Pages

Thursday, March 4, 2010

Urgensi!!!



(kalau di hospital, dia panggil red zone)
-especially given to patient who is coding/ nazak




Bismillah hirrahmanirrahim

Baru habis solat zohor. Tadi sepanjang pulang dari Kirovsky Region (kelas tropical disease) yang memakan masa 1 jam lebih, aku menadah telinga mendengar ceramah ustaz dari ipod nano usangku. Jangan membazir masa.

Masa lapang itu akan membunuhmu. –Imam Hasan Al Banna

Sambil-sambil tu, sempat juga membelek handset, balas-balas sms dengan ma di kampung.

“Kamu tuh, bila nak ada seseorang? Asyek cerita pasal orang laen je. Ma nak dengar cerita kamu pulok!”

Haha. Sms ma yang tak terjawab. Sian ma.

SOAL HATI

Berkata-kata soal hati ni kerap buat aku senyap, merenung jauh ke dalam diri.
Aku nak apa sebenarnya?





1. lelaki macho pandai taekwon-do kah?
2. ustaz melilit serban 3 kilo?
3. atau pakcik tukang kebun sekolah maarif?
4. guru tadika berkereta waja
5. atau surgeon gagah buat exploration laparotomy?
6. etc – lu piker r sendiri!

Emm, jawab Azimah jangan tak jawab.

Itu ciri-ciri luaran atau lebih tepatnya duniawi. Takkan tiada karakter ruhiyah yang menjadi idaman kalbu?

Ehhh, mestilah ada!

Haa. Sampai saat ni, aku bisa kata aku rela diam. Senyap. Dan berfikir panjang. Atau lebih tepatnya, tunggu dan lihat. Kerana bukan apa, Allah itu ada.

HUSNU ZHON

Pernah bicara soal ini? Haa. Inilah masanya. Bila semua orang di sekelilingmu sedang berpacaran. Di hujung sana ada majlis walimah. Minggu depan pula hantar menantu bla..bla. Dan kamu?

Kita sabar, husnu zhon dengan Allah. Harap padaNya. Doa padaNya.
Biar Dia menghantar si dia dari sisiNya.

Kita tunggu. Kita doa. Kita jaga segala-gala.
Biar Dia yang pilih…

TAKUT

Bolak balik hati manusia itu seperti air periuk yang sedang menggelegak. –Ibn Rawahah

Betullah tuh.
Sampai ia buat aku bimbang untuk mendengar kata hati sendiri.
Imaginasi akal yang terbatas.
Bisikan-bisikan nakal kerap juga datang.

Ishh.. itulah reality seorang Azimah kini.

Buat ma yang disayangi sokmo, jangan bimbang ye. Insha allah kalau dah jodoh tak ke mana. Bila dah ada yang berkenan di hati, dan hati long pun mantap untuk menerimanya, ma ialah orang pertama yang long akan beritahu. ameen


^_^ copy and paste dari akh aatdif ^_^
Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa kita.
Bahawa Allah akan menerima semua taubat kita.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk istiqamah dalam taubat.

Bahawa Allah akan membantu kita untuk memulakan langkah-langkah ketaatan.

Bahawa Allah akan menjauhkan kita dari kemaksiatan.
Bahawa Allah akan membantu kita menjauhi kemaksiatan.

Bahawa Allah akan memberikan kekuatan untuk ikhlas.

Bahawa Allah akan memberikan ganjaran syurga terbaik.
Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan menguatkan langkah kita dalam dakwah dan tarbiah.

Bahawa Allah akan membantu kita menghayati dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita membuka hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita memegang hati hati kesayangan kita.

Bahawa Allah akan membantu kita membawa kesayangan kita dalam dakwah dan tarbiah.

Bahawa Allah akan mengumpulkan kita semua kembali di syurga.
Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?
Bahawa Allah akan berbuat sebagaimana kita bersangka baik kepadaNya.
Bilakah kita akan SENTIASA bersangka baik dengan Allah?

0 comments: