Pages

Sunday, May 11, 2008

semalam..seharian saya terharu.
terharu dengan segala yang berlaku.
sungguh! volgograd ini bumi hero, bumi pejuang, bumi bertuah (seperti kata-kata orang tua di sini)
dan kini, saya juga mahu menyatakan kebenarannya.


sehari bersama dengan seniors 6th year mengupas berkenaan Kirovsky Islamic Centre memang tidak cukup. bukan maksud saya tidak cukup informasi tapi tidak cukup untuk mencedok dan menyelami hati bersih nurani mereka... kerana SAYA MAHU BELAJAR daripada mereka. mengenal erti UKHUWWAH ISLAMIYYAH daripada mereka.

air mata saya murah sungguh semalam.
tak mengapa, biar apa yang mereka cakap akan terus tersemat di jiwa ini.
tidak lama lagi mereka akan pergi meninggalkan kami.
siapa lagi agaknya yang sudi menegur saya andai ada salah silap.
siapa lagi agaknya yang mampu menyentuh hati saya dengan akhlak murni seperti mereka?
dan siapa lagi agaknya yang bisa menggetar hati saya dengan nasihat total hikmah dengan wajah bercahaya penuh iman???


subhanallah...

mengungkap ini semua membuatkan saya membungkam sendiri...

berfikir kembali..memutar kembali..saya sayang mereka kerana apa sebenarnya?


dari kiri: abg bear, abg falah, abg hussin, abg zam, abg semfai, makcik ruski dan anaknya di depan tapak future-masjid kirovky



ISLAM,
DAKWAH yang mereka bawa...

itulah asas perkenalan kami. mereka tidak menyatakan secara terus. ya! tidak pernah..
tapi di setiap point pertemuan dan perkenalan kami..itulah paksi sebenarnya. tidak akan sedar kalau anda tidak berfikir.

mereka cekap melakukannya. mentarbiyah kami dengan bijaksana. banyak amal daripada lisannya. alhamdulillah, itulah ajaran nabi muhammad saw juga.

mereka sulam dakwah ini dengan ukhuwah yang makin menyubur kian hari. makin hari terasa makin dekat dengan mereka. biarpun jarang bersua, tapi setiap detik pertemuan (meeting, tazkirah, program umum PPIM) mereka mampu mencetus momentum yang cukup besar untuk kami berubah, buat 'kerja' atau muhasabah. wah!bravo abang-abang dan kakak-kakak seniorku.

aku berfikir lagi...

kerana dakwah ini berbentuk manusiawi.
tidak mungkin kita mendakwah manusia dengan cara robotik!
mana mampu dengan rules yang tertulis dalam 3 helai kertas dan manual yang rigid dan penuh prosedur keselamatan...
kerana apa? kerana kita bekerja dengan manusia

itulah yang mereka ajar kepadaku.
panduan dakwah yang mungkin aku susah nak dapat daripada pembacaan harianku...

8 comments:

deeha said...

huhu
betul2..setuju 200%!
tiada lagi org seperti mereka. mcm org kate..1st batch is always the best=)
"total hikmah"- huhu.bukan semua org dpt buat

to abg2 and kakak2 6th yr..good luck exam final. moga terus dakwah walaupun dah bergelar doctor=)

dr muthiah said...

(^_^)v

amir said...

ya allahh..tak layaknya masuk gambar a zam skali ngan diorang..dak2 lain mmg hebat2..isk2..dan korang lagi la hebat..isk..

pakat2 amik pengajaran dari yang baik..dan sempadan dari yang tak baik...dari antara kita...

wallahualmm...

ps:makcik tu rasenya orang tartar..bukan russian..hehe

dr muthiah said...

hihi

tartar eh?

amir said...

tak silap la..hadrat rustam..hadrat ilias tartar...kturunan gengkhis khan.ni ada dlm buku russian history skit tau..hehe..

mcm mane allah susun..orang yang musnahkan baghdad..kturunan dia jadi islam habis..siap dulu perintah sebahagian russia lagi...hebat kan?

dr muthiah said...

erm tuelah..
sy pernah terfikir ttg ni juga..

em..menunjukkan keINDAHan islam itu sendiri..
sebab buat mereka tertarik, bukan membenci

Anonymous said...

gmex..tinggi nye pujiann..utk abg2 layak la kot..hihihi..kakak2 nie cm tak buat ape sgt je..
apepn gudluck jg utk krg yg still akan berjuang ddk kat cnie..
doakan kami jgk..xm lg 2 minggu je..huuhu..cuakk

-kak su-

amir said...

kakak2nye ada aje..cuma diam2..hehe..
time kaseh sbb bagi pinjam notes..:P
gudlak exam sume...