Pages

Wednesday, September 1, 2010

cerita ceritut malam pertama



bismillah hirrahma nirrahim

Ramadan sedang berada di ambang penghujung... maka menangislah sahabat salafussoleh... dan kedengaran suara tangisan, esakan, sendu rayu di hening pagi bagai dengungan tebuan. Itulah sebuah gambaran kasar kondisi generasi terbaik pernah wujud di alam ini... masha allah!
Dan orang-orang terdahulu lagi pertama memeluk islam (sodiqul al awwalun) antara muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada allah. sllsh menyediakan syurga-syurga bagi mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Surah at taubah,9:100

Harapanku moga anakanda kesayangan, solahuddin dan suhaib pun akan turut serta bersama mereka (^^,)

Lama dah tak menulis nih... keras pulak tangan hamba :)

Tajuk kat atas dah tulis, hehe cliche sungguh Mut!

CERITA 1

Berdua-duaanlah sepasang suami isteri yang baru dinikahkan di dalam satu bilik.
Sang isteri memandang sang suami, begitu juga sebaliknya.
Terlalu banyak perkara mahu dikongsi dan diluahkan. Bagai tak cukup mulut (oghe kelate kata)
Tapi lidah kelu tak terkata apa (berdebar kot)

Tiba-tiba sang suami membuka bicara
"Sayang, terima kasih kerana sudi disunting untuk menjadi permaisuri hidup abang"
"Penghargaan terbesar untuk abang juga kerana menerima diri ini yang serba dhoif seadanya"

"Sayang, abang nak beritahu sayang sesuatu"
"Cakaplah abang, insha allah sayang patuh"

"Sayang jangan kecil hati ya?"
"Insha allah abang. Kalau itu yang Allah suruh..."

Wajah sang isteri sudah mula dirundung sayu. Bimbang benar dia dengan kata-kata yang bakal ditutur oleh sang suami terCINTA (meski baru pertama kali bertemu bersua muka 'sehampir' itu)
Tapi bibit kata yang keluar dari bibirnya sengaja diatur supaya kelihatan tenang, meniru kata-kata Siti Hajar kepada Nabi Ibrahim ketika ditinggal sepi di sebuah padang pasir tandus.

"Sayang, sebenarnya....abang...."
''Cakaplah abang, sayang redha...."

Debaran makin terasa. Sang isteri cuba menenangkan diri sendiri. Dan sesungguhnya beliau tenang. Setenang air di kali. Itulah sebuah didikan dari madrasah tarbiyyah rasulullah saw.

"Sayang bukan isteri pertama abang."

Kelu. Suasana bilik bagai dilanda sang garuda gergasi.

"Siapakah dia abang?" lambat-lambat sang isteri bertanya. Melerai stress.

''Dakwah dan jihad fisabilillah, sayang"

CERITA 2

''Mak Lang, kenapa Mak Lang dan Pak Lang tak pernah bergaduh?"
"Uishh...kenapa kamu tanya Mak Lang macam tu. Mak Lang orang kampung je... Tak macam kamu!"
"Tak Mak Lang, saya serius ni"
"Kamu ni Mut! (haha apesal ada watak saya di sini?!!) Sudahlah belajar tinggi jadi Doktor. Mak Lang ni apalah sangat..."
"Cepat Mak Lang, saya dah nak kena jaga gerai ni. Karang orang datang nak beli air ramai-ramai dah tak sempat borak dengan Mak Lang"
"Mak Lang segan nak cakap... tapi Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa. Bukan apa yang Mak Lang rasa. DALAM DIRI MAK LANG, MAK LANG TAKDE. YANG ADA CUMA PAK LANG"

alahai. Terkedu si Mut ni...

"Biar betul Mak Lang! Ni saya laaaagi excited nak tahu ni" haha
"Mut, kamu ni... agak-agak la. Tu orang datang nak air kelapa 3 supik (baca:bungkus)
pi layan nuh!"

"Ok Mak Lang, sambung cite. Apa yang paaaaaling Mak Lang rindu bila Pak Lang sudah tiada?"

Tersipu-sipu Mak Lang. Kot ye pun Mut, jangan lah tanya soalan mahal camni kat tepi gerai air nih!!!

"Sembang-sembang Pak Lang kamu..."
"uiks.tu je???"
"Itulah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang-sembang, dia MEMUJUK, MEMBERI ILMU, SAMPAIKAN PANDUAN. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. KADANG-KADANG PENUH GURAUAN, DIA TAHU (baca:faham) Mak Lang tengah sedih..."

CERITA 3

nih saya sambung nanti ya! nak kena gi tolong ayah jual airtebu+airnyiur pula. (^^,)


p/s: CERITA 1 diubahsuai dari kisah Mustafa Mashur (mursyid am ikhwanul muslimun ke-3 dengan isterinya
p/ss: CERITA 2 diubahsuai dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi: Kisah cinta orang dulu-dulu


0 comments: