Air TAwar) sepoi-sepoi bahasa… ;p Tambah-tambah, baru juga balek kampong kan… :)) Walaupun mereka ahli Badr al-Qubra, memahami dakwah ke akar umbi… tapi sudah tertulis iman kita ada masa syirrah (up) dan fatrah (down)

Cantik allah susun seerah ini supaya kita mentadabburinya… (T_T)

Kemudian, Ukhti Ilianie mengingatkan kami supaya muhasabah nawaitu kita. Tajdid niat sentiasa… Lillahitaala. Melangkah ke mana-mana pun, dengan kalimah tertinggi sentiasa tersemat di hati…biar bergegar lubuk hati, biar diri kita sedar sentiasa, kaki ini melangkah kerana sebuah Mardhotillah!

(jangan buat perkara tanpa sedar macam rutin – tanpa ruh dan kefahaman) huhu. Benar-benar ia tazkirah buat saya.

Kenapa selama ini, ikut usrah sebab kawan-kawan satu rumah ajak ke?

Teringat nukilan seorang Muharikah, akan ada suatu masa tiada orang peduli awak akan tsabat atau tidak. Masa itu, awak harus bangun dan melangkah sendiri…

Kenapa selama ini buat dakwah sebab ada orang sudi pimpin tangan dan manjakan awak? Beessstnye… sangat (T_T)

Alhamdulillah selesai tadabbur, Ukhti Noradilah (adik kesayanganku sejak dari SESMA) shared what she obtained from Daurah di KL yang baru berakhir 2 hari yang lalu. Semangat mereka kan, balik dari daurah, terus bersemangat nak kongsi dengan kami yang tak join daurah. :)

Hamasah tinggi nih… moga allah terus pelihara iman kita :)

Wajaa amin aqsol madinati rojulun YAS’A... Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki DENGAN BERGEGAS (Surah Yasin, 36:20)

Pot..pett..pot..pett Ukhti Noradilah bercerita dengan tanpa henti. Petah sekali. Hehe. Macam dengar lecture di dewan kuliah pula! (^_^)v

  1. Istia’b
  2. Tumuwwat tarbawiyyah

Sangat best. Alhamdulillah, personally sudah beberapa kali dapat tajuk-tajuk ni… tapi bak kata seorang Farahdiba (Moscow), “Di jalan ini, pengisian 20-30%... yang lain tu saya dapat dari pertemuan dan berukhuwwah dengan akhowat…”

Saya mengangguk. Benar sekali, dik.

Mama saya seperti biasa skodeng (curi-curi dengar) pengisian halaqah kami, hehe. Alhamdulillah ini kali kedua akhowat Ganu-Besut datang invade rumah saya :)) syukran akhowati! Benar pesan seorang Muharikah, “Berziarahlah!”

Insha allah proses mengambil hati ibu bapa berjalan lancar. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…

Ziarah akhowat benar-benar menjadi catalyst ke arah itu. Pohon doa ikhwah akhowat sentiasa…

Insha allah, coming Jaulah akhowat ke Pulau Perhentian 28 -29Julai. Tambang pergi balik rm40. Penginapan free. Sesiapa yang mampu@berhajat@nak bertanya, don’t hesitate to call PIC: Ukhti Farizah 013 9276588 (kaguya_hime2211@yahoo.com)


faqiratun ila rabbiha

Noor Azimah bte Ab. Aziz, Besut, Terengganu

Monday, March 29, 2010

HADITH 19

Peliharalah allah dan dia pasti akan memeliharamu… HR at tirmizi

Teristimewa buat seorang adik yang sungguh-sungguh datang menjenguk ke blog saya dan keras-keras menggesa saya cepat-cepat update


Haih! Adikku sayang.


Ini kutujukan khas buatmu, buat diri akak sendiri juga.

Banyak benar kekurangan kita bukan?


Bila disebut dalam hadith di atas supaya memelihara allah, maknanya dalam sekali sih!


1.Pelihara segala undang-undang Dia


2.Jauhi larangan

-bukan sekadar jangan buat, malah menjauhkan diri. Even jangan buka ruang ke arah itu pun! Sukar bukan? Sukar sangat, especially untuk kita yang baru nak mula nie…

-contoh mudah : couple. Emm, macam susah kan nak couple after 2 minggu kenal kat kelas… tapi kalau setiap hari sms dan bertukar rasa dan cerita, oh! You know what gona happen after 1 month…


3.Buat apa yang wajib

-mudah kalau sudah menjadi akhlak. Tapi… selepas mendengar sharing seorang akhowat yang seumur hidupnya tidak pernah diajar solat, baru kutahu… beruntungnya diri telah ‘didera’ ibu agar solat 5 waktu sehari semalam.

-Menutup aurat. Hah! Ini satu lagi. Dulu, saya mengamuk bila ma jahitkan tudung sekolah. Bukan apa, alamatnya wajiblah pakai kalau sudah berjahit :P


4.Banyakkan apa yang sunat

5.Buat benteng supaya terhindar daripada perkara haram



Pemeliharaan allah itu berkadar terus dengan taatnya kita kepada Dia.

Bagi manusia ada malaikat malaikat yang menjaganya secara bergiliran di hadapan dan belakangnya, yang mengawas dan menjaganya daripada bahaya dengan perintah Allah Ar ra’d, 13:11

‘dengan perintah Allah’ = kalau Allah tak sayang, maka malaikat takkan jaga kita!



Dikatakan kepada mereka, “Inilah yang dijanjikan kepada kamu” kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali kepada allah dengan mengerjakan ibadat dan sangat memelihara dengan sebaik-baiknya segala hokum dan perintah allah, takut melanggar perintahNya, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab allah, dan dia datang kepada allah dengan hati yang tunduk dan taat.


Dia dipersilakan oleh malaikat, “Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera. Hari ini bermulalah kehidupan yang kekal” Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami masih ada lagi tambahan yang tidak pernah terlintas di hatimu! Al qaf, 50: 32-35



Saturday, June 6, 2009

seerah nabi kita (^_^)


ni kedudukan syria (dulu kita kenali sebagai Syam, tempat Nabi kita p berdagang :)


gambar2 peta ni khas untuk Hikari yang 'sangat suka' tengok peta, haha. i'm feeding u sis!



bismillah hirrahmanirrahim...

"Sesungguhnya Aku lebih mengetahui di mana Aku menempatkan tugas kerasulan (Muhammad)" Surah Al-an'am:124

macam-macam dalam kepala, seperti biasalah saya, kalau dapat komputer dan berpeluang menulis (bila tuan punya komputer pulak 'kong'-tidur, hehe jazakillah Hikari coz terlelap dengan laptop terbukak!yes~~)

erm, sebenarnya prioriti saya pada saat ini ialah menulis emel kepada murobbiah yang disayangi, Kak Aisyah yang jauh di United Kingdom sana...ish ish. SORRY sis, dah lama akak minta, tapi saya tak tulis2 lagi kan?! ##waaa##

em, semangat betul nak tulis kali nie... dan Akak, sebenarnya, ini salah satu point dalam emel yang bakal saya tulis nanti juga! hehe

Sesungguhnya, saya sangat minat sejarah. Saya sangat suka baca buku tentang biografi tokoh, suka belajar tentang organisasi yang berpengaruh, sahabat-sahabat Rasulullah dan kisah-kisah teladan. Kenapa ye minat sejarah? Sebab sejarah mudah difahami, dan banyak moral. Dan penyampaiannya dalam bentuk cerita! yeah- sebab saya pun jenis "banyak bercerita" hehe. Kan miss aizadiha?

em, baru je 'songlap' buku berkulit hijau milik Mawaddah (umm_wafa). Insha allah, by this evening saya habiskan! Baru baca till 27ms. Saya pernah dapat pengisian tentang buku ini (i guess) without she (my old naqibah, Kak Nurul) telling me. yeah, now i better understand that! jazakillah sis for the sharing~~

ok, ni buku tentang Seerah. Hehe, sejarah lagi! hehe. But i guess, it's much more different dengan buku-buku seerah yang saya pernah baca before. Buku ini adalah hasil terjemahan daripada ucapan Imam Hassan Al-Banna. Terasa-rasa seperti IHAB sedang bercakap/bersyarah di depan saya dengan pandangan matanya yang redup tuh! waa, nikmat sekali membaca tulisannya. :):):)

saya simpulkan beberapa points penting di bawah ini (seperti yang Kak Nurul pernah ceritakan kepada saya) insha allah, in case korang semua terbaca buku ni pulak, u'll get the full points of view then.

1.Allah menegaskan di dalam Al Quran, dalam surah Al-an'am:124 "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui di mana Aku menempatkan tugas kerasulan" kerana Rasulullah itu ialah teladan TERBAIK untuk umat manusia! Tiada takwil untuk itu, subhanallah. Maka, amat mustahil untuk kita semua menjadi pengikut agama ini (pengikut Nabi Muhammad saw) without knowing/learning his seerah, isn't it? Maka, wajibkanlah diri anda banyak belajar seerah,ok? (^_^)

2.Saad bin Abi Waqas berkata, "Kami mengajarkan seerah (tentang perang fisabilillah baginda) kepada anak-anak kami sepertimana kami mengajarkan anak-anak kami dengan Al Quran... wah, can't you see that colleagues?! Masha Allah, subjek seerah menjadi ajaran terpenting sahabat2 kepada anak-anak mereka. Malahan di'samapenting'kan dengan pengajian Al Quran. Ah, kita sudah lupa ini, kan?

3.Nabi Muhammad sesungguhnya telah disediakan Allah dengan pelbagai persiapan ke arah menjadi Rasul untuk seluruh umat manusia. Kita semua tahu bukan, yang baginda kematian ayah ketika masih dalam kandungan, kematian emek ketika berumur 6 tahun, kematian datuk ketika berumur 8 tahun... dan semenjak itu, baginda hanya mendapat kasih sayang daripada uncle, Abu Talib yang mana mempunyai ramai anak dan miskin... Subhanallah, sedih kan?

The fact here is, Nabi Muhammad sesungguhnya dipelihara dengan didikan dan kasih sayang daripada Allah yang Maha Agung, bukan limpahan kasih sang manusia!

4.Nabi Muhammad saw sepanjang hidupnya sebelum dilantik menjadi Nabi pada usia 40 tahun, baginda tidak pernah melakukan zina,mencuri/merompak, berfoya-foya seperti anak muda Mekah pada ketika itu. Allah telah menjaga baginda sejak kecil dan baginda terhindar daripada segala macam tarikan jahiliyyah pada ketika itu. Malahan, baginda tidak pernah mengotorkan wajah dengan menyembah Berhala yang berpuluh-puluh di sisi Kaabah!!!

5.Nabi Muhammad saw dilahirkan di Mekah, oasis, sebuah lembah hijau di Semenanjung Arabia. Pernah tengok betapa luasnya padang pasir tuh? Pernah merasai teriknya matahari di sana? emm, jangan lupa tonton cerita The Message dan cerita Lawrence The Arabia kat youtube. Dalam filem tu, dipaparkan kesusahan orang Arab merentas padang pasir dengan unta mereka yang gagah! Demi untuk setitik air dan segenggam gandum...

My point here is, keistimewaan climate di bumi Arab pada ketika itu menjadikan mereka (Arab people) so tough, macho dan sasa physically dan tinggi daya tahan emotionally. em, hebat bukan? Mereka bukan calang-calang manusia seperti yang digambarkan oleh orientalis sejarah Barat, "Arab people is just more like domestic animals/ binatang ternak"

(amboi amboi, suka suki jek! Yang sebenarnya, mereka nak menggambarkan Islam itu datang dari tempat yang comot dan tidak layak untuk dianuti, get it?) jahat, kan. huu

6.Mekah pada ketika itu ada Kaabah. Meskipun nabi Muhammad belum jadi Nabi, tapi semua orang Mekah dan Arab Peninsula sudah pun menyembah dan mengerjakan haji di sekitar Kaabah. Bukan apa, itu sudah menjadi tradisi mereka sejak Nabi Ibrahim dan Ismail dahulu lagi. Ini menjadikan mereka telah ada exposure kepada teori monotheism (Ketauhidan Tuhan bernama Allah) meskipun mereka kelabu dengan kehadiran berhala 'mega' Al Latta wal Uzza.

7. Lokasi Mekah or Arab Peninsula ialah di antara tamadun Rom dan Parsi yang hebat. Rom 'teguh' dengan paderi-paderi Kristiannya yang menyesatkan manusia bahawa Jesus/Isa itu Tuhan. Parsi pula sibuk sekali mencanangkan Api ialah tuhan kita. Alahai... tapi sejarah memberitahu kita bahawa mereka pada ketika itu mempunyai kemajuan teknologi yang canggih.
em, jangan tak ingat Colosseum dan Public Bath of Roman Empire yang kita belajar masa form 5 dulu... hehe. Maka ini menunjukkan bahawa Allah sengaja memilih Mekah kerana mereka suci dari ideologi pelik tentang ketuhanan. Allah memilih mereka sebagai punca Islam tersebar kerana mereka the Arab people ini masih Hanif :)



ni public bath tuh... cantik kan? :)

8. Orang Arab sangat kuat sikap fanatik kepada kaum (suku/bani/qabilah) mereka. Pernah dengar kan perkataan ASOBIYYAH? Begitulah mereka, asal ada apa sahaja hal berkaitan kaum, segala yang 'haram' dihalalkan dan vise versa. Segala tindakan mereka dijustifikasikan dengan neraca perkauman. Tapi, ada satu positivenya : Ini menjadikan mereka sangat protective kepada kaum mereka dan sedar atau tidak ia telah membentuk banyak sifat yang murni seperti Berani, Sabar, Sanggup berkorban dan Tahan terhadap ujian.

9.Nabi Muhammad pernah berdagang dari Mekah ke Syam. Sekarang dikenali sebagai Syria. Perjalanan ini sungguh jauh!!! Jangan tak ingat, Nabi tak pernah naik kapal terbang kecuali Bura' ketika Isra dan Mikraj. Maka, perjalanan jauh ke Syam itu sebenarnya telah meninggalkan kesan yang cukup hebat kepada baginda. Baginda banyak belajar untuk survival, mengenali dunia luar dan masyrakat antarabangsa dan selok belok perdagangan.

10.Nabi Muhammad pernah join perang Fujjar. Perang ini berlaku sebelum nabi diangkat menjadi pesuruh Allah. Meskipun berlawan di atas paksi kaum Quraisy, namun perang itu juga merupakan permulaan latihan terawal untuk ketahanan individu nabi ke arah hari muka yang penuh mehnah.

11.Nabi Muhammad saw pernah menghadiri Perjanjian Fudhul. Ini juga merupakan janji yang diasaskan oleh undang-undang Jahiliyyah Quraisy pada waktu itu. Namun, betapa perjanjian itu amat bermakna buat baginda, ia masih disebut-sebut dan dikenang hinggalah selepas baginda telah menerima wahyu daripada Allah...

Masya Allah, terlalu banyak mutiara berharga daripada lisan Imam Hasan Al Banna. Itulah serba sedikit pembentangan tentang background Nabi Muhammad saw yang menyediakan baginda ke arah menjadi Rasul seluruh alam...

eto ne prosto! eto vse uzhe ocen krasivo posilal Allah dlia ego!

(segala faktor ini sebenarnya telah sengaja Allah takdirkan untuk kita semua berfikir dan seterunya menguatkan aqidah islam yang kita anuti ini, ok?)



p/s: BANYAKKAN BERFIKIR DENGAN HATI (^_^)

Saturday, May 30, 2009

filem islamik?

emm
banyaknya nak tulis...sampai tak tau nak start macam mana :)
sebenarnya saya dah lama nak tulis sesuatu tentang filem yang baru saya tonton minggu lepas : ANAK HALAL

hehe, lambat kan saya tengok. Mesti semua orang kat dunia ni dah tengok... well, that's me! Tak alert sangat dengan kepesatan teknologi wayang dunia :P

maka, sebagai seorang muslim, saya wajib tanya pada diri sendiri, "What do I get from ANAK HALAL?"




fuh! terukkan saya tengok cerita ni?!
I am so sorry~~~
But honestly, I finished it till the end.... waaa (^0^)

Betul seperti ulasan Kak Ngah (http://www.permata-solehah.blogspot.com/), nak komen banyak pun... kena sediakan alternatif untuk masyarakat. huhu, tapi sampai bila dik?

Kita kena malu dengan aktivis dakwah Indonesia. Masya Allah, menerusi analisa yang dilakukan, ikhwah akhowat di sana sidah dapat menembusi pasaran filem, nyanyian, pementasan, drama lebih-lebih lagi! Subhanallah.

Bagi saya, itu bukti kesungguhan mereka.
Mereka bermula dengan sistem dakwah dan tarbiyyah yang tersusun, tidak mengenal henti, berjuang dengan ISLAM tanpa jemu atau malu (meski dituduh sebagai pembawa ajaran SESAT at first tapi mereka teguh, tidak berpaling!)

Dan Malaysia?
Nampaknya kita masih dikaburi dengan wang berjuta bila filem kita jadi box office,kan?
Atau jadi sangat passionate bila lagu tema filem menjadi siulan utama di setiap corong radio!
Maka, kalau matlamat kecil itu yang menjadi titik ultimate aim kita, tidak hairanlah para pembikin filem/drama/lagu kini cuma feed up apa yang masyarakat kita 'nak dan mahu'


APA YANG MASYARAKAT PERLU

ya, that's it! Kita mesti bekalkan apa yang masyarakat perlu. Titik.

Perbualan yang sangat bermakna.
Seseorang yang sangat bermakna buat saya juga mengingatkan perkara yang sama.
Teruk sekali keadaan anak didiknya di sekolah, masalah famili+narcotic dan terbaru, Convert! Sayu sekali bila membayangkan anak Melayu convert into Christian, tapi lagi haru bila ia juga telah melibatkan budak sekolah!!!

Lajunya pendakwah Kristian ni kan?
Kalau dulu, mereka cuma buka pasaran dakwah di universiti, tapi sekarang, mubaligh mereka sudah berada di sisi anak-anak kecil kita yang baru nak belajar Sains dan Matematik dalam PPSMI!

fuh! penim~~

Saya juga membayangkan bagaimana dengan anak-anak saya sendiri nati...Mampukah saya jaga mereka dari perkara-perkara tidak senonoh seperti yang dipertontonkan dalam ANAK HALAL tu?
Masya Allah. Solahuddin dan Thoriq yang disayangi :)

Malu sangat bila kawan Rusia saya tanya tentang Malaysia...

Let's be somebody, do some things!

p/s: Em, baik tengok cite nie... seerah rasulullah yang dilakonkan semula :)

Wednesday, April 22, 2009

::step ahead::

the Homesickness must not be an obstacle for u and me to step ahead, o yeah!

Kaki mesti melangkah. Sebagaimana ia telah diciptakan Allah untuk melangkah!

Alhamdulillah, setelah struggle melepasi threshold keMANJAan diri, aku kini lebih yakin, heh heh :)


Pernah anda rasa tak keruan?
Pernah tak rasa nak buat sesuatu, tapi tak selari dengan fikiran?
Pernah rasa nak marah, tapi tak mahu?
Pernah tak, tiba-tiba rasa tak tahu keputusan apa yang perlu diambil?


####PEEEEEEEEERNAH####


And indeed, i am in that kind of state now. Dan artikel daripada Ustaz Halim ini akan cuba saya hadam betul-betul... BETUL BETUL... (Moga sahabat-sahabat pun boleh ambil iktibar daripadanya)

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya". “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).

Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang.

Beruntunglah mereka yang mula mengenal Dakwah, jalan dan tuntutannya sejak masih di bangku sekolah atau sebelum berkahwin. Dia boleh menyemak dan memperbetul kembali niatnya untuk berkahwin. Kepada yang telah berumahtangga, masa belum terlewat untuk memperbaharui niat kehidupan yang berbaki.

Ketika aku bertekad berkahwin dalam usia muda, belum mencecah 20 tahun, niat paling utama perkahwinan ialah untuk

(1) memahami Dakwah ini dengan lebih lagi,

(2) bekerja lebih bersungguh

(3) menyumbang bakti Dakwah kepada kaum Hawa juga, selepas selama ini hanya mencakupi lingkungan kaum Adam sahaja.

Hidup ketika dalam umur 20an dan sedang meningkat dewasa tentunya melalui tekanan sebagai seorang bujang, tanpa pasangan. Pada saya adalah sukar dalam memahami Dakwah ini dengan seoptima dan semaksimanya, hari demi hari, tahun demi tahun dalam keadaan tersebut. Ayat-ayat Allah saw dan Rasulullah saw sendiri menganjurkan kepada para syabab (belia) supaya berkahwin. Jika miskin, ALlah akan cukupkan dengan anugerahNya (An-Nur:32). Dakwah, samada pendakwah atau siapa yang akan didakwahkan, adalah terdiri dari kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Allah Maha Pencipta juga menyebut tentang lelaki dan wanita, di dalam Al-Quran. Sudah tentu kita hanya akan memahami kaum wanita dengan lebih lagi hanya setelah kita berumahtangga. Setelah sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada kaum lelaki, bagaimana kita dapat menyumbang yang terbaik kepada kaum wanita, jika kita bergerak tanpa isteri di sisi. Tentunya akan timbul masalah samada tiada jambatan yang natural (tabie) yang dapat menyampaikan kita secara Syariyy kepada mereka (tanpa isteri) atau jika kita redah juga (sebagai seorang bujang), akan timbul masalah-masalah lain pula samada dari diri kita sendiri atau dari kaum wanita itu sendiri. Ia boleh berpunca dari hati sendiri sebagai lelaki, hati wanita tersebut atau hati orang lain yang memerhati. Begitu logik yang bermain-main di akal fikiran saya ketika itu.

Saya bersyukur, alhamdulillah, dari sejak berumur belasan tahun lagi hingga kini, Dakwah sentiasa menjadi congak teratas di dalam membuat sebarang kira-kira dan keputusan.Siapa yang Hijrahnya untuk Allah dan Rasul, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Siapa yang Hijrahnya untuk dunia yang diburu atau wanita yang ingin dinikahi, maka Hijrahnya untuk apa yang di nak tu …” (Hadis). Tidakkah Dakwah ini tuntutan tertinggi Allah dan RasulNya. “Siapakah orang yang lebih baik kata-katanya selain dari Pendakwah kepada Allah, beramal saleh dan berkata aku dari kalangan orang Islam” (Fussilat:33). Dari Hadis di atas terasa jaminan Allah, Empunya hati dan cinta, kepada orang yang berkahwin kerana Dakwah - siapa yang berkahwin kerana Dakwah Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjaga dan membimbing rumahtangga, isteri dan anak-anaknya nanti, melalui panduan yang ditunjukkan RasulNya.

Aku bertekad untuk teruskan hasrat berkahwin pada tahun 1985 itu, walau berusia muda, belum mencecah 20 tahun. Pinangan dibuat pada bulan Jun 1985 melalui Abang Zulemly Shaari dan isterinya, Kakak Azlin Sanusi dengan syarat kami mesti berkahwin segera. Sekiranya pihak keluarga sebelah perempuan meminta ditangguh sehingga tamat pengajian, maka pinangan itu tidak jadi diteruskan. Itu sahaja. Beruntunglah sekiranya Dakwah telah terlebih dahulu, sebelum calun pemudi, berjaya menambat hati seorang pemuda. Ini hakikat yang difahami dan dihayati di tahun 1985, dicernakan dalam perkahwinan yang berlangsung di Mt Gravatt Mosque, Brisbane pada 27.7.1985, alhamdulillah.


{Dan ini kata-kata yang saya kepingin untuk kedengaran dari insan bernama suami...}


Pada tahun 1996, dihari kematian isterinya setelah 51 tahun bersama, inilah juga hakikat yang saya dapati dari kisah yang diceritakan oleh Mustafa Masyhur, Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 5, di hari perkahwinannya, dia berkata kepada isteri yang baru dikahwininya, Sebelummu, aku telah berkahwin dengan seorang yang sangat aku cintai, tidak rela aku berpisah darinya. Aku harap engkau faham dan tidak memarahi aku“. Isterinya bertanya, “Siapakah dia?”. Mustafa Masyhur menjawab, Dakwah di Jalan Allah. Isterinya menjawab, “Dia adalah tuanku dan aku adalah khadamnya“.

Monday, February 16, 2009

salji=beku=daie'yah?


its right in front of my house :) russia sangat cantik, indeed. Jemput datang yea!


Sebenarnya saya sedang bersemangat nak menulis tentang GAZA...(tem bolee, my best friend on the trip heading to the Strip. Bertuahnya kamu!) Tapi, terkesan pula dengan tulisan seorang Akh. Terbaca ketika 'melilau-lilau' di blog murobbiah saya. hehe. Its really suits me, i guess. aiseyh!

Ukhti dan pembaca yang dikasihi…..terpanggil untuk berkongsi pengalaman untuk mengalirkan secubit kisah sebagai murabbi kepada akhawat buat tatapan semua diruangan ini …

ikhwah/akhawat. Gugurnya dai’yah dijalan dakwah ini bukan disebabkan oleh ketidak fahaman persoalan masuliyah … atau kekurangan tarbiyah ….tapi lebih kpd persoalan jatidiri …. tidak tahan ujian ….kecintaan pada dunia, profession, hati yang kerdil dan pengaruh sangsuami serta ruh kesufian yang tidak dipelihara.

…..maka jadilah daiyah yg hebat ini daiyah yang jumud dan beku apabila pulang kemalaysia. hanya berlegar disekitar tanggungjawabnya memikul beban sebagai surirumah yang hanya dapt membina baitul muslim! Cukupkah itu? Apakah tarbiyah yang mengajar kita begitu setelah kita lalui proses yang begitu panjang dengan keringat pengorbanan yang bukan sedikit! Kita berhenti disekitar ijab dan qabul.Apakah cukup hanya sebagai srikandi rumahtangga? yang rutin harian membelai anak dan suami? ini persoalan yang yang sama2 perlu kita fikirkan.

benar sabda Rasullulah, "Sesungguhnya manusia itu tidak lain seperti kawanan 100 ekor unta, hampir2 engkau tidak boleh menemukan di dalamnya seekor unta yang menempuh perjalanan jauh” ( HR Bukhari )

sebagai daiyah sekalipun sudah bersuami tidak seharusnya kita padamkan cita cita besar kita. Jgn jadikan tanggungjawab rumahtangga sebagai penghalang kepada perjuangan. Sepatutnya kita lebih kuat untuk meneruskan perjuangan bertemankan suami tercinta!

Kita masih boleh berjuang bukan hanya sekadar membina baitul muslim tapi lebih jauh dari itu untuk membina Baitul Dakwah untuk mendidik anak2 dakwah yang lahir dari ikatan cinta kita! menyambung matarantai perjuangan kita. Kita harus mengunakan segala pengalaman diluar negara untuk mengimarahkanlagi dakwah dan tarbiyah ini disekitar masyarakat setempat. ….Kita harus belajar hidup untuk orang lain, bukan hanya dikepompong kita sahaja!

Sayyid Qutb mengatakan, "Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar".
Inilah perwira dan serikandi islam sejati!


daie'yah yang beku macam salji?

cukuplah salji je yang beku..begitu fikirku


Bagi yang telah bersuami ….jalinkanlah semula kesefahaman fikrah, ruh dan kasih sayang untuk memarakkan semula bunga bunga dakwah dan tarbiyah yang berterusan muga2 wujudnya baitul dakwah yang melahirkan ustadzfilaalamin ….. Insyaalah

Sunday, June 22, 2008

Kadangkala




Bismillah hirrahmanirrahim

Kadangkala..
bila kita selalu sangat memberi..
kita sampai lupa akan kekurangan diri sendiri..
kita sampai alpa akan kelemahan yang
dipunyai..

Oleh itu suka ku mengajak kalian mengkoreksi diri:

1.Muhasabah sentiasa
2.Banyakkan solat malam
3.Istighfar tak lekang
4.Kurangkan ketawa
5.Mengaji dan solat rawatib jadikan amalan


Antara sebab mengapa dakwah/seruan kita mudah diterima:

1. Mempunyai hati bersih
-kerana hanya hati yang bersih bisa masuk (meresap) dan mengejutkan hati-hati yang lain pula. Jangan kita mengharapkan apa-apa tanpa memiliki seketul daging ini.

2. Mempunyai niat yang suci
-jangan lupa ini! Kerana kita cuma mengajak manusia ke arah Yang Esa. bukan partisan atau jema'ah. Agar nanti meski anak buah lari (tidak lagi berada di bawah jagaan kita) kita masih boleh tersenyum kerana melihat dirinya terus utuh membawa panji Islam di mana-mana.

SIKIT tu JER?

cukuplah buat masa ini.. kerana diriku merasa terpanggil sahaja untuk sama-sama menilai hidup ini dari kaca mata seorang sahabat, pelajar, dai'eyah, anak dan hambaNYA.



p/s: Ya ALLAH, permudahkanlah urusan duniaku.. Moga setiap bait patah perkataan (Obstetrics) menjadi butiran tasbih di sisiMU..