Pages

Sunday, July 18, 2010

Kenangan bersamamu

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
kini hamba sudah tiba di rumah- Besut,Terengganu,Malaysia.

sayup-sayup kedengaran SALAM 1 MALAYSIA ~~~ hehe, sajo jah, amek hati Pak Najib

Kini,hamba di tanah air sendiri.
Kata orang, tanah air itulah tempat tumpah darah (baca: 1st period of delivery of my mama)
Kata orang 2, tanah air itulah satu-satunya tempat yang diri kita rasa belong to. (baca: sayang sangat)
Kata orang 3, tanah air itulah tempat yang mana bila ditinggalkan, hati rasa terpanggil-panggil mahu pulang (baca: homesick)

hehe, hamba pula kata, "Ye ke???"

Tatkala kaki menjejak KLIA, perasaan bercampur baur.
Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya diri ini mampu menamatkan pengajian, lulus untuk mempraktikkan ilmu kedoktorannya di bumi Allah bernama Malaysia.
Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya diri ini mampu melangsaikan tuntutan kedua ibu bapa supaya jadi 'insan berguna'

Sebenarnya, lebih syukur, sebab Allah telah mengilhamkan rasa syukur itu sendiri ke dalam diri hamba.

Sekurang-kurangnya, tidaklah diri ini terasa 'besar' (gah) dengan pencapaian peribadi. Sesungguhnya segala perkara tidak mungkin berlaku tanpa izin Rabb hamba (Allah)...

Melilau hamba mencari ofis MAS. ye lah, flight to Pengkalan Chepa will be after 2 hours. Perlu diconfirmkan terlebih dahulu.

After selesai urusan sunnatullah itu, hamba dan kawan baik (tak baik sangat pun) kembali mencari Aizadiha dan Mawadah. Untung-untung boleh berjabat tangan dengan 'bakal ibu mentua' haha. Cik Farizah kata, "Kena tunjuk muka kat mak depa, nanti baru depa kenal akhowat. Senang berprogram..."

hehe, sejuk hati mendengar Cik Farizah berhujah. Memang itu kelebihan dia selain melukis kartun pelbagai ragam dan watak (termasuklah Mut) nor...nor...

Nor Farizah : rakan 'gado' hamba di sesma dulu. Walaupun kami 1 team, tapi pendapat sentiasa antagonist. Ramai kawan lain yang lebih 'ngam' dengan hamba, tapi hikmah Allah mengatasi segalanya. Cik Farizah (hamba panggil dia Nor jah) ditakdirkan 'mengikut' hamba menuntut ilmu di Volgograd, Rusia (meskipun kami dua-dua kempunaaaaaaaaan sangat nak study di UK haha) padan muka kau, Nor!

oh, dari jauh, kelihatan Cik Aiza mundar mandir dan masih belum mandi! hehe. Budget macam hamba dah mandi je ;p Maka, kami pun menemani Aiza yang keseorangan ditinggalkan Si Mawadah yang berkemungkinan besar sedang breakfast bersama familinya di Aras 1 KLIA. amboi, nampak dah la Wadah!

Kakak! kedengaran suara Mak Lang bergema. Habis 1 KLIA gegar dengan kehadiran famili Aizadiha, siap sepanduk WELCOME HOME DOCTOR AIZA! hehe. Hamba tumpang bergambar sekaki.

Aiza Nur Izdihar : orangnya pun secantik namanya. Dulu, hamba gelarkan dia ni Cinderella sebab dia ada satu baju gaun (baca: sweater musim auntumn) yang ala-ala Europe style 60-an. hehe. Sekarang, hamba pun taktau ke mana lesapnya baju tu. Mungkin terbakar masa letusan volcano di Iceland tempoh hari yang menyebabkan banyak penerbangan di negara Eropah termasuk Rusia utara terbangkalai. aish. Aiza, hamba suka panggil Dihe. Nama yang hamba kenal masa mula-mula taaruf dulu. hehe. Background famili dia sangat berbeza dengan hamba. Cik Farizah kata "macam langit dan bumi." Macam mana laa kita (hamba dan Farizah) boleh stay berkawan (baca : tahan dengan songey yang bermacam) Cik Aiza nih... :)

ah, lupakan Mawadah. Si buncit itu!
Hamba memang musuh ketat Cik Wadah. Pantang ada hot issues, mesti borak dan brainstorm dengan Wadah dulu. Gossipping pun dengan Wadah. Pendek kata, Wadah ni memang selalu bersabar la dengan hamba yang suka membebel dan mengomel nih... timaceh Wadah. (^_^)v

isk... rupa-rupanya 6 tahun sudah berlalu... September 2004-July 2010...

Sekarang hamba di rumah, sedang mengecat dinding, tingkap dan pintu rumah. Tiada lagi Aizadiha, Mawadah di sisi. Cik Farizah takpe, sekampung je. Tapi, kalian sentiasa di hati... doaku dalam tahajud akan setia menyebut namamu satu persatu. Insan-insan yang sudi menemani langkahku ke arah Ilahi dan mengenali potensi seorang hamba.

Setiap kali tetamu datang, mesti tanya,
"Ish, nak bekwoh (baca: kenduri) ka?"
hehe. oghe Kelate nih kalau kita cat renew renovate rumah, memang menimbulkan spekulasi!

hamba rasa nak kena berundur diri nih. ampun maaf atas segala kesulitan. sian Cik Aizadiha menunggu update hamba. Sabar ye ukhti. Nanti bakal menyusul :))

waalla fa baina qulubihim! sura al anfal,8:63

rindu kamu QSvolgo... (T_T)


hamba yang dhoif,
Dr.Noor Azimah bte Ab.Aziz
Besut, Terengganu.

3 comments:

aizadiha said...

haha,baru jumpe entry nih
comel^_^

jazakillah atas doa waktu tahajudmu itu...moga ia menjadi penguat diri dan peneguhan langkah. sangat2.

p/s:eh,rsa ada comment sebelum nih, g mane eh?

salam syg

wayfarer said...

baca post ni pun terasa rindu kakak2 qalam...
=')
moga diteguhkan hati dan dikuatkan azam utk terus istiqamah dan tsabat di jalan dakwah ini, akak2 angkatku..

hehe.

salam penuh rindu dan syg..

mawaddah (~_*) said...

slm wrt gmek,

baru jumpa kutukan gmek buat wddh dlm entry ni.hehhe

teringt kita selalu dating berdua di sushi=)
i miss those days..

gmek,tolong..sekarang qiam mlm dah lopong2..sedey..rindu dgr tangisan antunna di qalam dlm kesunyian mlm..(mcm hantu plk tangisan mlm2 buta..hehehhe)