Pages

Tuesday, April 1, 2008

yang kurindui...

salam
apa khabar semua?
lama dah menyepi saya nie..menyahut seruan cik dziannis..hari ni saya menguatkan diri juga untuk menulis..
yanis, sebenarnya dah banyak kali gmex try nak menulis..tapi idea mesti terbantut di tengah jalan..hehe.entah kenapa.mungkin kena masuk kursus menulis anjuran saiful islam dulu baru hari-hari boleh menulis gamaknya..

tadi, pulang dari kelas, saya buka inbox emel yahoo yang penuh..delete apa yang patut..dan alhamdulillah saya terjumpa satu bingkisan kata-kata yang cukup bermakna..pengirimnya tentulah antara orang yang paling berjasa kepada saya..=) jzkk akak! [kak nurul]

emel itu terisi dengan pesanan-pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya..bila diamati kembali, saya merasa cukup terkesan dengan bait-bait nasihat itu..mungkin kerana sudah lama tidak mendengar leteran seorang ayah barangkali.. :-(

sambil menghayati kata-katanya, saya terkenang juga kisah hebat Luqman Al Hakim ketika beliau hidup. beliau cuma pengembala kambing dan hamba berkulit hitam. namun begitu itu bukanlah alasan untuk beliau tidak tunduk kepada Tuhannya Allah, malah beliau seorang yang sangat berjasa kepada agama ini..fikir-fikirkanlah..adakah yang lebih bermakna selain mendapat pengiktirafan terus dari Allah? namanya dipilih sebagai salah satu surah di dalam Quran yang suci..masya allah

"contohilah orang hitam..kerana tiga antaranya termasuk ahli syurga..mereka ialah Bilal, Najasyi(raja Habsyah) dan Luqman Al-Hakim.."-al hadith

pernah suatu ketika Luqman diperintah oleh tuannya agar membawakan daging yang terbaik untuk dinikmatinya. maka Luqman yang patuh itu terus pergi menyembelih seekor kambing untuk keperluan tuannya. beliau memilih bahagian lidah dan hati lantas dipersembahkan kepada tuannya.

pada hari yang lain pula, tuannya meminta kepada Luqman agar dibawakan pula daging yang paling tidak elok. maka Luqman pun melakukan hal yang sama seperti tempoh hari. surprisingly, Luqman menghidangkan tuannya dengan lidah dah hati juga...maka bertanya tuannya mahukan kepastian daripada Luqman-takut takut beliau tersalah faham arahan tuannya...

dengan coolnya Luqman menjawab:
"ya tuanku. memang tidak ada bahagian yang paling baik selain daripada lidah dan hati jika keduanya memang baik. dan tidak ada bahagian yang lebih buruk selain lidah dan hati sekiranya kedua-duanya memang buruk.."

betul kan? hati itu ibarat raja. meskipun akal manusia tiada terlawan oleh makhluk lain di dunia ini, fungsi hati tidak pernah tidak dapat melawan logik akal itu..kerana hati jugalah kita merana, kerana hati jugalah kita bahagia..

"...dan beruntunglah orang-orang yang mensucikan hatinya.." as-syam:9

lidah pula ibarat pedang. andai ia disalah guna, maka terhamburlah fitnah, tercetuslah gossip panas..dan sebaik-baiknya ia digunakan untuk berzikir, melontar nasihat mengingati Allah (berdakwah) dan berkata yang baik-baik sahaja. andai tidak tahu, seeloknya diam sahaja. bukan begitu pesan Imam Hassan Al-Banna? tidak usah berdebat..menegakkan benang basah!

"tidak akan lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya.."al-hadith

hayatilah...

1 - Hai anakku, ketahuilah
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah
lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya
adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - Orang - orang yang sentiasa
menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf
dan sedar setelah menerima nasihat
orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemuliaan dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku, orang yang merasa
dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepada ALLAH, maka
dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan
lebih dekat kepada ALLAH dan selalu
berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

4 - Hai anakku, seandainya ibu-bapamu
marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibu-bapamu itu
adalah bagaikan baja bagi tanam-
tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang,
kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu
siang dan gelisah di waktu malam.

6 - Dan selalulah berharap kepada
ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH.
Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar
benar takut ( takwa ), tentulah engkau
akan terlepas dari sifat berputus asa
dari rahmat ALLAH.

7 - Hai anakku, seorang pendusta akan
lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang
telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal-hal yang tidak
benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian
kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku, engkau telah
merasakan betapa beratnya mengangkat
batu besar dan besi yang amat berat,
tetapi akan lebih lagi daripada semua
itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yang jahat.

9 - Hai anakku, janganlah engkau
mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang
cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab
dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit
sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku, bila engkau mempunyai
dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah
untuk menziarahi orang mati, sebab
ianya akan mengingatkanmu kepada
kampung akhirat sedang kan menghadiri
pesta perkahwinan hanya mengingatkan
dirimu kepada kesenangan duniawi
sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai
kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing
sahaja.

13 - Hai anakku, janganlah engkau
langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu
barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama-sama
dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para
alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku, bukanlah satu
kebaikan namanya bilamana engkau
selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu
tidak ubah bagaikan orang yang mencari
kayu bakar, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia
masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku, bilamana engkau mahu
mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura-pura
membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha
menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila
tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan
halus budi bahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yang
pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku, bila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu
daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala
tingkahlaku sebagai orang yang tidak
ingin menerima pujian atau mengharap
sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya' yang akan mendatangkan
cela pada dirimu.

20 - Hai anakku, janganlah engkau
condong kepada urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.

21 - Hai anakku, usahakanlah agar
mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata
yang busuk dan kotor serta kasar,
kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.Apabila berkata-kata adalah perak, diam adalah emas.

22 - Hai anakku, janganlah engkau
mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang
pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang
tentu akan disayangi, sesiapa yang
pendiam akan selamat daripada berkata perkataan
yang mengandungi racun, dan sesiapa
yang tidak dapat menahan lidahnya dari
berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku, bergaul rapatlah
dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati
ini dengan cahaya hikmah dari mutiara
kata-katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku, ambillah harta dunia
sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk
bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau
bakul sampah kerana nanti engkau akan
menjadi pengemis yang membuat beban
orang lain. Sebaliknya janganlah
engkau peluk dunia ini serta meneguk
habis airnya kerana sesungguhnya yang
engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau
bertemankan dengan orang yang bersifat
talam dua muka, kelak akan
membinasakan dirimu.
Sahabatku, jadilah insan acuan Al-Quran [sibghah Allah!siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? al-baqarah:138]....dan buat yang bakal mendirikan Baitul Muslim,contohilah Luqmanul Hakim satu hari nanti dalam mendidik anak-anak kalian....

2 comments:

halaa said...

kata org;
jglah hati, kerana di situ tempat jatuhnya pandangan Allah s.w.t
jglah hati kerana di situ tempat jatuhnya penilaian Allah s.w.t
jglah hati, kerana di situ pintu terbukanya gerbang syurga

;)
teruskan menulis ya ukht

drmuthiah said...

isk isk..tersentuh dgn kata2 awak..
doakan saya..=)