Pages

Friday, November 19, 2010

saya sebagai 3week-old-HO di HSNZ



salam wrt
hrmm isnin ni....
22nov2010

ia ialah birthday farizah
ia juga ialah 2nd tyme sy kena oncall
ia juga hari ke-2 sy kerja lepas 4hari dpt cuti free from HOD (head of department) sempena raya haji

dan paling penting : ia bermakna sy telah selamat 3minggu mula bekerja sebagai HO di HSNZ (hospital sultanah nur zahirah)

meski sudah 3minggu, saya mengaku :

masih blurr apa border - tugas doktor, colleagues, dan nurse
lambat dan tidak cekap bekerja - padahal sy kena jaga 8 orang je pesakit!
ada je tak lengkap wat discharge summary dan kena tegur dgn nurse

haha

and the list goes on

somehow :

1.saya wajib kena terus melangkah. jangan malas (meski setiap pagi bangun tidur, i kept asking myself " BETUL KE AKU NAK TERUS JADI DOKTOR NIIIE?"

2.saya suka jalan kaki dari asrama ke ward setiap pagi... tengok langit. sedut udara segar... sambil baca cebisan almathurat dan menyelami maknanya... hrmmm nikmat sgt terasa

3.saya banyakkan istigfar dan berdoa rabbi rohli sodri... (lapangkan dadaku) berkali-kali SETIAP KALI DIMARAHI... sehingga sy rasa kembali tenang dan tidak menangis di depan MO atau specialist

4.saya gagahkan diri ke usrah/daurah kalau tak overlap dgn tugas WAJIB di hospital kerana sy tahu, itulah punca kuatnya sy untuk terus bertahan... dan sy terus berdoa agar allah tak lupakan saya dalam lajunya putaran masa kini...

5.i whisper to myself "AWAK TAK BOLEH QUIT AZIMAH!" (haha. kalau quit, sy bukan pandai buat kuih atau amik upah jahit baju!)


dan tak tipu : bekerja sebagai HO buat sy makin dekat dgn allah. makin tinggi pengharapan pada allah.... percaya ada kuasa superior sedang memerhati dan menyusun hidup ini....

it's not you alone....

P/S:DOAKAN SY DEH SUME!


Monday, October 11, 2010

...jihad yea, sayang...

solahudin : ibu, solah nak pi jihad dah. bye bye! (solah menggayakan senapang patah plastiknya)
suhayb : ye ke abang long? naaaaaaaaaaaaaak ikut gak.
solahudin : abang ngah duduk sini. jaga ibu dan adik-adik. (solah 'serius' memberikan arahan)
suhayb : ade ke camtu... (abang ngah mencebik, masam muka!)

khadeeja : abang long, nak bekal? (sibuk dia mengatur alatan memasak lagak seorang ibu)
aisya : nah baju pendekar untuk abang... (pelat lagi puteriku sorang nie...)

hehe. terkekeh hamba, tergelak melihat telatah anak-anak fantasi... (^^,)


robbi...habli...minladunka zurriyyatan thoyyiban....
innaka samiu doa!

Ya allah, kurniakan diri ini zuriat-zuriat yang soleh
Sesungguhnya engkau amat mendengar doa hambaMU! (^^,)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bercakap tentang jihad,
hamba teringat tentang jiddiyyah.

asal kata fiil madhi ja da

maksudnya berusaha bersungguh-sungguh : all out berusaha, kuat azam*cekal, tahan dugaan *tabah, cepat respons duties, mengoptimakan semua equipments yang ada - kepakaran, ilmu, material etc

dan hamba juga teringat kalimat thoyyibah kegemaran geng QSvolgo ::askariyy::

sehingga terkeluarlah terms pelik-pelik kami di Qalam....~

masak askariyy
hidangan juadah sevodnia askariyy
game usrah askariyy
daurah konsep askariyy

hehe.semua pun nak tambah 'imbuhan' askariyy di belakang!

bukan apa, anak-anak mak ni MANJA wa ANAK-ORANG KAYA-TAK-PERNAH-RASA-SUSAH!

bukan apa, kerana 'mungkin' inilah satu-satunya cara yang boleh merubah seseorang...

hamba pula bagaimana? (-.-)



masih mencari diri...
mampukah diri ini menjadi askariyy?
soalan yang kerap menerjah diri.
akan kupaksa sehingga berjaya.
mana mungkin kedapatan anak-anak hebat kalau ibunya lembik?!
kuat.cekal.tabah.semangat.jalan terus~





glossary
askariyy=ala-ala askar

^^geng QSvolgo^^


a car. a white rose.


woman: Oh i choose the latter!

man: hahaaAAAAAAAAAAA




MORAL:How complicated the XX-gene.
A simple thing, seems a mountain to her. Vice versa!
And it's how we complete each other.


~ buat We and Aizadiha: Selamat bercinta hingga ke syurga! ~


Tuesday, September 28, 2010

~manusia bermain dengan HATI dan PERASAAN~



rasa malas kan kalau setiap hari buat rutin yang sama?
ke saya sorang je macam tu?
hrmm...



malas datangnya dari HATI...
bukan anggota badan yang letih
sebab kadang-kadang kita boleh berprogram sampai tak tido
berjaga sehingga fajar terbit
malah berpanasan (kempen pilihanraya) pukul 1200tgh hari

dan manusia
kita memang kena sentuh HATI dia.
bukan main belasah je 'kacau' atau 'psycho' orang tak tahu hujung pangkal!

teringat sebuah kisah
hamba ke sebuah program di sebuah Kuala
di sana, qodhaya dijalankan

satu demi satu pimpinan usrah di IPT masing-masing bangkit
pot pet... bercerita kejayaan dan kelemahan dan kegagalan dan kebestan.
hamba mengangguk faham. hadam setiap patah berkenaan waqi baru... (pOnim den)

tiba-tiba
kedengaran esakan sang ukhti. mula emosional

nampaknya qodhaya jadi tempat meluah perasaan
masalah famili ditarik-tarik
dicarik-carik
digaul sampai jadi sangat menarik!

bukan adikku bukan.
ini ialah saat berkongsi perjuangan medan amal...
bukan ini masanya ya?

hrmm aku berfikir,
mungkinkah adik-adikku kurang kasih sayang
mana murobbi yang sepatutnya memainkan peranan?

kasihan mereka...
hilang pertimbangan
bila beban melebihi kesanggupan
bila tanggungan melebihi kebolehan!

ah!
allah jua yang mencukupkan segalanya.




p/s:Jangan bawa masalah di rumah (private matters) ke pejabat anda
p/ss:Hidup ini perlu manusiawi. KITA bukan robotik.
p/sss:Semua orang sila baca buku 'BMH-Bagaimana menyentuh hati by Syeikh Abbas As-Siysiy



Monday, September 27, 2010

hati-hati membawa HATI

~quoting aizadiha~ (itu favorite quote Cik Aiza kita!)


masha allah!

kerap KITA merasa berbesar hati dgn segala kepercayaan/mandat yg diberi :


-presiden UMNO cawangan luar negara?

-Ketua Pelajar Universiti

-Ketua Pengawas Sekolah

-naqib(ah)

-AJK (IKRAM)

-Ketua Pemuda PAS Pusat


ah!!!tahukah kamu itu bukan sebuah tasyrif (kemuliaan)?!!

tapi masuliyyah (tanggungjawab/amanah) yang bakal dipersoal allah kelak.


jangan bangga.

andai semua juniors kenal kamu,

mengangkat (memuji) kamu,

adik-adik semua saaaaaaaaaayang kamu!

malah kalau pergi ke mana-mana,

semua orang berebut bersalaman denganmu,

berpelukan ukhuwah (fillah) konon!


tak ada gunanya...

melainkan hatimu sesuci Abu Bakar yang kerap mengingatkan dirinya :

Ya allah jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan mereka. Ampunilah dosaku yang tidak mereka ketahui. Janganlah menuntutku atas perkataan mereka..
.