Pages

Friday, May 9, 2008

salam. lama rasanya tak update blog... baru sahaja usai membaca blog demi blog... yang paling saya suka hari ini ialah sebuah entry daripada seorang senior bertajuk "SILA DENGKI"

pendek! tapi cukup untuk buat hati saya terdetik, "oh!begitu ya" kemudian, saya berjalan-jalan lagi..terbaca tentang kisah pejuang-pejuang suci bumi al aqsa.. pendek!tapi cukup untuk buat hati saya terdetik, "mampukah? sugguh lemah diri saya"



kemudian, baca lagi...baca lagi...baca lagi...banyak yang saya baca. hajat di hati mahu menggunakan sisa-sisa hari ini dengan membaca dengan sebanyak mungkin. insya allah...








IKHLAS


bosankan?tajuk yang tak habis-habis dibicarakan saban generasi...tapi itulah, ada apa dengan ikhlas sehingga begitu sekali ulama' kita membincangkan topik ini.

"Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setipa individu itu apa yang diniatkannya...." HR IBN UMAR

saya ingin quote apa yang ABU DAWUD kata berkenaan hadis 1 ini.. benar sekali pendapatnya! Hadis ini menggambarkan Islam secara total. Ironinya, agama ini punya dua bahagian fundamental - amalan sebagai zahir dan niat (yang ikhlas) sebagai rohnya.

emm kan saya sudah kata..IKHLAS ini memang penting!

reflecting diri sendiri, memang banyak lagi daki-daki riak, ujub, bongkak yang masih berbaki. aduh!



teringat dulu. semasa mula-mula kenal usrah (di SESMA-Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud). saya anak usrah kepada seorang guru AddMath. Beliau sangat solehah..saya menyukai kesederhanaan yang ada padanya.. pernah beberapa kali kami berusrah di bawah pokok (di belakang Kelas Muzik berdekatan padang rumput belakang asrama perempuan) Tempatnya agak tersorok, hehe (jangan salah faham-kami tidak belajar tentang fahaman Al-Arqam, cuma mengupas tentang Syed Qutb dan Imam Hassan Al Banna sahaja)

apa yang saya perasan, cikgu tidak pernah selia sangat anak-anak usrahnya secara 'direct'. saya fikir, melihat ketidakhadiran anak usrahnya-cikgu sudah boleh mengagak sejauh mana ketsiqahan anak-anak didiknya. malah, kalau ada sebarang program anjuran PUISSMA (badan dakwah di SESMA) cikgu tidak pernah pula 'ambil' kehadiran anak-anak usrahnya ini..hehe..

kini baru saya faham kenapa cikgu bersikap begitu. seolah-olah beliau tidak ambil peduli dengan istiqamah kami atau sebaliknya... ia sesungguhnya mengundang tanda tanya kepada saya dan sehingga hari ini barulah saya temui natijah sebenar di sebalik itu.


"Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, b
ila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran." al-hadith


erm..itulah sebenarnya jawapan kepada persoalan saya.. teringat bagaimana Imam Hassan Al Banna mengasuh anak-anak didiknya. mereka diasuh untuk tidak gila kepada gelaran, perebutan kuasa kepimpinan. malah, didikan Imam mulia itu mengajar mereka untuk tidak kisah untuk tidak dihargai oleh manusia. jiwa mereka basah dengan ingatan kasih dan sayang hanya dari Allah, pencipta CINTA dan KUASA...antara lain, Ikhlas ialah antara rukun bai'ah IKHWANUL MUSLIMIN.

p/s:ya!bukan mudah untuk ikhlas bagai semut hitam di atas batu yang hitam di suatu malam yang hitam pekat!!!

2 comments:

Anonymous said...

pernah jumpa satu ayat yang sangat menyentuh hati...

seorang zahid di kota lebih baik daripada seorang a'bid di rimba...

bukan zahid AF tu...

antara definisi seorang zahid ialah..meninggalkan apa yang halal untuknya dengan mengambil yang cukup2 sahaja..susah sungguh kan..

dr muthiah said...

em..
betul3..ayat tue..sy tak ingat huraian tepatnya..tapi..rasenya utk menunjukkan kita supaya bgaul turun padang bsama masyarakat kan..

huhu..

itulah yang saya sedang usahakan..

moga allah jua yang memberi kemudahan..