Pages

Thursday, April 23, 2009

:) :) :)

bismillahirrahmanirrahim

baru selesai usrah dengan murobbiah baru saya!!! dan dia berumur 21 tahun (younger than me, yea~)

Pengisian malam ni, buat saya menginsafi sesuatu yang dah lama saya lupa!

ISLAM MEMBENTUK ASPEK SPIRITUAL/DALAMAN

Teringat lak kata-kata my gynaecology lecturer, "Vi mosleem, vse vremia smeutsia-dazhe ia ne znau shto vi shas dumaete, shto vi shas mechtaete. Prosto vi tak skromni, no vse zakrito"

Faham ke? hehe
maksud dia, "Kamu sume ni kan Muslim, sokmo-sokmo senyum and gelak. Sampai saya tak tau apa yang sedang awak fikir, apa yang awak impikan. Kamu sume ni sangat sederhana tapi most time, kamu lebih prefer untuk jadi perahsia"

Faham ke? Ada kaitan ke? :P
Islam menyebabkan kita tahu apa yang kita perlu dalam hidup ini.
Islam mengajar kita untuk memilih, bergaya, fi'il (berperangai) macam mana.

dan paling penting, Islam banyak membentuk dalaman, tidak luaran :)

Faham ke?
Perkara pertama untuk muslim ialah IMAN DAN TAQWA.

Apa ko bondo tuh?
Ia ialah sense dalam jiwa. Perasaan Allah itu ada, sedang melihat, Dia yang mencipta dan mematikan. Ia ialah perasaan takut kita pada Allah, sampai kita takut untuk buat apa2 melainkan yang Dia suka!

Dan dari sini, automatiklah kita dapat mencorakkan luaran kita... huh

Entah, lama-lama saya duduk di Rusia ni, saya sedar sesuatu yang sangat simple. HAHA

takda maknanya luaran :P
faham ke?

1.Russian women is heaven. Lawa giller (macam anak patung Barbie) even tadi delegasi from Yayasan Terengganu pun cakap macam tuh! hu, nasib isteri pakcik kat belakang :P *aku baru balek from meeting antara Pembesar-pembesar negeri Terengganu dengan anak Ganu (tajuk lain)

2.Russian doctors are superb! Diagnozing disease macam makan donut! Tak yah guna Xray/stetoskop pun! hebat3

3.Russian men as well, good like what ?!! HAHA

The point is, macam mana hebat pun mereka ni, kat dalam kosong!

faham ke?
Bila kita takde IMAN dan TAQWA ni, jiwa kita kosong.
Taktahu ke mana harus dipalingkan hati ini bila something comes.
Mereka tiada kekuatan TUHAN dalam hidup.
Melangkah HANYA dengan kekuatan diri (yang bermaksud LEMAH)

takpelah. ni pengisian untuk diri sendiri je after usrah...huh. it's almost 230am. let me sleep well before rocking netball court tomorrow! yeah~

p/s: dalam kemeriahan Volgames 2009, aku nak mengingatkan esok hari JUMAAT!!! and it is COMPULSORY for all MOSLEEM MEN to go praying Jumaat... dan untuk semua orang ISLAM - esok hari yang dipilih Allah sebagai hari kebesaran kita... jangan bazirkan ia dengan sia-sia... SIA-SIA???!

Wednesday, April 22, 2009

::step ahead::

the Homesickness must not be an obstacle for u and me to step ahead, o yeah!

Kaki mesti melangkah. Sebagaimana ia telah diciptakan Allah untuk melangkah!

Alhamdulillah, setelah struggle melepasi threshold keMANJAan diri, aku kini lebih yakin, heh heh :)


Pernah anda rasa tak keruan?
Pernah tak rasa nak buat sesuatu, tapi tak selari dengan fikiran?
Pernah rasa nak marah, tapi tak mahu?
Pernah tak, tiba-tiba rasa tak tahu keputusan apa yang perlu diambil?


####PEEEEEEEEERNAH####


And indeed, i am in that kind of state now. Dan artikel daripada Ustaz Halim ini akan cuba saya hadam betul-betul... BETUL BETUL... (Moga sahabat-sahabat pun boleh ambil iktibar daripadanya)

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya". “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).

Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang.

Beruntunglah mereka yang mula mengenal Dakwah, jalan dan tuntutannya sejak masih di bangku sekolah atau sebelum berkahwin. Dia boleh menyemak dan memperbetul kembali niatnya untuk berkahwin. Kepada yang telah berumahtangga, masa belum terlewat untuk memperbaharui niat kehidupan yang berbaki.

Ketika aku bertekad berkahwin dalam usia muda, belum mencecah 20 tahun, niat paling utama perkahwinan ialah untuk

(1) memahami Dakwah ini dengan lebih lagi,

(2) bekerja lebih bersungguh

(3) menyumbang bakti Dakwah kepada kaum Hawa juga, selepas selama ini hanya mencakupi lingkungan kaum Adam sahaja.

Hidup ketika dalam umur 20an dan sedang meningkat dewasa tentunya melalui tekanan sebagai seorang bujang, tanpa pasangan. Pada saya adalah sukar dalam memahami Dakwah ini dengan seoptima dan semaksimanya, hari demi hari, tahun demi tahun dalam keadaan tersebut. Ayat-ayat Allah saw dan Rasulullah saw sendiri menganjurkan kepada para syabab (belia) supaya berkahwin. Jika miskin, ALlah akan cukupkan dengan anugerahNya (An-Nur:32). Dakwah, samada pendakwah atau siapa yang akan didakwahkan, adalah terdiri dari kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Allah Maha Pencipta juga menyebut tentang lelaki dan wanita, di dalam Al-Quran. Sudah tentu kita hanya akan memahami kaum wanita dengan lebih lagi hanya setelah kita berumahtangga. Setelah sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada kaum lelaki, bagaimana kita dapat menyumbang yang terbaik kepada kaum wanita, jika kita bergerak tanpa isteri di sisi. Tentunya akan timbul masalah samada tiada jambatan yang natural (tabie) yang dapat menyampaikan kita secara Syariyy kepada mereka (tanpa isteri) atau jika kita redah juga (sebagai seorang bujang), akan timbul masalah-masalah lain pula samada dari diri kita sendiri atau dari kaum wanita itu sendiri. Ia boleh berpunca dari hati sendiri sebagai lelaki, hati wanita tersebut atau hati orang lain yang memerhati. Begitu logik yang bermain-main di akal fikiran saya ketika itu.

Saya bersyukur, alhamdulillah, dari sejak berumur belasan tahun lagi hingga kini, Dakwah sentiasa menjadi congak teratas di dalam membuat sebarang kira-kira dan keputusan.Siapa yang Hijrahnya untuk Allah dan Rasul, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Siapa yang Hijrahnya untuk dunia yang diburu atau wanita yang ingin dinikahi, maka Hijrahnya untuk apa yang di nak tu …” (Hadis). Tidakkah Dakwah ini tuntutan tertinggi Allah dan RasulNya. “Siapakah orang yang lebih baik kata-katanya selain dari Pendakwah kepada Allah, beramal saleh dan berkata aku dari kalangan orang Islam” (Fussilat:33). Dari Hadis di atas terasa jaminan Allah, Empunya hati dan cinta, kepada orang yang berkahwin kerana Dakwah - siapa yang berkahwin kerana Dakwah Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjaga dan membimbing rumahtangga, isteri dan anak-anaknya nanti, melalui panduan yang ditunjukkan RasulNya.

Aku bertekad untuk teruskan hasrat berkahwin pada tahun 1985 itu, walau berusia muda, belum mencecah 20 tahun. Pinangan dibuat pada bulan Jun 1985 melalui Abang Zulemly Shaari dan isterinya, Kakak Azlin Sanusi dengan syarat kami mesti berkahwin segera. Sekiranya pihak keluarga sebelah perempuan meminta ditangguh sehingga tamat pengajian, maka pinangan itu tidak jadi diteruskan. Itu sahaja. Beruntunglah sekiranya Dakwah telah terlebih dahulu, sebelum calun pemudi, berjaya menambat hati seorang pemuda. Ini hakikat yang difahami dan dihayati di tahun 1985, dicernakan dalam perkahwinan yang berlangsung di Mt Gravatt Mosque, Brisbane pada 27.7.1985, alhamdulillah.


{Dan ini kata-kata yang saya kepingin untuk kedengaran dari insan bernama suami...}


Pada tahun 1996, dihari kematian isterinya setelah 51 tahun bersama, inilah juga hakikat yang saya dapati dari kisah yang diceritakan oleh Mustafa Masyhur, Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 5, di hari perkahwinannya, dia berkata kepada isteri yang baru dikahwininya, Sebelummu, aku telah berkahwin dengan seorang yang sangat aku cintai, tidak rela aku berpisah darinya. Aku harap engkau faham dan tidak memarahi aku“. Isterinya bertanya, “Siapakah dia?”. Mustafa Masyhur menjawab, Dakwah di Jalan Allah. Isterinya menjawab, “Dia adalah tuanku dan aku adalah khadamnya“.

Monday, April 20, 2009

so much imperfect!







So much imperfect, beautifully imperfect to make your life completed?

How was it, complicated huh?

I am so sorry, it is just me who had not written any piece for ages :)

well, I find that this video is sssssssssooooooo touching, heh

::homely-mode me::


AKU dan FAMILI

Saban minggu, aku dikejutkan dengan sms yang berbaur emosi, semestinya daripada bondaku. Minggu lepas, tanggal 12 April 2009, genaplah 24-tahun-anniversary parents aku. huh, impressive. Aku pun tercabar dibuatnya, heh heh

Dan tak lupa, each sms yang aku dapat, aku selami jauh ke dalam lubuk hati si pengirimnya, bondaku. Dan lebih tepatnya, aku meletakkan diri aku di dalam kasutnya. Oh!

Kesimpulan yang aku dapat:

1. Aku bukan pencinta yang hebat seperti bondaku
2. Aku tentu tidak mampu melangkah jika aku sendirian
3. Aku tak secekal bondaku
4. Aku perlu lebih banyak tarbiyyah dzattiah
5. Hubungan aku dengan Allah masih jauh

Sakit yang menimpa ayahku bukan sembarangan. Aku malas menyebutnya di sini. Aku yakin, ramai yang dapat menduganya andai aku taip frasa dan stage nya di sini. Tapi, cukup aku katakan, ia menyebabkan bapa aku dilabel "invalid" untuk sebarang pekerjaan.

Dan kini, aku sedar, backbone of the family is bondaku.

Aku mahu doa yang baik-baik untuk kedua ibu bapaku.
Aku mahu mereka menghabiskan sisa-sisa (20 tahun paling lama, barangkali) hidup mereka dengan keadaan dekat pada Allah.
Biar apa-apa yang berlaku, cuma buat kita sekeluarga lebih banyak menyebut namaNya.
Jangan sampai kita jadi KUFUR NIKMAT.
Bila ditimpa kesusahan, islam mengajar kita melihat orang yang lagi (lebih) susah daripada kita. Bukan orang lagi kaya (hebat/sempurna).

Sesungguhnya, anakmu ini sangat hebat dan petah berkata-kata,ma!

Tempat SYURGA selayaknya hanya untuk wanita solehah......
dan kudoakan dirimu di tempat itu (T_T)

Saturday, April 4, 2009

anda DAIE bukan CELEBRITY!

mantap! -my comment-



Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk…

KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!

Leaders are learners - pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin - when you stop learning, you stop leading.

Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.

Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long - orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.

“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari.
Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.
“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?”
Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang) .

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah ‘guru’ saya.

“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”
“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long.
“Insya-Allah,” jawab saya pendek.

“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”

Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.

“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”
“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”

“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.”
“Kenapa Pak Long?”
Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.”
“Kenapa Pak Long?”
Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.

“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.”
“Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”
“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan yang diserunya.”
“Kalau tidak?”
“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.”
“Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”

“Hujah lama,” balas Pak Long.
“Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu.
“Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru - kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ - prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.

“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?”
“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”
“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?”
“Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk.
“Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “
“Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.”
“Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”

(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ saya!)


mantap -aku komen lagi-

Wednesday, March 11, 2009

deja-vu

sekali lagi saya berjalan-jalan...
mencari makanan untuk roh saya...
penat seharian di kelas memerah otak memberi makan untuk mental :P

macam biasa, blog adik saya (kak ngah) dan murobbiah (muharikah) kesayangan tetap jadi pilihan pertama, hehe

bila baca blog mereka, mereka yang dekat dengan saya, hati saya mudah tersentuh... terasa basah... Alhamdulillah...





tak tersedar, air mata menitis... Rindunya pada Rasulullah saw... Kurang sekali saya mengingati baginda...

Tersentuh dengan tulisan seorang akh. Di sini, saya postkan... Moga jadi ingatan untuk diri saya sendiri juga (T_T)

Tarbiyah AL-HAMASAH AL-LAHIBAH ( tarbiyah yang membakar semangat dan menjadikan jiwa berkobar-kobar menyala) adalah sebahagian pakej perjuangan. Ianya tidak berhenti di satu satu juzuk perjuangan dan tidak hanya dinyalakan hanya untuk waktu perlu dan tertentu sahaja untuk menghindari kefuturan tapi harus dicanai, dilumat serta digarapkan dalam setiap diri dan dialirkan dalam setiap darah daiyah agar nyalaannya dapat dikunyah bagi menerangi jiwa2 daiyah dalam wacana kehidupan sepanyang hayat sebagai seorang pejuang dakwah.

ALHAMASAH ini tidaklah sama dengan semangat tok dukun yang terkena asap kemenyan yangg bersifat sementara atau semangat yang meremangkan bulu roma atau semangat yang menggetarkan seluruh tubuh yang kosong dan tandus sehingga menjadikan pendokongnya dibekukan menjadi passenger (penumpang) seumur hidup di dalam jemaah atau halaqah tanpa dapat dijadikan aset di dalam dakwah.

ALHAMASAH adalah semangat berbentuk rabbani. Semangat yang kita bentuk dalam keadaan kita sedar. Semangat yang sentiasa ada kebersamaan dengan Allah kerana Allah dan untuk Allah. Ia bukannya semangat bermusim, atau semangat "passenger " yang dikeluarkan oleh orang lain dan ditumpangi oleh kita kerana ini adalah semangat kosmetik yang nampak indah tapi tidak dapat bertahan dalam dakwah.

ALHAMASAH tidak akan wujud kecuali jika kita hidup di dalam sirah. Inilah pembuktian seorang pemuda Palestin yang menghayati sirah yang ingin dijadikan anak angkat oleh sahabat kita:

"Sekiranya kami keluar dari Palestin seolah-olah kami keluar dari sirah. Kamu orang Malaysia baru membaca sirah dan ada di antara kamu pun tidak membaca sirah dan tidak tahu sirah! Apalagi menghayatinya tapi …kami telah berada di dalam sirah sebab itu kesusahan yang kami alami. Ia malah menjadi lazat bagi kami ….
Kerana kami bersama rasullulah, bersama Abu Dujanah di Perang Uhud, bersama Hamzah, bersama Khalid di dalam perjuangan ini…api kami semakin membakar, jiwa kami semakin meronta, ruh kami semakin berlumba lumba untuk keluar dari rongga menuju syurga …kelazatan kami tidak terkata.
Kamu ingin mengambil kami untuk dijadikan anak belaan dan anak angkat tapi… ayah ayah kami tidak membenarkan kerana mereka tahu kami akan dijadikan hamba-hamba nafsu, rakus kebendaan sehingga kami lupa tempat kami disyurga.
Ayah ayah kami malah lebih rela kami dibom sehingga terputus kaki kami, terputus tangan dan seluruh anggota kami …tapi kami tidak kesal kerana tangan dan kaki yang terputus menuju ke syurga lantaran menanti teman2 anggota yang lain bersamanya sehingga seluruh anggota kami syahid berkumpul di sana! Inilah semangat kami yang tidak ada pada kamu.”
Masha Allah! Tersentak saya membaca ulasan tersebut.

Baru saya sedar, kenapa Abdullah ibn Umm Makhtum sanggup ke medan juang walaupun beliau seorang yang buta. Tentu beliau antara seorang sahabat (yang disebut dalam sirah) sebagai seorang yang melalui Tarbiyah ALHAMASAHH wa ALLAHIMAH.

Ya, benar sekali akh. Kita perlu hidup dalam sirah. Hari-hari hati ini perlu mengenang sirah... dan pesan ustaz,

SIRAH ITU PERLU DIBACA DENGAN MATA HATI
KERANA IBRAHNYA BESAR SEKALI
JANGAN BIAR HATI KELU MATI
KERANA ITU BAKAL MEROSAK DIRI
SIRAH DIJAGA RAPI
TERISTIMEWA UNTUK UMAT ZAMAN INI
AGAR SENTIASA DIAMATI
DITELADANI
DILAZIMI
BUKAN SEKADAR UNTUK MENGISI HALAQAH SABAN HARI!

Ya allah, tunjukkan aku jalan yang KAU redhai...

"Sesungguhnya mukmin itu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan dia tidak ragu-ragu. Dia berjihad dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah. Dan dialah orang yang benar..."