Pages

Wednesday, April 22, 2009

::step ahead::

the Homesickness must not be an obstacle for u and me to step ahead, o yeah!

Kaki mesti melangkah. Sebagaimana ia telah diciptakan Allah untuk melangkah!

Alhamdulillah, setelah struggle melepasi threshold keMANJAan diri, aku kini lebih yakin, heh heh :)


Pernah anda rasa tak keruan?
Pernah tak rasa nak buat sesuatu, tapi tak selari dengan fikiran?
Pernah rasa nak marah, tapi tak mahu?
Pernah tak, tiba-tiba rasa tak tahu keputusan apa yang perlu diambil?


####PEEEEEEEEERNAH####


And indeed, i am in that kind of state now. Dan artikel daripada Ustaz Halim ini akan cuba saya hadam betul-betul... BETUL BETUL... (Moga sahabat-sahabat pun boleh ambil iktibar daripadanya)

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya". “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis).

Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan rapi. Apabila berlaku sesuatu maka tempat rujuknya ialah niat asal persefahaman antara kedua pihak. Dalam berkahwin, niat bukan di simpan di almari peguam, namum ia tersemat di hati sanubari di setiap mempelai. Apabila melayari kehidupan bersama sebumbung, niat asal akan sentiasa menjadi rujukan hati, sumber semangat, pengubat masalah, penyuluh pelan perancangan, pengingat ketika bersendirian, penjaga ketika berjauhan dan ruh yang mengalir ke dalam jiwa anak-anak bakal pejuang.

Beruntunglah mereka yang mula mengenal Dakwah, jalan dan tuntutannya sejak masih di bangku sekolah atau sebelum berkahwin. Dia boleh menyemak dan memperbetul kembali niatnya untuk berkahwin. Kepada yang telah berumahtangga, masa belum terlewat untuk memperbaharui niat kehidupan yang berbaki.

Ketika aku bertekad berkahwin dalam usia muda, belum mencecah 20 tahun, niat paling utama perkahwinan ialah untuk

(1) memahami Dakwah ini dengan lebih lagi,

(2) bekerja lebih bersungguh

(3) menyumbang bakti Dakwah kepada kaum Hawa juga, selepas selama ini hanya mencakupi lingkungan kaum Adam sahaja.

Hidup ketika dalam umur 20an dan sedang meningkat dewasa tentunya melalui tekanan sebagai seorang bujang, tanpa pasangan. Pada saya adalah sukar dalam memahami Dakwah ini dengan seoptima dan semaksimanya, hari demi hari, tahun demi tahun dalam keadaan tersebut. Ayat-ayat Allah saw dan Rasulullah saw sendiri menganjurkan kepada para syabab (belia) supaya berkahwin. Jika miskin, ALlah akan cukupkan dengan anugerahNya (An-Nur:32). Dakwah, samada pendakwah atau siapa yang akan didakwahkan, adalah terdiri dari kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Allah Maha Pencipta juga menyebut tentang lelaki dan wanita, di dalam Al-Quran. Sudah tentu kita hanya akan memahami kaum wanita dengan lebih lagi hanya setelah kita berumahtangga. Setelah sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada kaum lelaki, bagaimana kita dapat menyumbang yang terbaik kepada kaum wanita, jika kita bergerak tanpa isteri di sisi. Tentunya akan timbul masalah samada tiada jambatan yang natural (tabie) yang dapat menyampaikan kita secara Syariyy kepada mereka (tanpa isteri) atau jika kita redah juga (sebagai seorang bujang), akan timbul masalah-masalah lain pula samada dari diri kita sendiri atau dari kaum wanita itu sendiri. Ia boleh berpunca dari hati sendiri sebagai lelaki, hati wanita tersebut atau hati orang lain yang memerhati. Begitu logik yang bermain-main di akal fikiran saya ketika itu.

Saya bersyukur, alhamdulillah, dari sejak berumur belasan tahun lagi hingga kini, Dakwah sentiasa menjadi congak teratas di dalam membuat sebarang kira-kira dan keputusan.Siapa yang Hijrahnya untuk Allah dan Rasul, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Siapa yang Hijrahnya untuk dunia yang diburu atau wanita yang ingin dinikahi, maka Hijrahnya untuk apa yang di nak tu …” (Hadis). Tidakkah Dakwah ini tuntutan tertinggi Allah dan RasulNya. “Siapakah orang yang lebih baik kata-katanya selain dari Pendakwah kepada Allah, beramal saleh dan berkata aku dari kalangan orang Islam” (Fussilat:33). Dari Hadis di atas terasa jaminan Allah, Empunya hati dan cinta, kepada orang yang berkahwin kerana Dakwah - siapa yang berkahwin kerana Dakwah Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjaga dan membimbing rumahtangga, isteri dan anak-anaknya nanti, melalui panduan yang ditunjukkan RasulNya.

Aku bertekad untuk teruskan hasrat berkahwin pada tahun 1985 itu, walau berusia muda, belum mencecah 20 tahun. Pinangan dibuat pada bulan Jun 1985 melalui Abang Zulemly Shaari dan isterinya, Kakak Azlin Sanusi dengan syarat kami mesti berkahwin segera. Sekiranya pihak keluarga sebelah perempuan meminta ditangguh sehingga tamat pengajian, maka pinangan itu tidak jadi diteruskan. Itu sahaja. Beruntunglah sekiranya Dakwah telah terlebih dahulu, sebelum calun pemudi, berjaya menambat hati seorang pemuda. Ini hakikat yang difahami dan dihayati di tahun 1985, dicernakan dalam perkahwinan yang berlangsung di Mt Gravatt Mosque, Brisbane pada 27.7.1985, alhamdulillah.


{Dan ini kata-kata yang saya kepingin untuk kedengaran dari insan bernama suami...}


Pada tahun 1996, dihari kematian isterinya setelah 51 tahun bersama, inilah juga hakikat yang saya dapati dari kisah yang diceritakan oleh Mustafa Masyhur, Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 5, di hari perkahwinannya, dia berkata kepada isteri yang baru dikahwininya, Sebelummu, aku telah berkahwin dengan seorang yang sangat aku cintai, tidak rela aku berpisah darinya. Aku harap engkau faham dan tidak memarahi aku“. Isterinya bertanya, “Siapakah dia?”. Mustafa Masyhur menjawab, Dakwah di Jalan Allah. Isterinya menjawab, “Dia adalah tuanku dan aku adalah khadamnya“.

1 comments:

dr.DidiE said...

huhuh..in the state of nk kawin ka? ahaks...sile2..pasni saya menyusul.hahaha...