Pages

Saturday, May 30, 2009

isu semasa

sengaja saya menulis/mengepos ini.
sekadar peringatan untuk diri sendiri yang malas membaca, yang malas mengkaji, yang malas berfikir tentang umat, yang mahu sentiasa yang terbaik hanya untuk diri sendiri!

Alangkah malangnya menjadi orang yang sebegitu kan?

Tapi itulah manusia, jarang sekali meletakkan orang lain separas atau terkedepan melebihi dirinya. Poket sendiri perlu penuh dahulu sebelum menyumbang, pengajian perlu ditamatkan dahulu sebelum melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan yang tidak bergaji, buat apa aku perlu memberi kalau diri sendiri pun masih begini?

aisehh, banyak sungguh onar orang cerdik zaman sekarang kan?

ZAMAN DAHULU DAN KINI

Ingat kan kisah Hasan Al Bana dan kawan-kawannya bekerja menubuhkan Ikhwanul Muslimin di umur 22 tahun? Sedar tak sedar, umur tu sama dengan kita sekarang. Masa muda di alam universiti. Bertitik tolak dari situ, IM berkembang pesat. Sehinggalah sekarang, cabang pertubuhan IM di mana-mana. (HAMAS di Palestin, Hizbullah di Lubnan etc)

Kita kini sibuk dengan apa ek?
Malas mahu menulisnya di sini. Bagai membuka pekung di dada sendiri! :(

Keratan akhbar daripada Palestinkini.com
Sabtu, 30/05/2009 - Dalam satu ceramah umum, pemimpin Hezbollah , Hasan Narsallah di Lebanon berkata pasukan tentera Hezbollah bersedia bagi menghalang mana-mana pencerobohan tentera orang Israel, dan menambah bahawa Iran bersedia untuk mempersenjatai rakyat Lebanon dengan peluru-peluru dan jet-jet pejuang .

“Jika pembangkang menang dalam pilihan raya di Lubnan, agendanya adalah untuk memperkuatkan pasukan tentera “, Nasrallah menyatakan, “Pilihlah pembangkang dan saya akan mengetuai anda untuk mempersenjatai askar askar Lubnan”.

Merujuk kepada pengunduran Israel daripada selatan Lubnan , Nasrallah menyatakan kemenangan untuk pembangkang di Lebanon akan membuat negara berkuasa dengan tenteranya dan pemimpin-pemimpin.

Sebenarnya, manusia yang bekerja kuat merealisasikan apa yang mereka percaya/yakin, itulah yang akan diredhai ALLAH. Despite of ramai manusia menuduh mereka SESAT, EKTREMIS etc, hakikatnya mereka telah mendapat 1 pahala atas ijtihad mereka. Oleh kerana itu, saya lebih cenderung untuk tidak 'mengomen' mana-mana pertubuhan dakwah Islam sekarang.

PAS?PKS?ABIM? etc

Jangan pula merasa kita lebih daripada mereka. Atas semua perkara yang telah dijalankan, kita sesungguhnya bersatu di atas sebuah prinsip yang sama : ISLAM.

Dan kerja ini tidak selesai sehingga semua manusia di atas dunia ini menyembah Allah seperti selayaknya.

Em, sambung lagi bebelan di pagi Ahad yang indah nie...hehe

Jangan tak ingat, kita sesungguhnya umat yang satu-satunya berpegang dengan yang HAQ. Kita satu-satunya yang masih memegang kalam Ilahi- Kitab Al Quran yang masih tidak tercemar dengan kalam manusia. Masya allah, what a bless!

Dan disebabkan fakta besar itu, kita amat ditakuti oleh orang kafir laknatullah. Mereka takut pada kita, sebab tuelah, terlalu banyak perkara mereka set up untuk menjatuhkan kita!

Tengok nie keratan akhbar lagi :)
Saturday, May 30, 2009
SAUDI Haramkan Buku Sayyid Qutb

Kementerian Pendidikan Arab Saudi baru-baru ini memerintahkan untuk menarik dua buku Sayyid Qutb dari perpustakaan-perpustakaan sekolah di Saudi, kerana dinilai berisi idea-idea ektrimis dan dapat menyesatkan para siswa-siswi yang membacanya.
Perintah penarikan kedua buku itu diakui oleh direktor sekolah khusus anak lelaki di provinsi Asir, Abdul Rahman al-Fasil dan direktor sekolah khusus anak perempuan di provinsi Abha, Ibrahim al-Hamdan.

Dua buku Sayyid Qutb yang diperintahkan untuk ditarik dari perpustakaan berjudul "The Lies About Sayyid Qutb" dan "The Jihad in the Way of God".

"Kedua buku itu sebenarnya sudah lama ada di perpustakaan-perpustakaan sekolah, tapi belum pernah dilakukan pengawasan apakah buku itu pantas dibaca para siswa atau tidak," kata Abdul Rahman al-Fasil.

"Tujuan penarikan kedua buku ini untuk melindungi siswa-siswi yang masih muda dari ideologi-ideologi yang menyimpang," sambung Ibrahim al-Hamdan.

Sayyid Qutb adalah penulis dan tokoh intelektual pendiri gerakan Ikhwanul Muslim di Mesir pada era tahun 1950-1960-an.

Penulis Saudi, Abdul Wahid al-Ansari berpendapat, jika kedua buku Qutb dianggap berbahaya untuk siswa sekolah, maka tindakan kementerian pendidikan Saudi mengeluarkan perintah penarikan buku tersebut sudah benar. Menurutnya, bukan tidak mungkin masih banyak buku-buku yang berisi ideologi-ideologi ekstrim yang beredar di Saudi.

Kementerian Pendidikan Saudi menyatakan, pihaknya sudah beberapa kali mengeluarkan perintah penarikan buku-buku yang dianggap tidak pantas dibaca siswa dari perpustakaan-perpustakaan sekolah. Buku-buku yang dinyatakan dilarang, dimusnahkan atau disimpan di satu tempat khusus

em, maksudnya apa?
Mereka memang takutkan...
Al Haq-memang akan kekal merentas zaman!

3 comments:

muharikah said...

wah...membaca akhirnya adik ana sorang ni....heheh :D

aizadiha said...

hehe.....k.aisyah~ malu2*... gmex rajin gak membca, saya malas sikit. baca blog je sokmo. buku 'Dakwah IM di alaf baru' yang nipis pun, ambik masa 2minggu kot. kesian k.aisyah bersabar dgn kemalasan adiknya =|

jazakillah gmex for the feed up news. al-haq akan menang tidak lama lagi..dan inilah jalan yang kita pilih insyaAllah..

dr muthiah said...

huhu
thank u akak ingatkan...
mmg betul what u said last tyme.
i'll try practise it out!
insha allah :)

best gak selalu kena ketuk dgn murobbiah saya yang tegas lagi chubby neyh, hehe

ye lor tuh aizadiha,haha