Pages

Tuesday, March 9, 2010



HAILSTORM


Bismillah hirrahmanirrahim

Baru usai solat subuh berjemaah plus baca al mathurat.

Haha, sampai tersengguk-sengguk gitu. Almaklumlah, subuh pukul 440am sekarang!


Hujan emas di negeri orang,

Hujan batu di negeri sendiri,

Lebih baik negeri sendiri!

Itu aku copy paste frasa peribahasa melayu.


ACUAN BARAT

Pernah ke terfikir kenapa keluar peribahasa tersebut?

Rasa-rasa, agak-agak, bila peribahasa tersebut mula diketengahkan dalam masyarakat kita?


Haha, aku tahu peribahasa ni masa sekolah rendah di Kampung Padang Luas dulu.

Tepatnya, cikgu BM aku yang ajar. Tapi 1st time jumpa is dalam Komik KAWAN, sebab ada slot ‘peribahasa pilihan bulan ini’.


Emm, percaya atau tidak peribahasa ini amat-amat disukai orang putih.


ISLAM itu AKIDAH kita

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita. – Imam Hasan Al Banna

Kerap kali islam dilihat hanya sebagai :

  1. Pandai Ashadu (faham kah anda apa tuntutannya?)
  2. Cukup solat 5 waktu (tu pun, ramai lagi kawan aku yang malas solat!!!)
  3. Puasa ramadhan (ada juga yang curik makan)
  4. Bayar zakat (“Aku dah jutawan, mak ai! Banyaknya zakat. Senang tak payah bayar” – getus seorang bilionnaire)
  5. Haji (heyy, berpuluh-puluh kali pi haji, apa kes? –Fatwa penulis)


Hah, itulah 5 perkara yang kononnya asas dalam islam… iye ke pembaca budiman sekalian?

Masha allah.


PEGANGAN KITA

Sebenarnya, tiada dalam kamus hidup seorang Muslim yang Mukmin

-isu tanah air

-isu negara (1 MALAYSIA)

-apalagi isu bangsa (seperti yang digemar gembur oleh UMNO).

Itu picisan belaka!

Isu kita kini is KHILAFATUL ISLAM. Bilakah umat ini akan berada di bawah payung seorang ketua ‘bumi’ yang mengangkat Allah sebagai walinya? Sebagai hakimnya?

Astagfirullah. Masih jauh kita daripada impian itu. (ye ke?)


ORANG PUTIH

Orang putih di sini aku maksudkan sebagai Mat Saleh yang bukan beragama Islam dan threaten us and our religion. Tepatnya Zionisme dan Freemason dan sekutunya (Amerika Syarikat, Rusia dan ahli bawah tanah Komunis yang masih aktif)

Mereka dan keluarga mereka telah menjadikan kita dan keluarga besar islam kita merana.

Kalau dulu, kita bahagia di bawah payUng lindungan Allah, kita kini seksa dalam hedonisme dan sekularisme and –ime ime yang lain.

Kejam kamu, para kafir laknatullah!

Merekalah yang bertanggungjawab ‘divide and rule’ tanah jajahan islam dulu. Dan kejatuhan khilafah 1924 menjadi bukti tangisan umat tidak berguna lagi.

DULU DULU

Mereka takut dengan kita.

Apa tidaknya?

Jika seorang wanita diganggu di sebuah daerah, maka 1 batalion askar akan dihantar oleh khalifah yang berpusat di Turki atau Baghdad. Hah, macho kan?


KINI

Palestin terkulai kaku

Malaysia rancak beREMPIT

Thailand (selatan) mengganas di masjid

Iran disekat menghasilkan nuclear

Afghanistan mahu berlawan dengan tentera US dan NATO

Etc


KESIMPULAN

Jangan terpengaruh dengan peribahasa tersebut.

Ia ciptaan mat saleh benggali puteh (orang PORTUGIS).

Mereka mahu kita berpuak-puak. Dan seterusnya lupa bahawa islam itu ialah DAULAH dan kita semua bersaudara.


HAILSTORM

Aussie dilanda hujan batu. Kak cik adikku di Melbourne lebam lebam badannya ditimpa ketulan ice. And the sad thing is Laptop dia yang masih baby-shop-smell rosak kena ais due to rooftop banglonya pecah!

Maka aku nak ubah peribahasa tersebut:

Hujan BATU di negeri orang

Hujan air di Negara sendiri


Dua dua pun tanah air kita


Banyakkan istigfar adikku

Saya rasa ALLAH sangat sayang kamu


Bukan ke ujian itu is proportional to iman?

3 comments:

aizadiha said...

sian k.cik
-_-

kakcik said...

im just fine here....=) kdg2 kna rse suah bru ingt Allah....insyaALLAH ae hikmah d sebalik sume 2...~kakcik

dr muthiah said...

:)) la kakcik balas
tak perasan sayang hee