Pages

Tuesday, May 20, 2008


KUALA LUMPUR, 4 April 2008

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS dalam menjalankan kegiatan belia untuk kepentingan Islam di negara ini.


Perkara ini dinyatakan rombongan ABIM yang diketuai Presidennya, Yusri Muhamad dalam kunjungan hormat mereka menemui pemimpin PAS Isnin lepas.


Rombongan ABIM telah menemui pimpinan PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi Isnin lepas.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyambut dan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan belia Islam yang berpengaruh itu.


Pada sebelah petangnya, rombongan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pula telah menemui pemimpin PAS di tempat yang sama.


Robongan JIM diketuai sendiri oleh presidennya, Zaid Kamarudin.


p/s:marilah 'kita semua' MENGUCAP SYUKUR KEPADA ALLAH...ALLAHUAKBAR!


11 comments:

Anonymous said...

salam
dulu skolah abim..
skolah dari pukul 8 smpai pukul 4.30..mcm kat volgograd gak la kalo pikir balik..hehe..
ade kaitan ngan artikel tak ni?

dr muthiah said...

hihi
iyolah tu a zam..
takmau ckp skolah maahad ko dulu?

ore laen..skolah agama sejak kecik..hihi.bagus2

rendah diri loks sy..(T_T)

Anonymous said...

skolah jek agama...orgnya tak agama mana..tak le pakai gak...heh

Anonymous said...

a zam sgt klaka;)
sy dulu sekolah agama jais. darjah 1-5 pastu drjah 6 80% ponteng. thehe. result spra pun xtau

nilah org yang tak beragama mana..

huhu
T_T

Anonymous said...

eh..nape jadi ruang mengutuk diri ni?
korang jangan cuba lawan pakar self critic(a zam)..hehe..

izzah(bukan yb lembah pantai tu..hehe) skit.

ganbatene dalam agama..

dr muthiah said...

hihi

macam2 sahabat2 saya nih..

Anonymous said...

alhamdulillah~~ nmpknya ummah semakin bersatu... bangga, bangga... alhamdulillah~~

Anonymous said...

wah...bestnya..semua dah duduk satu meja skali..

lepas ni, boleh la semua program disatukan ye..

semua dah nampak satu nampak, naik perahu yang sama, tapi masing2 guna cara mendayung yang berlainan..last skali, sampai juga..best2..

Anonymous said...

aik..mcam dak2 maahad pakat nyibuk kat sini plak?heheh

bukan ke memang dari dulu semua orang dalam program sama ke?hehe...

tak pernah ingat pun daftar program lain..heh cuma kadang2 lupa,dok wat sibuk ngan program lain kan...:)

dr muthiah said...

haha

penim2..

satu perahu..cara mendayung berbeza-beza..

tapi sama2 sampai..

bagus umar, saya suka tu

Anonymous said...

salam
ALLAHU AKBAR!!!!!
nk menangis rasanya bayangkan Haji Hadi peluk Press ABIM n JIM hari tu, harap-harap pelukan itu membuahkan binaan ukhuwah sekukuh Jabal Uhud...
tugas kita para pengikut juga sama; bersihkan hati dan tingkatkan korban...