Pages

Friday, August 8, 2008

Memperingati 100 tahun IHAB

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah yang Maha Agung, tidak pernah sesaat terlalai memerhatikan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahlul bait, para sahabat, tabi'en dan pejuang Islam di sepanjang zaman yang telah berjuang sehingga kita tersentuh dengan nikmat Iman dan Islam kini.

Baru selesai menelaah Al Kitabu bertema "Memperingati 100 tahun Imam Hassan Al Banna" (1906-2006) karya pendakwah kontemporari terkenal Ustaz Ridhuan Mohd Nor [oghe Besut nie..hehe]

Pada pandanganku, IHAB lebih hebat daripada Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh (pemikir besar Islam awal 20-an). Beliau (IHAB) ialah gabungan ketaqwaan dan kepintaran siasah yang menakjubkan. Beliau berhati Saidina Ali dan berakal Muawiyah. Aku melihat pada beliau sifat-sifat pemimpin yang telah kehilangan dari dunia Islam. -Tantawi Jauhari

Tidaklah saya bertujuan mendewakan IHAB seolah-olah beliau manusia tanpa palitan dosa dan kesalahan. Namun, secara jujur dan ikhlas kita harus terbuka dan mengakui peranan beliau dalam membawa fikrah dan gagasan Ikhwanul Muslimin yang akhirnya menjadi ikon kepada gerakan Islam lain yang muncul kemudiannya.

Sesungguhnya fikrah yang cuba dibawa oleh IHAB unik. Rukun bai'at ke-2 ialah IKHLAS (selepas FAHAM). Begitu tinggi beliau menempatkan IKHLAS dalam proses tajnid anak-anak didiknya. Konsep tarbiyah seumpama ini telah berjaya melahirkan ramai pendokong IM yang tidak dikenali.

"Orang-orang yang berbakti, bertaqwa dan tersembunyi. Jika tidak hadir, mereka tidak dicari dan jika hadir, mereka tidak dikenal" HR Tirmizi

Mereka (ahli jemaah IM) juga memiliki sifat-sifat Sang Ansar.

Banyak hadir ketika menghadapi kesusahan, sedikit yang datang ketika meraih keuntungan.

Umar At-Tilmisani (Mursid Am IM ke-3) pernah mengungkapkan :

Pada suatu masa, kami berhimpun dalam suatu program di luar kota. Setelah selesai kerjapada jam 12 tengah malam,kami semua merasa sangat penat. Kebetulan saya ditempatkan sebilik dengan IHAB. Saya sesungguhnya sangat penat sekali dan mahu terus melelapkan mata. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing.Tidak berapa lama kemudian, beliau memanggil saya.

"Umar,awak sudah tidur?"

"Belum ya Mursyid" (ketika itu IHAB sebagai Mursyid Am IM)

Beliau lantas mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, beliau bertanya lagi.

"Umar,awak sudah tidur?"

"Belum ya Mursyid"

Setelah lama terdiam, beliau sekali lagi bertanya hal yang sama kepada saya. Saya yang keletihan cuma terdiam, tidak membalas apa-apa. Berharap semoga beliau menyangka saya sudah tidur.

Beliau lantas bangun ke bilik air dan mengambil wudhu' dengan berhati-hati agar saya tidak terjaga. Kemudian, saya lihat beliau mengambil posisi di suatu sudut bilik dan mengerjakan beberapa rakaat solat sunat malam.

Subhanallah, begitulah ajaran beliau yang amat melekat di hatiku..


2 comments:

amin alhafeez said...

salam doc.. kupasan ringkas yang baik.. IHAB merupakan antara tokoh pelopor gerakan Islam setelah jatuhnya khalifah Islam... Bersama kita menyediakan diri sebagai mata rantai dlm menyambung perjuangan yang berteraskan kepada dakwah Rasulullah dlm menyampaikan Islam.. Oh ye, IHAB merupakan seorg pendakwah yang amat hebat,bnyk kisah yg menceritakannya.. okeh, tahniah ats kupasan ini..:)

dr muthiah said...

spasibo dr amin
a ti kogda budew pisat xorowi artikel ewe?