Pages

Tuesday, February 10, 2009

volgo tanah airku

Malam ini, saya tidak putus-putus senyum.
Rasa mahu menangis pun ada.

Tambah-tambah pula, Nor, Wadah dan Aiza pun baru mengUSRAHkan saya. Fuh, banyak betul yang perlu saya baiki pada diri dan jalan kerja dakwah yang saya sedang usaha lakukan kini. Insha Allah. Moga Dia permudahkan segalanya. Yang saya sedar, Allah tidak pernah lari daripada kita. Malah Dialah yang berlari ke arah kita di saat kita baru mengatur langkah mencari redhaNya. Tak gitu?

Saya pun rewind berkali-kali videoklip hasil usaha Iliana dan Aiza. Spasibo kepada sahabat-sahabat yang selalu menyedarkan saya yang 'suka' FUTUR ni...





Sebenarnya, saya baru mengulangkaji sebuah buku karya Imam Syahid Hassan Al Banna, bertajuk USUL 20. Ya, mungkin anda semua sudah khatam banyak kali buku tersebutkan? Jujurnya, saya sendiri pun belum habis membaca dan mengulangkajinya buat masa ini. Insha Allah, saya akan cuba secepat mungkin.
Saya tertarik dengan Usul Pertama yang mengatakan ISLAM ITU SYUMUL. Ini petikan penuh usul tersebut:


الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة وثروة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

Perkara pertama yang disebut oleh IHAB ialah ISLAM itu negara (daulah) dan tanahair (watan)!
Sedarkah kita kenapa beliau meletakkan AQIDAH dan IBADAH dalam senarai terakhir???!
Jangan jump into any conclusion first, please :P
Beliau cuma mahu kita sedar tentang hakikat YANG MAHA BESAR ini. Sesungguhnya ISLAM ITU ADALAH DAULAH DAN WATAN!!! ISLAM ITU ADALAH NEGARA DAN TANAH AIR.
Kerana pada ketika ini, manusia umumnya sedar dan tahu akan kepentingan AQIDAH DAN IBADAH dalam Islam, malah mereka kebanyakannya mengamalkan konsep ini dengan sangat baik. Alhamdulillah... Tapi sayang sekali mereka lupa akan 2 konsep besar ini iaitu ISLAM JUGA IALAH NEGARA DAN TANAH AIR.
Kenapa IHAB berpandangan umat Islam sudah lupa akan hakikat ini?
JOM! Mari kita selusuri sejarah di sebalik penghasilan buku ini :)
IHAB menulis buku ini dalam tahun 1940-an. Pada ketika itu, diketahui bahawasanya pemerintahan Mesir dikuasai oleh Perdana Menterinya,Jamal Abd Nasser dan golongan sekularisme. Mereka memerintah negara Mesir (Islam kononnya), namun sistem politik dan pemerintahan negara amatlah tidak islamik. Rakyat di ambang kemusnahan... Terlakar dalam lipatan sejarah (even) national costume mereka ialah blouse dan skirt pendek... Masya Allah!
Malah, pada ketika itu kekeliruan dalam agama teramatlah ketara. Ia jelas tergambar (even) pada tuan syeikh Al-Azhar yang terkemuka. Mereka mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ummat (yang berbunyi) : Nabi Muhammad saw secara tidak sengaja (coincidentally) telah menjadi Ketua Pemerintah Kerajaan Madinah. Hal itu tidak bersangkutan dengan Islam.
Kenyataan ini amat besar kesannya kepada pemikiran umat ketika itu. Mereka berfikir bahawa Islam itu tidak ada kena mengena dengan sistem politik dan pemerintahan negara. Subhanallah...
Dan apa itu WATAN?
Ia membawa makna tanahair. Tanahair itu bermaksud tempat tumpah darah, tempat kesayangan yang sentiasa dekat di hati kita... Ia bukan sebarang tempat semestinya, bukan?
Ia bukan tempat yang sekadar kita jejakkan kaki hanya untuk meninggalkan kesan. Tentunya bukan sekadar itu!
Ia tempat yang paling kita cinta dan sentiasa kita ingat.
Andai ia sebuah tempat yang jauh, kita termimpi-mimpi untuk pulang kembali ke sana. Andai kata ia sebuah tempat yang dirampas penjajah, maka kita mengimpikan untuk syahid memperjuangkannya. Itulah maksud watan :)
MASHA ALLAH.
dan ketahuilah, para sahabat baginda mengembara jauh mengelilingi dunia setelah kewafatan baginda. Merekalah yang bertanggungjawab menyebar agama ini sehingga datang 'menyeru' kita di Tanah Melayu.
Anda tidak percaya? Sedikit sekali makam (kubur) para sahabat di Mekah dan Madinah. Ini bermakna mereka tidak meninggal dunia di tanah mulia kelahiran mereka.
Apabila ditanyakan kepada mereka (sahabat-sahabat), "Di manakah TANAH AIRMU?"
Mereka akan menjawab, "Ia di mana ada umat Islam menetap"
maka, Apa efeknya kepada kita? :)
RUSSIA ini ialah watanku... VOLGOGRAD ini ialah watanku...
Janganlah anda tinggal di sini hanya sekadar 6 tahun tanpa sekelumit rasa 'belonging to the society'.
Rasakanlah sesungguhnya, kita sebahagian daripada mereka.
Barulah anda semua mengerti akan perlunya sebuah KIROVSKY ISLAMIC CENTRE di sini... insha allah

0 comments: