Pages

Saturday, March 22, 2008

kenangan terINDAH

phew~
alhamdulillah..da abes pun SH
37 org sume peserta..emm, more than i expect for sure
apart from that, wish dat sume dpt point yg BESAR di sebalik seruan ulama Al Maududi tersebut.
honestly, this is also my 1st tyme to have diz valueable pengisian completely selepas hajat tak kesampaian untuk menerimanya direct from ustaz mase g daurah d UK tempoh hari..=P
but its not a big deal, insya allah, moga apa yg mahu disampaikan oleh ulama terbilang tersebut jatuh terus ke hati saya dan sahabat2 d bumi Volgo ini dan sentiasa tersemat kukuh di dada..ameen

p/s: its 3:35am!my head is spinning and im afraid that i cant finish my 'history case' in tyme for i have to rush for my forum (done in conjunction wif MAULID RASUL 1428) wat to talk about?watch out gmex!!!

doakan saye ye esok..takut+malu+low self-esteem+sume2 bercampur2..sumenye sbb sy mmg tak berbakat nk jd public speaker..hihi.the bad side of me=P

Saturday, March 15, 2008

dai'e dan himmah 'aliah

salam
its saturday..im at Fajar (rumah anak-anak usrah saya)
ins allah, this evening, we'll proceed on theme yg sgt 'heart awakening'
wish that, sume pun bakal dpt 'core-point' utk pengisian kali ini..

menunggu kepulangan 2 orang lagi ahli usrah..membawa saya berlayar dulu ke alam maya..

HIMMAH?HUMUM?

himmah = membayangkan maksud kehendak untuk mencapai suatu objektif tertentu
humum = satu keadaan seseorang yang pemikiran dan keperihatinannya sibuk dan tertumpu dengan suatu perkara

selalu terfikir..adakah diri ini layak digelar pembantu agama-Nya..sangat jauh sekali jikalau hendak membandingkan diri ini dengan para salafussoleh golongan sabiqun yang disebut sebut Allah dalam Quran..(surah taubah:100,surah waqiah:10)

kita kini..(mungkin ini untuk ana specially) sangat rendah nilai humum.. berkehendak hanya kepada perkara-perkara kecil..yg nampak di depan mata..masya allah! sungguh kerdil diri ini..

selayaknya sebagai manusia yang percaya (yang beriman) humum kita perlu kepada sesuatu yang 'beyond that'..sesuatu yang kita tidak nampak..sesuatu yang ghaib..sesuatu yang bukan di sini ganjarannya..

1.keredhaan Allah
2.pahala
3.syurga

mungkin juga sesuatu yang kita usahakan sekarang, tapi hasilnya berpuluh-puluh tahun akan datang

1.khilafah islam
2.bi'ah islamiyyah di mana-mana
3.ustaziatul alam?
oh,sungguh jauh diri ini berangan! tapi berangan bukan sebarang angan!

ANGAN-ANGAN DAN MOTIVASI

kerap benar kita mendengar tentang THE BATTLE OF TRENCH kan?
rujuk surah al ahzab, 33:7-22

sedarkah kita..saat parit dalam yang digali sahabat2 itu..mereka sedang berpuasa..peluh memercik ke dahi..saat itu, baru tahun ke-6 Hijrah. sahabat2 terus menggali..penat,lelah,sejuk dan ketakutan dengan kepungan berhari-hari oleh musyrikin Mekah benar-benar buat mereka hilang arah..hilang semangat..alangkah kentalnya mereka. 'cangkul' terus dihayun dan parit besar terus digali..

ada satu ketika, sahabat-sahabat tidak dapat menghancurkan batu yang besar dan keras, maka mereka menyerahkan urusan itu kepada nabi Muhammad saw. maka baginda pun, menghayun 'cangkul'nya dan memerciklah api beberapa kali. dan setiap kali percikan berlaku, baginda akan mengucapkan 'subhanallah'..

"tidak lama lagi, kita akan menakluk parsi, rom dan mesir"

sahabat bertanya kehairanan, baginda menjawab:

"setiap kali percikan itu berlaku,aku melihat bayangan istana Parsi, Rom dan Muqaqis (istana Mesir).."

mereka menyambut penyataan itu dengan gembira dan syukur.
itulah dia motivasi semangat yang ditiupkan oleh seorang nabi kepada umatnya..
di saat sahabat-sahabat 'sedang down' baginda lekas-lekas mengembalikan semangat mereka.

peristiwa ini memberi pelajaran berharga buat kita semua betapa rasulullah mendidik para sahabatnya BERJIWA BESAR. dengan BERJIWA BESAR, mereka mampu membangun 'desire' (thumuhat) meskipun dalam keadaan sejuk yang menusuk,lapar yang mencengkam,genting,penat..etc
sungguh manusiawi! dai'e dan manusia.. ketahuilah ikhwah dan akhawat sekalian..DAKWAH ITU SENI!

berbekalkan semangat tersebut, sahabat-sahabat terus bergemerlapan nilai imannya.makin galak mengatur strategi dakwah dan menembusi seluruh pelosok dunia demi mengembangkan risalah 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH'. atas dasar kePERCAYAan mereka (atau nilai IMAN) mereka terus maju!

inilah sebenarnya yang kita katakan himmah 'aliah (desire yang tinggi) untuk seorang pendakwah.

inilah sebenarnya yang kita katakan thumuhat dakwah dan tarbiyyah. thumuhat yang luar biasa dan tidak pernah dibayangkan oleh fikiran orang ramai ketika itu. keadaan genting begitu..namun keYAKINan dan keIMANan dan kePERCAYAan mereka akan memperoleh kemenangan selalu bersama mereka..buat mereka jadi umat yang gah,bukan begitu?

dalam perang tersebut, rasulullah juga telah bersabda, "constantinople akan jatuh ke tangan tentera islam. rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."(HR Ahmad)

ternyata 800 tahun selepas itu, sultan Muhammad al-Fateh telah berjaya melakukannya! merealisasikan harapan kaum muslimin yang menunggu setelah sekian lama..

tentunya bukan calang-calang orang yang berjaya itu,kan? (dats another story)

tapi, mengungkap berkenaan kePERCAYAan,keIMANan,keYAKINan dan DESIRE, kita seharusnya sedar betapa mangkin-mangkin ini membantu kita dalam PECUTAN ke arah AIM/TARGET yang telah disasarkan tadi...dan logiknya, kena mula mengatur strategi sekarang berlandaskan apa yang mahu kita capai...

YANG MANA SATU?

maka, pilihlah target yang 'aliah..bernilai tinggi dan abadi. bukan sekadar anak bini, kereta sebiji dan tanah seekar..bukan begitu?

jom!say NO to humum duniawi





Saturday, March 8, 2008

err...sudah menang?


OH MALAYSIAKU!

SALAM.kehangatan pilihanraya masih terasa meskipun segalanya telah diketahui keputusannya..BN kalah(in short) tp masih berjaya membentuk simple majority dalam parlimen.tahniah anyway! untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama dalam sejarah BN tidak 'menyapu' 2/3 kerusi parlimen...nothing much to be commented about. as for me, the ways ahead is much more awesome~

saya baru sahaja menerima 'sepucuk' emel daripada seorang sahabat yang sangat jauh..=P terkesan juga di hati bila membacanya...


"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yg beriman dan mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka BERKUASA di bumi sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dgn agama yg telah Dia ridai."[24:55]

Keputusan pilihanraya have so far been more than interesting, so far dah 5 negeri jatuh di tangan BA and BN have been denied 2/3 majority. Allahuakbar! !! Rakyat telahpun TERbuka mata melihat kepincangan kepimpinan Kerajaan sebelum ni and they are looking for a CHANGE, an IMPROVEMENT.

"........sesungguhn ya telah jelas jalan yg benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yg engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yg amat kuat yg tidak akan putus..."[2:256]
"Sesungguhnya yg Halal itu jelas dan yg Haram itu juga jelas....."[hadith 6]

Jadi apakah effect kemenangan ini kepada kita yg mengaku diri sebagai da'ie? Cukupkah dengan kita hanya menghela nafas lega, berasbih, dan bertahmid dgn kemenangan ini? Atau mungkin ada yg bersorak-sorak gembira dgn mengatakan "kan dah kate..kerajaan (ini..itu... )..haa tgk!rakyat pn dah nampak!" dan merasakn "kerja" kita kini sudahpun selesai dgn sebuah kemenangan? Mungkinkah tertegaknya sebuah daulah islamiyyah hanya semudah itu?Tidak!! Semestinya tidak! Kerja kita adalah kerja yg tidak mungkin boleh berhenti, malah dgn kemengangn ini, kerja kita sebenarnya perlu ditingkatkan 2-3 kali ganda lagi!

why?

Kerana perjuangan kita bukan pilihanraya, tp perjuangan kita para da'ie adalah TARBIYYAH dan DAKWAH!

Seperti yg saya sebut diatas, rakyat (i.e. mad'u2 kita) sedang mencari-cari PERUBAHAN, sedang mencari-cari UBAT dan PENYELESAIAN bagi penyakit2 politik, ekonomi dan sosial yg semakin hari semakin parah. Kini tugas kita lah sebenarnya utk memberi FAHAM kepada mereka bahawa segala apa yg telah ditetapkan oleh islam (ekonomi islam, perundangan islam, hukum hudud dsbgainya) merupakan jawapan MUTLAK bagi pencarian mereka. Dan semua ini tidak hanya perlu disampaikan melalui kata2 tetapi juga perlu dibuktikan melalui perbuatan (syahadatul haq).

Teringat dalam sebuah daurah, ustaz pernah mengumpamakan kita sebagai salesman2 (or saleswomen) yg ingin menjual product kita (i.e. ISLAM) dan utk melariskan jualan kita, kita perlu membuktikan bahawa product kita akan membawa KEUNTUNGAN utk costomer kita! Dalam masa singkat 5 tahun ini, semua itu perlu dibuktikan dihadapan mata mad'u2. Bukan perkara yg mudah kan? Walaupun ramai yg mengundi, tp masih ramai (termasuk mereka yg mengundi) yg masih sceptical terhadap KEUNTUNGAN yg mampu dibawa Islam.

menyelusuri sejarah
Regardless weather the claim is true or not, apa yg sy nk tekankan disini is the fact that, pentarbiyyahan rakyat Malaysia (i.e. focus group mad'u kita) masih terlalu jauh berbaza jika hendak dibandingkan dengan rakyat Palestin yg sanngup berkorban darah dan nyawa demi menegakkan Daulah Islamiyyah mereka melalui pemerintahan HAMAS.
Dan ingatlah melalui sirah Nabi kesayangan kita (SAW), bagaimana Qaidah sulbah terpaksa bertungkus lumus mengerah tenaga memberi paham kepada penduduk MADINAH setelah Islam diberi kepercayaan utk memerintah.
Malah Nabi (SAW) sendiri untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya dlm peperangan Badr,memohon kepada Allah yang ertinya :“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.” Lihatlah betapa peritnya usaha dakwah dan tarbiyah mereka ketika itu (ketika sudahpn memperoleh kemenangan pemerintahan) .

specially for me and friends
Thus, Mujahid-Mujahidah dakwah semua, walaupun kita jauh diperantauan, sebagai da'ie, sungguh kemenangan pilihanraya ini sebenarnya mendatangkn EFFECT yg besar bagi kita. Sebagai BOOSTER insyaAllah utk lebih bersemangat mengimprove diri dan menguatkan lagi kerja TARBIYYAH dan DAKWAH yg tak pernah henti ini. Dan tak lupa juga melipat gandakan usaha studies kita dan perubahan diri kita sendiri utk menunjukkan that even thru us, (as individuals or together as jemaah) Islam mampu membawa keuntungan!!

Salam perjuangan buat semua.
"Wa La Ghalibu Illa Allah" (There is no conqueror other than God)

semangat kan 'sahabat' saya ni? hehe.itulah yang kita inginkan dari seorang pemuda islam..bukan ulasan panjang AF atau komik shin chan..
p/s:kami tak dapat mengundi semalam..so reramai g muslimah day=P

Friday, March 7, 2008

kenapa mesti percaya?

bismillahirrahmanirrahim...










TINGGALAN KAUM SAMUD DI JORDAN



islam itu agama istimewa..diturunkan oleh Allah melalui Jibril kepada nabi Muhammad untuk seluruh umat manusia..nabi muhammad sudah wafat..maka,wajiblah kita sebagai umatnya meneruskan pengembangan risalah suci ini...

percaya itu IMAN..agama ini dibina atas dasar IMAN..jika tidak beriman,maka segala cabang-cabang islam yg lain tidak bererti apa-apa..

1.kualiti iman kita?



meraba-raba dalam kegelapan jahiliyyah 'moden'..sentiasa buat diri ini takut..

umat kini digoyahkan pegangan yg asas ini..ligat sungguh mereka(non muslim) mencari titik kuat kita dan menjunamkannya jauh ke dasar lembah!

2.dunia kini?

masalah sosial meruncing.anak muda berzina (bercouple tiada salah)... pemimpin(ahli politik khususnya) tidak amanah.. pelajar (medical student seperti saya) hanya tahu sibuk dengan buku 'duniawi'.. alangkah kelirunya kita, bukan?

teringat kisah imam syafie'+ibn sina+imam nawawi dan semua ilmuwan islam lain..kita dapat melihat di zaman itu (khilafah Abbasiyyah) tiada kekeliruan begini..kerana semua ilmuwan/saintis islam bertitik tolak daripada pakar-pakar agama dan ahli abid sendiri...
merekalah ahli pakar ilmu dunia(sains) dan pada masa yang sama juga, merekalah tokoh ilmu agama...ayat suci al quran tersemat kukuh di dada!



3.tahu atau sedar?

suka saya menyentuh soal ini..tahu dan sedar..2 benda yang berbeza tetapi amat berkait rapat..umat kini tahu 'segala-gala' tentang agama..soal solat,zakat,haji,aurat,etc insya allah semua 'boleh cover'. cuma skrg..sama ada mahu buat atau tidak?kenapa mesti jadi begini?

PELIK BUKAN?

ketahuilah, umat dahulu bukan mcm kita..mereka tidak belajar islam dari cabang atau dahannya.mereka(para salafussoleh) belajar mengenal islam dari akar umbinya dahulu (subjek aqidah)..begitu ajar didik nabi Muhammad junjungan kita.. even solat pun disyariatkan pada akhir tahun ke-10 kenabian.. masya allah..begitu sekali soal aqidah ini dititikberatkan.. syariat undang-undang Islam datang hanya selepas kemantapan aqidah muslimin terbentuk padu...[INDAH ATURAN ILAHI ANDAI DIRI BISA MEMAHAMI DAN MENELADANI]

4. mengenal Allah?

makrifatullah..itulah yg sebenar-benar tahu.bukan secarik diploma yg kita buru..tapi big target dlm hidup kita mesti berpaksikan ini..kerana dari sumber ini (ALLAH) maka kita akan temui seluruh jawapan untuk segala yang ghaib dan wujud di depan mata!

mengenal allah ada 3 cara..

1.sifat Nya
2.asma'-husna Nya
3.af'al Nya

ins allah,bila masanya nanti, sama2 kita kupas ketiga-tiganya..(moga dipermudahkan,ditunjuk jalan oleh Allah)

5 status quran dalam iman



quran adalah sumber perlembagaan seorg muslim. mana mungkin kita bisa hidup di bumi ini tanpa undang2? dan quran itu diajarkan kepada nabi (yg Ummi) oleh jibril dan baginda mengajarkan pula kepada sahabat-sahabat. dan alhamdulillah, hari ini kita mampu merasa nikmatnya mengaji (walaupun kebanyakan quran sudah berdebu tidak dibelek) apa lg untuk difahami atau ditaati..:-(

“Sesungguhnya kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” (QS Al-Hijr: 9)



Kata 'Kami' dalam ayat ini berarti Allah sendiri. Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah tidak punya sekutu. Dalam beberapa bagian Al Qur'an, Allah menyebut diri-Nya dengan kata 'Aku', dan dalam beberapa bagian lain dengan kata 'Kami'. Dalam bahasa Arab, yaitu bahasa Al Qur'an, kata 'Kami' juga digunakan untuk menyebutkan satu orang dengan tujuan menambahkan kesan berkuasa dan rasa hormat pendengarnya.

Dalam Al Qur'an, Allah menginginkan agar kita belajar dari kehidupan para nabi. banyak sekali disebut dan diulang-ulang kisah nabi-nabi dahulu.. kenapa ya? kaum samud, madyan, nuh, luth, ibrahim, firaun etc..masya allah.



Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal….(QS Yusuf:111)


Orang yang dimaksud Allah dalam ayat ini adalah orang yang mengetahui bahwa Al Qur'an adalah perkataan Allah, sehingga mereka berpikir, menggunakan akalnya, dan berusaha keras untuk mempelajari Al Qur'an dan hidup menurut petunjuknya.




maka,menurut syed qutb (tafsir fi zilail), bukanlah quran ini untuk dilihat tatabahasa atau keindahan kata-katanya..tp ia bisa mengubah HATI manusia..ia turun demi membersihkan kita..merubah 'mindset' kita daripada jahiliyyah kepada islamiyyah. bukan sekadar dilagukan semata!

sila rujuk surah al-anbiya: 38%,surah hud:60% ialah seerah nabi2 terdahulu..(jOm!cube tgok surah2 laen juga) logiknya, tentu ada sesuatu di sebalik kisah2 teladan ini bukan?

FIKIR-FIKIRKANLAH...

...mrk mempunyai HATI tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat2 Allah...

...mrk mempunyai MATA tetapi tidak digunakan untuk melihat kebesaran Allah...

...mrk mempunyai TELINGA tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah...

ulaikal an'am..BALHUM ADHOL!...7:179


p/s:MengUNDIlah dengan BIJAK! say NO to JAHILiyyah...