syukur saya panjatkan kepada Allah, kerana limpah rahmatNya diri ini dikejutkan di malam hari..berkesempatan pula menaip untuk entry kali ini..alhamdulillah, all praise to Him..
2 hari lepas, weekend Qalam seperti biasa-sibuk dengan pelbagai aktiviti:
1.usratunna 01
2kuliyah online IMAM-VSMU
3.MABIT tempatan anjuran IMAM-VSMU
4.usratunna Muntalaq siri 3,4,5,6
5.jualan nasi paprik&pataya
6.usratunna 02
insya allah, moga bermanfaat dan diberkati Allah. dan tentunya yang paling menyentuh hati ialah usrah Mujaheedah di bawah pimpinan Kak Nurul.
USUL 3
petang ahad, akhirnya tibalah masa yang kami tunggu-tunggu. semua orang dilapangkan masa, alhamdulillah-kami berpeluang duduk dan berbincang sesama sendiri-fenomena yang hampir 2 minggu terpaksa kami tangguhkan atas beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan. [practical exams, credit hour practical classes, aktiviti umum wadah IMAM-VSMU etc]
usrah dimulakan..
IMAN YANG BENAR, IBADAH YANG SAHIH, MUJAHADAH mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati2 yang dikehendakiNya. manakala ILHAM, KASYAF dan MIMPI tidak boleh dijadikan hukum syariah..-usul 3 by as-syaheed Imam Hassan al-Banna
senang bukan?
maka prinsipnya
1.ILHAM, KASYAF dan MIMPI tidak boleh dijadikan dalil selagi ia tidak bersandar kepada Quran dan Sunnah
2.Pandangannya boleh diterima jika ia selari dengan QnS
KEUNIKAN IHAB
itulah apa yang saya nampak di sini, subhanallah! begitu beruntung kita mengenali seorang ulama sehebat IHAB. beliau seorang yang sangat bersederhana, berhati-hati dalam menetapkan fikrah anak-anak buahnya (Ikhwanul Muslimin) yang kita warisi..insya allah.
beliau tidak menolak bulat-bulat akan kewujudan sumber2 ilmu selain QnS [seperti ILHAM, KASYAF dan MIMPI] tapi meletakkan QnS sebagai paksi tempat kembali rujukan kita..masya allah!
ADA APA DENGAN IKM?[I-lham K-asyaf M-impi]
barangsiapa yang telah mencapai akidah yang benar, iman yang teguh, ibadah yang sahih (tanpa bida'ah/melampau) dan berakhlak mulia-maka allah akan mengurniakannya CAHAYA yang dapat mengungkapkan sesuatu yang orang lain tidak mampu buat dan membezakan di antara perkara-perkara syubhat dan unsur-unsur lain yang tiada kaitan dengan Islam.
inilah sebenar-benar keMULIAan yang diberikan Allah hanya kepada hamba-hambaNya yang suci hatinya..yang tinggi mutu imannya..dan hal ini sememangnya terjadi di dunia nyata! tentunya ia bukan sekadar retorik Mat Jenin atau Ayah Pin semata~
SEJENAK BERSAMA SEERAH
hati saya sayu sepanjang usrah berlangsung..subhanallah, terasa semacam satu perasaan yang sukar diungkapkan. alangkah KERDILnya diri ini..dibandingkan dengan sahabat2 salafussoleh kesayangan baginda rasulullah saw, ahlul badar,tabi'in..dan sekarang, barisan ulama mutakhir kini yang semakin rancak berdakwah. masya allah..
1.kisah saidina Uthman r.a
seorang lelaki datang kepadanya dan beliau berkata:
"ada di kalangan kamu yang datang menemuiku sedangkan tanda-tanda penzinaan ada di matanya"
sahabat-sahabat kehairanan. mana mungkin saidina uthman tahu sesuatu perkara ghaib seperti itu?maka, sahabat-sahabat pun bertanya:
"adakah lagi wahyu diturunkan oleh allah selepas kewafatan baginda rasulullah saw?"
saidina uthman dengan tenang menjawab:
"pastinya tiada! tetapi ia suatu firasat yang benar.."
2.kisah saidina Umar r.a
Umar suatu hari sedang berkhutbah di atas mimbar..kemudian, beliau tiba-tiba berhenti dan dengan tercungap-cungap (seperti melihat sesuatu yang bahaya) seraya berkata dengan suara tinggi:
"wahai sarriyyah (pasukan tentera)! ke bukit! ke bukit!"
sahabat-sahabat yang mendengar khutbahnya berasa pelik dan kemudian bertanyakan hal itu selepas beliau habis berkhutbah.
"aku melihat tentera kita sedang melawan musuh"
tidak lama selepas itu, tentera islam pulang dengan membawa kemenangan. malah, mereka juga mengatakan mereka mendengar laungan saidina Umar r.a.
masya allah! kuasaMu tiada tandingan..isk isk
FAJAR MENYINSING
akhirul kalam, suka saya selitkan kata-kata hikmat seorang ahli kasyaf:
"hampirilah orang2 yang taat. dengarilah kata2 mereka kerana sesungguhnya akan lahir dari mereka perkara2 benar iaitu perkara2 yang didedahkan oleh allah kepada mereka. telah thabit bahawa bagi wali2 allah itu diberikan ilham dan kasyaf(lintasan hati)"~saidina Umar r.a
subuh hampir menjelang..saya minta diri dulu..
5 comments:
menariknya! :D salam kenal
salam, maryam..
rasanya diri ini tidak mengenali saudari..
SALAM UKHUWWAH dari bumi Russia..
jemput bertandang ke teratak buruk ini..kehadiran saudari dihargai :-)
salam ..
mek,yang kisah uthman tu..
rasenye,uthman npk seorang pemuda usha seorang wanita kan..then die ckp kat pemuda tu "sesungguhnya aku nampak kesan2 penzinaan dalam matanya.."
adus,hebat2..
ada apa dalam mata kita ya?
=) sumthing to ponder
wallahuallam he'
dlam buku usul 20 tue..tak ckp pula saidina uthman ternampak pemuda itu sedang mengusha seorg wanita..
em,mgkin utk menegaskan uthman dapat merasakan perkara itu tanpa melihat kejadian sebenar..
sejujurnya, sy takde wat pembacaan lain ttg kisah tersebut..mungkin benar yg he' ckap tu :-)
salam gmex..=)
Akak pun suka usul 3 yg kita bincang haritu, satu pelajaran yg menambah keimanan padaNya...
mari sama-sama kita jaga mata dan hati! hehe..:D
Post a Comment