Pages

Monday, April 21, 2008

syukur saya panjatkan kepada Allah, kerana limpah rahmatNya diri ini dikejutkan di malam hari..berkesempatan pula menaip untuk entry kali ini..alhamdulillah, all praise to Him..

2 hari lepas, weekend Qalam seperti biasa-sibuk dengan pelbagai aktiviti:

1.usratunna 01
2kuliyah online IMAM-VSMU
3.MABIT tempatan anjuran IMAM-VSMU
4.usratunna Muntalaq siri 3,4,5,6
5.jualan nasi paprik&pataya
6.usratunna 02


insya allah, moga bermanfaat dan diberkati Allah. dan tentunya yang paling menyentuh hati ialah usrah Mujaheedah di bawah pimpinan Kak Nurul.

USUL 3

petang ahad, akhirnya tibalah masa yang kami tunggu-tunggu. semua orang dilapangkan masa, alhamdulillah-kami berpeluang duduk dan berbincang sesama sendiri-fenomena yang hampir 2 minggu terpaksa kami tangguhkan atas beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan. [practical exams, credit hour practical classes, aktiviti umum wadah IMAM-VSMU etc]

usrah dimulakan..

IMAN YANG BENAR, IBADAH YANG SAHIH, MUJAHADAH mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati2 yang dikehendakiNya. manakala ILHAM, KASYAF dan MIMPI tidak boleh dijadikan hukum syariah..-usul 3 by as-syaheed Imam Hassan al-Banna

senang bukan?
maka prinsipnya

1.ILHAM, KASYAF dan MIMPI tidak boleh dijadikan dalil selagi ia tidak bersandar kepada Quran dan Sunnah
2.Pandangannya boleh diterima jika ia selari dengan QnS


KEUNIKAN IHAB

itulah apa yang saya nampak di sini, subhanallah! begitu beruntung kita mengenali seorang ulama sehebat IHAB. beliau seorang yang sangat bersederhana, berhati-hati dalam menetapkan fikrah anak-anak buahnya (Ikhwanul Muslimin) yang kita warisi..insya allah.

beliau tidak menolak bulat-bulat akan kewujudan sumber2 ilmu selain QnS [seperti ILHAM, KASYAF dan MIMPI] tapi meletakkan QnS sebagai paksi tempat kembali rujukan kita..masya allah!


ADA APA DENGAN IKM?[I-lham K-asyaf M-impi]

barangsiapa yang telah mencapai akidah yang benar, iman yang teguh, ibadah yang sahih (tanpa bida'ah/melampau) dan berakhlak mulia-maka allah akan mengurniakannya CAHAYA yang dapat mengungkapkan sesuatu yang orang lain tidak mampu buat dan membezakan di antara perkara-perkara syubhat dan unsur-unsur lain yang tiada kaitan dengan Islam.

inilah sebenar-benar keMULIAan yang diberikan Allah hanya kepada hamba-hambaNya yang suci hatinya..yang tinggi mutu imannya..dan hal ini sememangnya terjadi di dunia nyata! tentunya ia bukan sekadar retorik Mat Jenin atau Ayah Pin semata~

SEJENAK BERSAMA SEERAH

hati saya sayu sepanjang usrah berlangsung..subhanallah, terasa semacam satu perasaan yang sukar diungkapkan. alangkah KERDILnya diri ini..dibandingkan dengan sahabat2 salafussoleh kesayangan baginda rasulullah saw, ahlul badar,tabi'in..dan sekarang, barisan ulama mutakhir kini yang semakin rancak berdakwah. masya allah..

1.kisah saidina Uthman r.a

seorang lelaki datang kepadanya dan beliau berkata:

"ada di kalangan kamu yang datang menemuiku sedangkan tanda-tanda penzinaan ada di matanya"

sahabat-sahabat kehairanan. mana mungkin saidina uthman tahu sesuatu perkara ghaib seperti itu?maka, sahabat-sahabat pun bertanya:

"adakah lagi wahyu diturunkan oleh allah selepas kewafatan baginda rasulullah saw?"

saidina uthman dengan tenang menjawab:

"pastinya tiada! tetapi ia suatu firasat yang benar.."



2.kisah saidina Umar r.a

Umar suatu hari sedang berkhutbah di atas mimbar..kemudian, beliau tiba-tiba berhenti dan dengan tercungap-cungap (seperti melihat sesuatu yang bahaya) seraya berkata dengan suara tinggi:

"wahai sarriyyah (pasukan tentera)! ke bukit! ke bukit!"

sahabat-sahabat yang mendengar khutbahnya berasa pelik dan kemudian bertanyakan hal itu selepas beliau habis berkhutbah.

"aku melihat tentera kita sedang melawan musuh"

tidak lama selepas itu, tentera islam pulang dengan membawa kemenangan. malah, mereka juga mengatakan mereka mendengar laungan saidina Umar r.a.

masya allah! kuasaMu tiada tandingan..isk isk

FAJAR MENYINSING

akhirul kalam, suka saya selitkan kata-kata hikmat seorang ahli kasyaf:

"hampirilah orang2 yang taat. dengarilah kata2 mereka kerana sesungguhnya akan lahir dari mereka perkara2 benar iaitu perkara2 yang didedahkan oleh allah kepada mereka. telah thabit bahawa bagi wali2 allah itu diberikan ilham dan kasyaf(lintasan hati)"~saidina Umar r.a

subuh hampir menjelang..saya minta diri dulu..

Saturday, April 19, 2008

Thabat, huwa NASR
tetap teguh, itulah kemenangan.. - as syaheed Syed Qutb

Itulah yang kita mahu, bukan sekadar hangat-hangat nasi baru siap masak!
Bukan mudah teman mahu istiqamah! sebab itu hanya Sultan Muhammad Al-Fateh sahaja yang layak jadi imam ketika pembukaan Kota Constantinople dulu. Bukan kerana apa, tapi kerana untuk istiqamah bangun qiyam tiap-tiap malam itu bukan mudah!

"Aku lihat.. ramai kawan-kawan kau yang tersungkur rebah apabila tamat belajar. Sudah tidak terlibat lagi dengan kerja-kerja dakwah. Malah, isolate diri di rumah. Senyap terus!"

Saya senyum. Fenomena dakwahkah ini? Inikah sunnatundakwah wahai sahabat-sahabat?

Maka betullah..Istiqamah itu tidak mudah.

Personally, saya berpendapat bukan setakat after tamat belajar, tapi untuk futur itu-sekarang pun boleh! Tapi saya senyum sahaja, malas berdebat dengan orang tak tentu hala.

Sesungguhnya perlu diingat THABAT itu ialah suatu anugerah agung daripada Allah jua..
kerana tanpa-Nya menghendaki, kita tentu tersungkur jua!

tapi sahabat-sahabatku, percayalah. Allah tidak akan pernah menganiayai hamba-hambaNya. Kalau hari ini, kaukorbankan masa belajar@tidur rehatmu+tenaga+even wang ringgit..ketahuilah bahawa suatu hari nanti..kaubisa tersenyum dengan hasil jerihmu itu..

ayatullah..surat cinta untukmu..untuk diriku juga

"..orang-orang yang berusaha(sungguh-sungguh) untuk memenuhi tuntutan agama Kami, sungguh akan Kami tunjukkan mereka kepada jalan-jalan Kami.." 29:69

"Jika kamu membantu agama Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.."47:7

moga terus THABAT!

p/s:saya melihat-lihat buku Mutabaah Amal milik sendiri. isk isk...-seakan banyak yang masih belum bertanda. aih!inilah..amalku~fitrahnya iman turun naik, bukan? improve wahai Azimah!

Tuesday, April 15, 2008



"tanggungjawab kita sesungguhnya lebih banyak dari WAKTU yang kita ada.."~Imam Hasan Al-Banna[IHAB]


12-13 APRIL 2008

1500-1800:Meeting board induk IMAM-RSC
1900-2100:Usratunna al-Fajar
2200-630:Masak roti jala
900-1030:Usrah NAQIBAH
1030-1200:Kuliah Umum PPIM-RSC(VSMU
1500-1700:NISA circle

penat+letih+apathy etc..
tapi..senyum itu pasti!

terkenang pesanan Ustaz kesayangan..

"Anda penat? Letih dan tidak bertenaga?
Ingatlah sesungguhnya NAQIB anda pasti lebih sibuk dari anda..berganda-ganda lagi.."


senyum..baru kini saya faham pesanan ustaz..Subhanallah..

"ya allah, berilah daku FAHAM para rasulMu..
TEGUH iman para salafussoleh..
TAAT para malaikatMu.."


sungguh..aku insan yang biasa-biasa sahaja..mendambakan kasihMU ilahi~

Monday, April 14, 2008

peringatan untuk diri sendiri~



untuk jadi PEMIMPIN yang baik

TAQWA itu perlu


baru mudah berada di atas


anak buah mengHORMATi


dan diri ini diTAATi

sekadar renungan buat diri yang selalu alpa,huhu~

Thursday, April 10, 2008

special buat al-fajar

salam.
lately, the gaiety filled full my heart..
mungkinkah saya terlebih jiwang?mungkin juga saya terlangkau panjang sejak bergelar mujaheedah(a zam kata)
emm.lupakan~

cuma, jauh di sudut hati..rasa syukur tak dapat diluahkan dgn kata-kata..maka, cukuplah..

kubiarkan QALAM berbicara..

entry ini saya titipkan khusus buat al-fajar..
sejujurnya pernah salah seorang daripada mereka bertanya tentang hal ini..saya cuma mampu tersenyum..ilmu saya yang tak seberapa menambah lagi kekeluan lisan berbicara..lantas, saya tangguhkan hingga ke hari dan malam bersejarah ini..hehe.

ok al-fajar,terimalah



"ANDA SEMUA LOGAM..logam yang terpilih dan istimewa.."

Orang yang menyatakan ungkapan ini boleh dituduh eksklusif. Bahkan
ada yang mengatakan

"Kita ini istimewa, bukan sekadar berbeza".

Nah,kalau yang ini bahkan boleh kita dituduh sebagai facist. Namun ada hal yang saat ini mengganggu ruang benak saya; bahawa kita perlu merasa istimewa, dan perlu menyedari keistimewaan kita. Namun keistimewaan kita bukanlah bermakna ketinggian darjat di antara sesama manusia, bahkan boleh membawa bermakna sebaliknya.

Istimewa kita membawa lebih tanggungjawab

Seorang kawan mengatakan bahwa pengetahuan dan pemahaman
adalah "perangkap" bagi kita. Kerana kita dituntut untuk beramal sesuai
dengan pengetahuan dan pemahaman kita, dan Allah SWT akan
mengazab orang-orang yang amalnya tidak sesuai dengan
pengetahuannya. Kita tidak mahu menjadi orang yang sudah tahu mana
yang benar dan mana yang salah, mana yang baik dan mana buruk, tapi
masih menolak mengikuti kebenaran dan enggan meninggalkan
keburukan. Orang yang bodoh adalah orang yang tidak mengetahui
kebenaran, sedangkan orang yang ingkar adalah orang yang mengetahui
kebenaran tapi menolak mengikuti kebenaran tersebut.

Dan "celaka"nya, kita ini termasuk orang-orang yang dalam segi
pemahaman Islam lebih baik dibandingkan dengan rata-rata mahasiswa
di kampus kita. Kita beraktiviti dalam organisasi Islam –baik ruhi
ataupun LDF/LDK-, kita membaca buku-buku Islam lebih banyak dan
lebih dari kebanyakan mahasiswa, kita mengalami proses tarbiyah
secara khusus, dan kita beraktiviti atas nama dakwah sehingga pemahaman kita akan amal-amal dalam Islam, terutama amal dakwah, lebih baik dari kebanyakan teman-teman kita yang lain.

Barangkali ia promoter untuk kita Ujub?!

‘Ujub? Tidak sepatutnya! Kerana ketinggian pemahaman kita sama
sekali tidak menunjukkan ketinggian darjat kita. Ada yang jauh lebih
penting dari sekedar memahami, iaitu melaksanakan apa yang kita
fahami.
Dan inilah yang mungkin boleh menambah nilai diri kita di mata Allah ‘azza wa jalla. Pemahaman ini juga berisiko sebaliknya, iaitu menurunkan kualiti kita di mata Allah, saat kita menolak untuk beramal sesuai dengan pemahaman kita.

Hingga "terperangkap" lah kita di sini. Kita "terlanjur" tahu mana yang
benar dan mana yang salah, "terlanjur" tahu apa yang dapat membawa kita pada kemuliaan dan apa yang menggiring kita menuju kehinaan.
Dan kita tidak punya pilihan selain beramal.

maka, prinsipnya?

"Jadi lebih baik kalau kita tidak tahu apa-apa? Kan tidak jadi beban?" Lebih teruk lagi kalau kita sampai punya pemikiran seperti itu. Kerana pemahaman kita adalah jalan menuju kemuliaan di sisi Allah SWT.(Tidakkah kita dambakan kedudukan di sisi Allah SWT?) Kita punya kesempatan untuk mempunyai ‘amal soleh lebih baik dan lebih banyak daripada mereka yang tidak paham. (Kenapa mahu memilih yang
sebaliknya?)

Kalau memang kita memilih untuk tidak tahu apa-apa, matikan saja
fungsi akal kita! Maka kita akan menjadi makhluk yang tidak berbeda
dengan haiwan yang tidak tahu kebenaran dan kesalahan, kebaikan dan
keburukan.

Kita Harus Diperlakukan Istimewa

"Kenapa ada ta’limat yang hanya untuk sebagian ikhwah-akhawat saja?
Kenapa kita diasingkan yang lain tidak? Kenapa kita wajib memenuhi
permintaan tapi yang lain tidak?" Jawapannya mungkin sama dengan
alasan kenapa yang dipulaukan waktu Perang Tabuk hanya 3 orang
sahabat saja.

Saat RasuluLlah memerintahkan kaum muslimin untuk berperang dalam
Perang Tabuk, banyak warga Madinah yang tidak ikut berperang.
Sebagian besar adalah orang munafik dan kaum muslimin yang
keimanannya belum kuat. Orang-orang munafik ini memberikan berbagai
alasan agar dapat dimaafkan, tapi ada 3 orang sahabat yang sungguh-
sungguh keimanannya, dan mereka mengakui kekhilafan serta dosa-
dosanya, iaitu Ka’ab bin Malik, Murara bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah.Sepulang dari Perang Tabuk RasuluLlah beserta kaum mu’minin
memboikot hanya mereka bertiga dalam urusan kemasyarakatan.

Jadi memang ada orang yang seharusnya mendapat layanan/hukuman
berbeza berbanding yang lain walaupun pelanggarannya sama.

maka, prinsipnya?

Kita yang sudah tahu pentingnya ketaatan dalam berjamaah harus diperlakukan berbeza daripada yang belum tahu; hukuman/teguran harus lebih berat kalau tidak taat. Kita yang sudah tahu adab pergaulan harus ditegur lebih keras daripada yang belum tahu kalau melakukan hal yang "macam-macam" .

Istimewa bukan untuk ujub

‘Ujub lagi? Tidak seharusnya! Sekali lagi ini berhubungan dengan
pengamalan pemahaman kita. Mungkin harusnya kita malu kerana kita
masih minta banyak keringanan dan mencari-cari alasan kalau tidak
melaksanakan seruan dan amanah dakwah.

Saya Ini Penyu, Ikhwah-Akhwat Itu Rembulan

Pernah ada yang berkata "Saya ini sebenarnya malu dengan ikhwah-akhawat. Terasa saya kurang segala-galanya berbanding mereka. Kalian pun sangat mantap, manakala saya baru mula bertatih. Terasa bagai mahu menangis. Mengapa kalian begitu cepat belajar dan sudah pandai berlari tatkala saya baru cuba duduk tanpa sokongan? Kalau diumpamakan ikhwah-akhawat itu ibarat rembulan, sedangkan saya ibarat penyu"..

Kedengarannya mungkin ikhwah kita ini sangat tidak percaya diri. Tapi kata-katanya bersumber dari muhasabah, sehingga sangat berbekas di hati saya. Merefleksi diri sendiri, saya mengakui sesungguhnya diri ini masih tidak banyak menyumbang banyak ke dalam usaha dakwah&tarbiyah (D&T) ini. Dan Saya pun ikut merasa ibarat penyu yangtak layak bersanding dengan rembulan.

Terkenang pula sebuah tayangan yang pernah kami sama-sama tonton sewaktu program MUsliMmah MYnutes (MUMMY)-mengatakan bahwa dakwah ini dibangun dengan susah payah dan kerja keras para da’i, bermula dengan seorang (nabi Muhammad saw) kemudian disambung oleh para sahabat, kemudian para tabi’en, dan zaman kini para ulama. Namun untuk merosak bangunan dakwah ini cukup hanya dengan kecerobohan satu dua orang saja.Sungguh menjadi sebuah mimpi buruk bagi kita, bila di Hari Akhir nanti kita dimintai pertanggungjawaban kerana telah merosak kerja keras saudara-saudara kita, bukannya memecahkan masalah dakwah malah menjadi masalah itu sendiri, bukannya meringankan beban saudara-saudara kita malah menambah berat beban itu.

Dan bukankah selama ini kita memang sudah membebankan ikhwah-
akhawat? Kita sudah memerah para murabbi/murabbiyah agar mereka
mengorbankan waktu, tenaga, dan fikiran demi membina kita, tapi
ternyata produktiviti kita dalam dakwah sangat kurang ("Kaga [Tak]
balik modal" kalau kata orang Betawi). Kita juga sudah menyia-nyiakan ikhwah-akhawat yang sudah letih memikirkan pembinaan
kita, yang sudah sibuk-sibuk menguruskan daurah, mengelola mentoring/halaqah kita, dan sudah penat memikirkan kenakalan-
kenakalan kita. Sementara kita sendiri belum melakukan apa-apa bagi
dakwah, dan belum berbuat apa-apa untuk meringankan beban mereka…

ayuh!giliran kalian bakal tiba nanti al-fajar..circle ummah ini begitu..pattern nya begini..moga kita saling melengkapi kerana bukan semua orang memahami fiqh ini..

KN:thabat ya anak-anak usrahku!

Tuesday, April 8, 2008

untukmu Mujaheedah.Aku tidak boleh berhenti menyayangi kalian...

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini ku hadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada, Takkan ku gundah


di suatu hari yang kelam

“Aku ingin keluar dari jamaah ini!” sepotong kalimat terlontar dari seorang ikhwah. Bukan untuk yang pertama kali, namun sudah tak terhingga kalimat ini mengiang di telinga kita. Bukan pula yang terakhir kali, karena inilah sunatudda’wah. Pernyataan ini senantiasa membekas di setiap zaman, di setiap episod dakwah, dari zaman kenabian sampai hari kiamat.

aku pula buat tidak peduli

“Silakan akhi, silakan ukhti,” jawab seorang ikhwah menimpali. Beberapa dari kita mempersilahkan kepergian saudara dari barisan ini dengan sikap biasa-biasa. Sikap yang lahir dari pemahaman bahwa hal ini merupakan sunnah dakwah, bahwa akan selalu lahir ikhwah-ikhwah baru, mujahid-mujahid baru, bahwa Islam akan tetap terpelihara sehingga tidak patut barisan ini merengek-rengek demi menahan kepergian seseorang, bahawa natural selection berlaku untuk membersihkan orang-orang yang barangkali memang kurang sesuai memikul beban amanah ini. Sikap ini tidak salah, banyak yang menerapkan dengan apa adanya, maka akhirnya tidak sedikitlah bilangan yang benar-benar mundur dan gugur dari barisan ini

kenapa aku jadi seorang yang tidak peduli?

Saat kita bersemangat, memiliki tingkat iman yang stabil atau sedikit lebih baik, kita seolah-olah melihat saudara kita pun seperti kita. Menerapkan standard stability keimanan kita kepada saudara-saudara kita, atau bahkan adik (ikhwah baru) kita. Maka, ketika keadaan saudara kita tidak stabil, sedang mengalami fluctuatution iman, futur, kita pun menganggapnya sebagai kader manja. Kita melihatnya dengan perspektif berbeza dengan apa yang dirasakannya atau yang diperlukannya. Kita yang stabil memaksa agar dia boleh bertahan di garis keimanan. Sehingga kita tidak merasa terlalu perlu untuk memberinya nasihat, atau motivasi-motivasi keimanan. Sementara betapa ia memerlukan sentuhan-sentuhan perhatian kita.

Kita berfikir bahawa suatu ketika nanti, kita akan hidup sendiri tanpa seorang ikhwah yang menemani di suatu daerah. Sehingga kita mengira bahawa kita harus bersiap-siap untuk hal tersebut. Maka ketika ada seorang yang futur, kita bersikap seolah-olah tidak peduli padanya. Dan ketika dia benar-benar mengucapkan, “selamat tinggal”, kita menyalahkannya atas kelemahannya. Kita menyelamatkan diri atas kesalahan dari futurnya saudara, dengan hiburan-hiburan bahawa ini adalah sunatuddakwah.

wahai mujaheedah, jangan jadi seorang yang tidak peka!

Tidak sedikit kisah-kisah futurnya ikhwah dari barisan ini setelah tarbiyah bertahun-tahun. Bukan hal yang mengejutkan memang, ulama bahkan ada yang murtad, berganti haluan, ustaz pun ada yang terjatuh, saat tergiur dengan indahnya dunia. Kehilangan seorang yang telah memiliki kefahaman dan mobiliti dakwah yang tinggi, apakah boleh diganti dengan masuknya 50 orang baru dalam barisan ini, tanpa kefahaman dan aksi dakwah yang mapan? Lepasnya seorang kader produktif apakah boleh ditutupi dengan hiburan bahwa 50 baru orang yang baru-baru mengikuti daurah tahap awal, dengan produktiviti dakwah yang masih kosong?

sayangilah Qaedah Sulbah kita, kupohon dari kalian semua...

Saudaraku, apakah orang yang baru tarbiyah 1 atau 5 tahun telah boleh menyamai kepribadian Ka’ab bin Malik ra? Nilai keimanan memang tidak boleh diukur dengan lamanya tarbiyah, namun kita bisa melihat secara umum bagaimana keadaan keimanannya dengan parameter usia interaksinya dengan dakwah. Apakah kita akan menyikapi seorang yang baru setahun liqo dengan sikapnya Musa As. kepada Harun As. Saat beliau menarik janggut saudaranya? Atau kita mencuba mengikuti marahnya Abu Bakar ra. Kepada Umar ra yang memilih jalur lembut dalam menghadapi Musailamah dan orang-orang yang menolak zakat? Sekeras itukah kita berperilaku terhadap seorang ikhwah. Dimana senyummu saat pertama bertemu bersama dalam dakwah ini, dimana pelukmu seperti kepada adik-adikmu yang baru masuk dalam aksi tarbiyah?

jadi, kerana itu, prihatinlah!
curilah masamu! selamatkan sahabatmu.. itu semua kerana sebutir DAKWAH jua

1.Kunjungilah saudaramu ketika lama ia tidak menyapamu
2.Smslah ia saat anak usrahmu tidak muncul-muncul dalam pertemuan keimanan
3.Datangilah mereka yang lemah, mereka yang manja, tularkan petuah-petuah juangmu
4.Jangan hilang percaya padanya.Pujuklah! kerana manusia itu fitrahnya iman turun naik! percaya padaku ukhti!

Tidak, tidak ya akhi/ukhti, cukuplah derai airmata ini, cukuplah kesedihan hilangnya seorang ikhwah ‘pencen’ sampai disini, dakaplah dan tahanlah mereka yang hendak pergi.

Kuntum bunga boleh layu, namun rekahnya bunga-bunga mujahid harus terjaga tetap hadir di sebuah kebun.

Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri berama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama..
Di hati kita melangkah
Jangan dipisahkan kasih bersaudara
Jangan di dendamkan ukhwah yang terbina

kerana kita mujaheedah
maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk saling menopang dari rebah ya..
tabah,thabat,cekal wahai mujaheedah!

Saturday, April 5, 2008

Kita Mujaheedah Aiza,Nor,Mawaddah,Mas

salam..
a tribute to my beloved akhawat ..

saya baru pulang dari hostel Hiroshima..attended 2 halaqah, each conducted by my Kak Nurul and later, i spent my precious weekend evening with my Fajar (anak-anak usrah kesayangan saya)

jam menunjukkan hampir pukul 9 malam. saya tanggalkan kasut dan menyusunnya di rak. yeah,its a relief.. jauh di sudut hati, terasa mahu menitis air mata.. perasaan bercampur baur-penat+takut+segan+banyaknya tugasan+praktikal+exam+test final paediatric cycle+etc

sejujurnya, pengalaman saya dalam dunia tarbiyah ini teramat cetek.. teramat sedikit sekali.. saya terpanggil untuk berfikir tentang ini tatkala terkenangkan kata-kata Muaz tempoh hari. ah!mengapa begitu banyak kata-katanya yang meresap dan terkesan di hati ini? tetap sama - sesungguhnya kata-kata yang datang dari hati yang ikhlas untuk mendidik akan tetap mekar di sanubari pendengarnya..

Muaz : Pengalaman saya cuma 2 tahun setengah.. saya cuma kenal beberapa orang (tak ramai) dengan pelbagai cara kerja. pelbagai approach dan semua itu saya ambil sebagai pengajaran berguna untuk diri saya..

Muaz berkata-kata dengan begitu rendah diri, tapi ada nada ketegasan di setiap bait.

ya, itulah yang sedang saya fikirkan. merefleksi diri sendiri.. saya fully involved dalam lapangan ini bermula september 2007. roughly, baru 7 bulan.. hehe,mudanya saya. kalau baby, baru belajar duduk tanpa sokongan kan? tak mampu bertatih pun lagi! senyum :-)

tapi saya tahu, setiap hari-hari saya amat bermakna sekali. saya tempuh hari-hari kini dengan tanggungjawab penuh di bahu, terasa 24jam tidak cukup untuk diri ini, terasa banyak kata-kata tidak berhikmah terlontar dari bibir ini..ah!

pesan Muaz: sentiasa berbincang! jangan bergerak sendiri. kelak di saat bateri habis, anda gagal mencari jalan pulang

ya..saya mengakui kebenaran kata-katanya. dunia tarbiyah mengajar kalian untuk jadi seorang yang pakar.. pakar motivasi+pakar toleransi+pakar menulis+pakar mengurus+pakar memasak+pakar jualan+pakar serba serbi! hari-hari anda dipaksa untuk bekerja dengan manusia, dan hasilnya.. senyum lagi :-)

saat Imam Hasan Al Banna ditanya kenapa beliau kurang menulis? maka jawapannya yang cukup menggetarkan jiwa muda saya:

"Aku menulis manusia"

ya, sahabat Mujaheedah sekalian.. itulah yang sebenarnya.. MENULIS MANUSIA.. tugasan yang bukan mudah. tanggungjawab yang berat bagi saya.. bagi kita semua saya kira. Ayuh!sama-sama kita meredah duri-duri dunia ini..

kepala saya pening, terasa seperti mahu tidur, merehatkan diri yang sungguh lemah ini, tapi ahli Qalam (housemates) memanggil ke dapur menyiapkan roti jala untuk jualan esok.

hehe jeritan yang mengejutkan saya dari lamunan indah mengenangkan anak-anak fajar petang tadi..

saya terima beberapa SMS daripada mereka.. segala kepenatan terbang melayang entah ke mana..makin semangat saya menJALA..hehe.

SAYA AMAT MENYAYANGI KALIAN, Fajar

buat Mujaheedah, ayuh! semarakkan semangat tarbiyah kalian. jangan pernah berhenti kerana setiap titik peluhmu dalam kiraanNya.. moga Al Quwwah Al Jadeedah kembang mewangi menghiasi bumi Volgograd kelak..

Thursday, April 3, 2008

kuingin jadi wanita solehah..

PEREMPUAN ACUAN AL-QUR’AN

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

M.B.A

salam

upin: ipin,ipin pernah dengar pasal MBA tak?
ipin: ape tu bang?
upin: ish ipin nie.. yg tu pun tak pernah dengar!
ipin: ape tu? ipin tak pernah dgr pun..
upin: tu la ipin, orang suruh belajo tak mau
ipin: betul betul betul

MBA..em ipin-adik upin tak pernah dengar? tak pelik.. sebab saya pun baru 1st time dengar juga daripada sahabat saya. hehe.macam-macam telahan saya ketika mula-mula mengetahuinya..

Menteri Besar Algeria, Mari Baca Al quran etc

PENTINGKAH MBA UNTUK SAYA?

hari itu, sahabat saya menukilkan sesuatu yang cukup bermakna dalam hati ini.. sungguh! kata-kata yang sedikit itu andai datang dari hati yang tulus.. pasti lama tersemat di kalbu.. menjadi ingatan segar sepanjang masa

mari namakan sahabat saya Muaz. bukanlah nama sebenarnya Muaz tapi saya merasakan gelaran itu sesuai untuknya.. moga jadi sehebat Muaz bin Jabal.

CONTOH MBA?

Muaz bercerita : Saya pernah berusrah dengan seorang akhi. he's an engineer in MIMOS Berhad. no doubt- sibuk orangnya.. sudah hampir 2 minggu kami tidak berjumpa dan minggu ini, saya bertekad melawatinya.. ya, seperti hari-hari biasa, saya dapat melihat ketenangan pada wajahnya.. senyumnya tidak pernah lekang dari bibir. malam itu, murabbi saya memberitahu saya bahawa dia ada sesuatu yang special buat saya. dia membawa saya bersiar-siar dengan keretanya. sesampai di kawasan kubur, saya lantas ditinggalkannya.. 30 minit selepas itu, dia datang kembali..

Muaz menamatkan cerita : saya tak sangka-30 minit pada malam itu bagaikan sebulan! segala-galanya boleh disimpulkan di situ..pelbagai 'pengalaman' saya timba...huhu

dan malam itu, saya mengucapkan terima kasih kepada murabbi saya buat pertama kali sambil mengalirkan air mata!

PENGAJARAN BUAT SAYA

jadilah MBA

"Murabbi Banyak Akal"

Tuesday, April 1, 2008

yang kurindui...

salam
apa khabar semua?
lama dah menyepi saya nie..menyahut seruan cik dziannis..hari ni saya menguatkan diri juga untuk menulis..
yanis, sebenarnya dah banyak kali gmex try nak menulis..tapi idea mesti terbantut di tengah jalan..hehe.entah kenapa.mungkin kena masuk kursus menulis anjuran saiful islam dulu baru hari-hari boleh menulis gamaknya..

tadi, pulang dari kelas, saya buka inbox emel yahoo yang penuh..delete apa yang patut..dan alhamdulillah saya terjumpa satu bingkisan kata-kata yang cukup bermakna..pengirimnya tentulah antara orang yang paling berjasa kepada saya..=) jzkk akak! [kak nurul]

emel itu terisi dengan pesanan-pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya..bila diamati kembali, saya merasa cukup terkesan dengan bait-bait nasihat itu..mungkin kerana sudah lama tidak mendengar leteran seorang ayah barangkali.. :-(

sambil menghayati kata-katanya, saya terkenang juga kisah hebat Luqman Al Hakim ketika beliau hidup. beliau cuma pengembala kambing dan hamba berkulit hitam. namun begitu itu bukanlah alasan untuk beliau tidak tunduk kepada Tuhannya Allah, malah beliau seorang yang sangat berjasa kepada agama ini..fikir-fikirkanlah..adakah yang lebih bermakna selain mendapat pengiktirafan terus dari Allah? namanya dipilih sebagai salah satu surah di dalam Quran yang suci..masya allah

"contohilah orang hitam..kerana tiga antaranya termasuk ahli syurga..mereka ialah Bilal, Najasyi(raja Habsyah) dan Luqman Al-Hakim.."-al hadith

pernah suatu ketika Luqman diperintah oleh tuannya agar membawakan daging yang terbaik untuk dinikmatinya. maka Luqman yang patuh itu terus pergi menyembelih seekor kambing untuk keperluan tuannya. beliau memilih bahagian lidah dan hati lantas dipersembahkan kepada tuannya.

pada hari yang lain pula, tuannya meminta kepada Luqman agar dibawakan pula daging yang paling tidak elok. maka Luqman pun melakukan hal yang sama seperti tempoh hari. surprisingly, Luqman menghidangkan tuannya dengan lidah dah hati juga...maka bertanya tuannya mahukan kepastian daripada Luqman-takut takut beliau tersalah faham arahan tuannya...

dengan coolnya Luqman menjawab:
"ya tuanku. memang tidak ada bahagian yang paling baik selain daripada lidah dan hati jika keduanya memang baik. dan tidak ada bahagian yang lebih buruk selain lidah dan hati sekiranya kedua-duanya memang buruk.."

betul kan? hati itu ibarat raja. meskipun akal manusia tiada terlawan oleh makhluk lain di dunia ini, fungsi hati tidak pernah tidak dapat melawan logik akal itu..kerana hati jugalah kita merana, kerana hati jugalah kita bahagia..

"...dan beruntunglah orang-orang yang mensucikan hatinya.." as-syam:9

lidah pula ibarat pedang. andai ia disalah guna, maka terhamburlah fitnah, tercetuslah gossip panas..dan sebaik-baiknya ia digunakan untuk berzikir, melontar nasihat mengingati Allah (berdakwah) dan berkata yang baik-baik sahaja. andai tidak tahu, seeloknya diam sahaja. bukan begitu pesan Imam Hassan Al-Banna? tidak usah berdebat..menegakkan benang basah!

"tidak akan lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya.."al-hadith

hayatilah...

1 - Hai anakku, ketahuilah
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah
lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya
adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - Orang - orang yang sentiasa
menyediakan dirinya untuk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf
dan sedar setelah menerima nasihat
orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemuliaan dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku, orang yang merasa
dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kepada ALLAH, maka
dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan
lebih dekat kepada ALLAH dan selalu
berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

4 - Hai anakku, seandainya ibu-bapamu
marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibu-bapamu itu
adalah bagaikan baja bagi tanam-
tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang,
kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu
siang dan gelisah di waktu malam.

6 - Dan selalulah berharap kepada
ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH.
Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar
benar takut ( takwa ), tentulah engkau
akan terlepas dari sifat berputus asa
dari rahmat ALLAH.

7 - Hai anakku, seorang pendusta akan
lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang
telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal-hal yang tidak
benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian
kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku, engkau telah
merasakan betapa beratnya mengangkat
batu besar dan besi yang amat berat,
tetapi akan lebih lagi daripada semua
itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yang jahat.

9 - Hai anakku, janganlah engkau
mengirimkan orang yang bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang
cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab
dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit
sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku, bila engkau mempunyai
dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah
untuk menziarahi orang mati, sebab
ianya akan mengingatkanmu kepada
kampung akhirat sedang kan menghadiri
pesta perkahwinan hanya mengingatkan
dirimu kepada kesenangan duniawi
sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai
kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kepada anjing
sahaja.

13 - Hai anakku, janganlah engkau
langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu
barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama-sama
dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para
alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku, bukanlah satu
kebaikan namanya bilamana engkau
selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu
tidak ubah bagaikan orang yang mencari
kayu bakar, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia
masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku, bilamana engkau mahu
mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura-pura
membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha
menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila
tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan
halus budi bahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yang
pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku, bila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu
daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala
tingkahlaku sebagai orang yang tidak
ingin menerima pujian atau mengharap
sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya' yang akan mendatangkan
cela pada dirimu.

20 - Hai anakku, janganlah engkau
condong kepada urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.

21 - Hai anakku, usahakanlah agar
mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata
yang busuk dan kotor serta kasar,
kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.Apabila berkata-kata adalah perak, diam adalah emas.

22 - Hai anakku, janganlah engkau
mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang
pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang
tentu akan disayangi, sesiapa yang
pendiam akan selamat daripada berkata perkataan
yang mengandungi racun, dan sesiapa
yang tidak dapat menahan lidahnya dari
berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku, bergaul rapatlah
dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati
ini dengan cahaya hikmah dari mutiara
kata-katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku, ambillah harta dunia
sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk
bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau
bakul sampah kerana nanti engkau akan
menjadi pengemis yang membuat beban
orang lain. Sebaliknya janganlah
engkau peluk dunia ini serta meneguk
habis airnya kerana sesungguhnya yang
engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau
bertemankan dengan orang yang bersifat
talam dua muka, kelak akan
membinasakan dirimu.
Sahabatku, jadilah insan acuan Al-Quran [sibghah Allah!siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? al-baqarah:138]....dan buat yang bakal mendirikan Baitul Muslim,contohilah Luqmanul Hakim satu hari nanti dalam mendidik anak-anak kalian....