MA’YATULLAH
Wahai anak Adam, kenapa engkau tidak memperhatikan Aku? Tahukah engkau bahawa engkau berada dalam pengawasan mataku dalam kesepian engkau dan kala nafsu syahwatmu bergelojak.
Ingatlah Aku dan mintalah kepadaku agar Aku cabut nafsu itu dari hatimu, dan Aku pelihara engkau dari berbuat maksiat kepadaKu dan Aku jadikan engkau benci kepada perbuatan itu, Aku mudahkan engkau mentaatiKu.
Aku jadikan engkau cinta kepada ketaatan itu serta Aku jadikan indah dalam pandanganmu.
Wahai anak Adam, Aku hanya menyuruh dan mencegah agar engkau meminta pertolongan kepadaku dan berpegang erat kepada tali agamaKu, bukan untuk derhaka kepadaKu dan berpaling dariKu, dan kalau begitu Aku akan menjauhkan diri dari engkau.
Aku sebenarnya tidak memerlukan engkau. Dan engkaulah yang memerlukan Aku. Aku telah ciptakan dunia ini dan Aku mudahkan ia untuk memenuhi kepentingan engkau, tidak lain supaya engkau bersiap-siap untuk menemuiku dan engkau membawa bekalan darinya, agar supaya engkau jangan berpaling dariKu dan kekal di atas bumi.
Ketahuilah olehmu, bahawa negeri akhirat itu adalah lebih baik bagimu daripada dunia ini. Oleh itu, janganlah engkau pilih yang lain daripada apa yang telah Aku pilihkan buat engkau!!! Dan janganlah engkau benci menemuiKu kerana siapa yang benci menemui Aku, Aku pun benci menemuinya. Siapa yang rindu bertemu dengan Aku, Aku pun rindu menemuinya…
0 comments:
Post a Comment