Pages

Monday, February 16, 2009

salji=beku=daie'yah?


its right in front of my house :) russia sangat cantik, indeed. Jemput datang yea!


Sebenarnya saya sedang bersemangat nak menulis tentang GAZA...(tem bolee, my best friend on the trip heading to the Strip. Bertuahnya kamu!) Tapi, terkesan pula dengan tulisan seorang Akh. Terbaca ketika 'melilau-lilau' di blog murobbiah saya. hehe. Its really suits me, i guess. aiseyh!

Ukhti dan pembaca yang dikasihi…..terpanggil untuk berkongsi pengalaman untuk mengalirkan secubit kisah sebagai murabbi kepada akhawat buat tatapan semua diruangan ini …

ikhwah/akhawat. Gugurnya dai’yah dijalan dakwah ini bukan disebabkan oleh ketidak fahaman persoalan masuliyah … atau kekurangan tarbiyah ….tapi lebih kpd persoalan jatidiri …. tidak tahan ujian ….kecintaan pada dunia, profession, hati yang kerdil dan pengaruh sangsuami serta ruh kesufian yang tidak dipelihara.

…..maka jadilah daiyah yg hebat ini daiyah yang jumud dan beku apabila pulang kemalaysia. hanya berlegar disekitar tanggungjawabnya memikul beban sebagai surirumah yang hanya dapt membina baitul muslim! Cukupkah itu? Apakah tarbiyah yang mengajar kita begitu setelah kita lalui proses yang begitu panjang dengan keringat pengorbanan yang bukan sedikit! Kita berhenti disekitar ijab dan qabul.Apakah cukup hanya sebagai srikandi rumahtangga? yang rutin harian membelai anak dan suami? ini persoalan yang yang sama2 perlu kita fikirkan.

benar sabda Rasullulah, "Sesungguhnya manusia itu tidak lain seperti kawanan 100 ekor unta, hampir2 engkau tidak boleh menemukan di dalamnya seekor unta yang menempuh perjalanan jauh” ( HR Bukhari )

sebagai daiyah sekalipun sudah bersuami tidak seharusnya kita padamkan cita cita besar kita. Jgn jadikan tanggungjawab rumahtangga sebagai penghalang kepada perjuangan. Sepatutnya kita lebih kuat untuk meneruskan perjuangan bertemankan suami tercinta!

Kita masih boleh berjuang bukan hanya sekadar membina baitul muslim tapi lebih jauh dari itu untuk membina Baitul Dakwah untuk mendidik anak2 dakwah yang lahir dari ikatan cinta kita! menyambung matarantai perjuangan kita. Kita harus mengunakan segala pengalaman diluar negara untuk mengimarahkanlagi dakwah dan tarbiyah ini disekitar masyarakat setempat. ….Kita harus belajar hidup untuk orang lain, bukan hanya dikepompong kita sahaja!

Sayyid Qutb mengatakan, "Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar".
Inilah perwira dan serikandi islam sejati!


daie'yah yang beku macam salji?

cukuplah salji je yang beku..begitu fikirku


Bagi yang telah bersuami ….jalinkanlah semula kesefahaman fikrah, ruh dan kasih sayang untuk memarakkan semula bunga bunga dakwah dan tarbiyah yang berterusan muga2 wujudnya baitul dakwah yang melahirkan ustadzfilaalamin ….. Insyaalah

Friday, February 13, 2009

rentetan pesakit menuju ke bangunan Department of Oncology

salam,
its 13th February 2009. Hari ini adalah hari ke-4 saya melalui latihan di Department of Oncology (Oncological Centre of Volgograd Region) Sekejap je masa berlalu. Sejujurnya, saya jatuh cinta dengan Oncology. I'm not sure why, because there are so much things which impress me (shto ia sama ne smogy opredelit, ochen zhal)

1. Oncology buat saya lebih menghargai hidup ini

Department ini secara tidak sedar banyak memberi 'tazkirah' pada saya.

hidup ini tidak lama untuk kita jadi tidak berguna. We'll walk out of it very soon...

Pagi tadi, kami dibawa melawat pesakit Cancer of Head and Neck. It sounds biasa, kan? I saw people with incomplete lower jaw (we call it mandible) because he underwent some sorts of operation. And now, he's left with half-tongue and no lips. In other words, his mouth cavity is left exposed. He has impaired articulation (you can't understand his speech)

2. Oncology mengajar saya erti CINTA


pasangan ideal of State Medical Academy (Matpih dan isteri, Zura)

Saya terserempak dengan pasangan suami isteri, yang saya kira berumur dalam lingkungan awal 40-an. Sebenarnya pada ketika itu, saya dalam perjalanan ke Lingoranski Mechet (Mosque of Lingoranski Region) - and I pontem lecture (*_~)

Susah sekali mereka berasa-asak mahu menaiki mashrutka (kereta prebet sapu di Rusia). Kekurangan sebelah (upper) extremity memang menyusahkan. Suaminya kudung dari paras bahu ke bawah. Masha Allah...

Saya bertanya diri sendiri :

-Setaat itukah diri saya saat suatu hari nanti andai suami tercinta hilang upaya?
-Mampukah saya menyayanginya seperti sebelum ini?
-Sudikah saya menemaninya penuh cinta di kala dia sangat memerlukan perhatian saya?

Cinta tak mungkin mampu bertahan tanpa CINTA...

3. Oncology mengajar saya erti WE COMPLETE EACH OTHER

"We work as a team. There are no other department work as we did. Every morning, we have a round table to discuss the best plan of treatment and dynamics of patient. We worry about them (patient) more than they do!" (because most things are kept secret, especially the fact that doctors REALLY know that they are dying anyway)

Na kazhdom shagy, posmotri. Oni vse vremia smeutsia, ylibivautsia... dazhe medseostri. (haha, you'll not find this in any hospital here)

Russia- Osobennaia strana. Its unique in its own way!


Penulis dan rakan-rakan di perkarangan Hospital No.1 (Bolnichni Kompleks)

Tuesday, February 10, 2009

volgo tanah airku

Malam ini, saya tidak putus-putus senyum.
Rasa mahu menangis pun ada.

Tambah-tambah pula, Nor, Wadah dan Aiza pun baru mengUSRAHkan saya. Fuh, banyak betul yang perlu saya baiki pada diri dan jalan kerja dakwah yang saya sedang usaha lakukan kini. Insha Allah. Moga Dia permudahkan segalanya. Yang saya sedar, Allah tidak pernah lari daripada kita. Malah Dialah yang berlari ke arah kita di saat kita baru mengatur langkah mencari redhaNya. Tak gitu?

Saya pun rewind berkali-kali videoklip hasil usaha Iliana dan Aiza. Spasibo kepada sahabat-sahabat yang selalu menyedarkan saya yang 'suka' FUTUR ni...





Sebenarnya, saya baru mengulangkaji sebuah buku karya Imam Syahid Hassan Al Banna, bertajuk USUL 20. Ya, mungkin anda semua sudah khatam banyak kali buku tersebutkan? Jujurnya, saya sendiri pun belum habis membaca dan mengulangkajinya buat masa ini. Insha Allah, saya akan cuba secepat mungkin.
Saya tertarik dengan Usul Pertama yang mengatakan ISLAM ITU SYUMUL. Ini petikan penuh usul tersebut:


الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة وثروة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

Perkara pertama yang disebut oleh IHAB ialah ISLAM itu negara (daulah) dan tanahair (watan)!
Sedarkah kita kenapa beliau meletakkan AQIDAH dan IBADAH dalam senarai terakhir???!
Jangan jump into any conclusion first, please :P
Beliau cuma mahu kita sedar tentang hakikat YANG MAHA BESAR ini. Sesungguhnya ISLAM ITU ADALAH DAULAH DAN WATAN!!! ISLAM ITU ADALAH NEGARA DAN TANAH AIR.
Kerana pada ketika ini, manusia umumnya sedar dan tahu akan kepentingan AQIDAH DAN IBADAH dalam Islam, malah mereka kebanyakannya mengamalkan konsep ini dengan sangat baik. Alhamdulillah... Tapi sayang sekali mereka lupa akan 2 konsep besar ini iaitu ISLAM JUGA IALAH NEGARA DAN TANAH AIR.
Kenapa IHAB berpandangan umat Islam sudah lupa akan hakikat ini?
JOM! Mari kita selusuri sejarah di sebalik penghasilan buku ini :)
IHAB menulis buku ini dalam tahun 1940-an. Pada ketika itu, diketahui bahawasanya pemerintahan Mesir dikuasai oleh Perdana Menterinya,Jamal Abd Nasser dan golongan sekularisme. Mereka memerintah negara Mesir (Islam kononnya), namun sistem politik dan pemerintahan negara amatlah tidak islamik. Rakyat di ambang kemusnahan... Terlakar dalam lipatan sejarah (even) national costume mereka ialah blouse dan skirt pendek... Masya Allah!
Malah, pada ketika itu kekeliruan dalam agama teramatlah ketara. Ia jelas tergambar (even) pada tuan syeikh Al-Azhar yang terkemuka. Mereka mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ummat (yang berbunyi) : Nabi Muhammad saw secara tidak sengaja (coincidentally) telah menjadi Ketua Pemerintah Kerajaan Madinah. Hal itu tidak bersangkutan dengan Islam.
Kenyataan ini amat besar kesannya kepada pemikiran umat ketika itu. Mereka berfikir bahawa Islam itu tidak ada kena mengena dengan sistem politik dan pemerintahan negara. Subhanallah...
Dan apa itu WATAN?
Ia membawa makna tanahair. Tanahair itu bermaksud tempat tumpah darah, tempat kesayangan yang sentiasa dekat di hati kita... Ia bukan sebarang tempat semestinya, bukan?
Ia bukan tempat yang sekadar kita jejakkan kaki hanya untuk meninggalkan kesan. Tentunya bukan sekadar itu!
Ia tempat yang paling kita cinta dan sentiasa kita ingat.
Andai ia sebuah tempat yang jauh, kita termimpi-mimpi untuk pulang kembali ke sana. Andai kata ia sebuah tempat yang dirampas penjajah, maka kita mengimpikan untuk syahid memperjuangkannya. Itulah maksud watan :)
MASHA ALLAH.
dan ketahuilah, para sahabat baginda mengembara jauh mengelilingi dunia setelah kewafatan baginda. Merekalah yang bertanggungjawab menyebar agama ini sehingga datang 'menyeru' kita di Tanah Melayu.
Anda tidak percaya? Sedikit sekali makam (kubur) para sahabat di Mekah dan Madinah. Ini bermakna mereka tidak meninggal dunia di tanah mulia kelahiran mereka.
Apabila ditanyakan kepada mereka (sahabat-sahabat), "Di manakah TANAH AIRMU?"
Mereka akan menjawab, "Ia di mana ada umat Islam menetap"
maka, Apa efeknya kepada kita? :)
RUSSIA ini ialah watanku... VOLGOGRAD ini ialah watanku...
Janganlah anda tinggal di sini hanya sekadar 6 tahun tanpa sekelumit rasa 'belonging to the society'.
Rasakanlah sesungguhnya, kita sebahagian daripada mereka.
Barulah anda semua mengerti akan perlunya sebuah KIROVSKY ISLAMIC CENTRE di sini... insha allah

Saturday, February 7, 2009

peyrock

salam...
my kanikuli (holiday) is going to end soon, very soon :)

alhamdulillah...hehe. There's a lot of things waiting to be settled in my last 3rd sem in the journey of becoming a doctor-feature (should i say it that way?)

saya berfikir-fikir kembali, betapa manusia telah diTAKDIRkan oleh ALLAH dengan suatu susunan yang sangat indah... betapa hidup kita ini tanpa disedari telah ada pengaturnya yang hebat lagi teliti. tentulah he's ALLAH

masya allah

Saya telah ditakdirkanNya untuk belajar medik dan insya allah berprofesion doktor (in less than 2 years) subhanallah, pantas masa berlalu. Biar dalam diri sentiasa wujud perasaan tidak konfiden etc, tapi itulah hakikatnya. I am ending this journey to the distinct point and further it anyway, God's wills

saya melihat video ini




dan saya sedar, orang yang bergelar manusia yang mampu menarik beribu-ribu manusia lain untuk menyokongnya (dalam erti kata lain- Dia seorang manusia yang berpengaruh) adalah seorang yang sangat hebat.

I am so sorry, mungkin ia hanya pandangan peribadi saya. I adore this kind of people. Masya allah. Kepada Allah jua saya kembalikan pujian. Dialah yang memberi aura kepada manusia yang Dia mahu. Dia juga yang memberi kuasa kepada yang Dia mahu. Dan sesunguhnya, Dia yang lebih tahu apa yang sedang berlaku (di negeri Perak, Malaysiaku tercinta)

#rujuk surah al imran,3:26

saya berfikir




orang yang berpengaruh ialah seorang yang baik hubungannya dengan Allah...(it comes first for sure) and only after that, hal itu akan direflekskan pada hubungannya dengan manusia. Masya allah.

Saya pun mahu jadi orang begitu in my own position, insya allah.

Kita doktor, kita cikgu, kita akauntan, kita sailor, kita engineer. Kita juga mungkin macam MB Nizar. Tapi, sedarlah dan tanamkanlah selalu dalam diri kita. Walau siapapun kita, walau apa jawatan sekalipun kita, kita adalah hamba kepada Allah, Tuhan Yang Satu.

Kita KhalifahNya, kepadaNya wajib kita sembah.

Dan dunia ini akan jadi makmur kalau kita semua berpegang kepada prinsip ini :)

#Rujuk surah An Nur, 24:55

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan bahawa sungguh Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa!

Wednesday, February 4, 2009

yojainika @ zenshina @ wanita

Tangan menulis lagi...

SITUASI PERTAMA


Ma pesan tadi, "Jangan tulis pelik-pelik (*politik) Kak Long kat blog kamu tu. Sekarang ni bahaya. Takut biasiswa kena tarik!"



"hehe" macam biasa. Sengih ajelah. Saya sungguh bertuah ada ma yang suka 'berpesan'.

SITUASI KEDUA


Ada orang tanya, "Bahaya tak sebenarnya Fibroid?"



"Kau rasa?" tercengang kawan-since-childhood aku. heh heh (seni cover tak tahu)





SEBENARNYA....



fibroid tak bahaya sangat, Na. Jangan bimbang. Insya Allah your mum will be ok :) Tengok nama dia, memang bukan cancer (benign tumor - kira tak bahayo mano)



yang besnya, memang insya allah regress sendiri without treatment. Tambah-tambah pula, fibroid suka menumpang uterus *symtomless (memang macam silent parasite kan)



cuma setakat yang aku faham, kita rawat bila:
1.ia 'kacau' organ lain
2.besar sangat

3.sebabkan infertility (tak subur)

4.sebabkan symptom (biasanya zenshina tersebut dapat menorrhagia *period yang sangat-sangat banyak tak terkira)



tentang rawatan yang bakal diberikan, terpulanglah kat tempat mana fibroid itu menumpang uterus (rahim) 'kita'






if you ask me (dont be hesitate ya) i'll answer:

1.hysteroscopic resection - tak usah potong perut. Kiranya, alat pemotong tu kita masukkan dari bawah kemaluan (cervix/pangkal rahim)

2.laparoscopy - tak usah belah perut juga. Cuma perlukan 3 lubang sebesar 1 cm dan alat pemotong dimasukkan melaluinya. Tapi kena keluarkan ketumbuhan tu sikit-sikit dan berdikit-dikit. Yang penting, perut takde parut dan cepat *siya (cepat sembuh) :))

3.macam-macam *tanya Mr.Google :P

SPASIBO SUDI BERTANYA. rEvISe sikit doctor muda nih :P

14

bismillahirrahmanirrahim...

lama tak menulis... :P
naverno, y menia syndrome 'post-exam'

tem bolee, nikto net doma.
vse v Germaniu yletali, uhu (T_T) kena tinggal!

on the other side, i become Yana's baby :P
spasibo Yane za vse - zavtrak (breakfast), snacks, ywin (dinner)

Hajat di hati nak bertungkus lumus habiskan Usul 20, tapi nampaknya harapan tinggal harapan... hehe. Asifah Kak Anis!

Cuti 14 hari ni, saya banyak habiskan fungsi mata (tengok movie)!
Kesimpulan: I'll name my 1st son Solahuddin, Insya Allah
Spasibo to Solahuddin (1963), Kingdom of Heaven (2005), 1st Knight (2005 kot), Saladin the animated series (2008), Arn-The Knight Templar (2008) dan documentaries seangkatan dengannya...

teringat exam Paediatrics tempoh hari (my 1st paper, sitted in Russian Languange) I am not sure did I light my night's candle to max or not :P to be honest the *malas old me (always) haunted myself :P
Kesimpulan: I wish to be a neonatalogist, Insya Allah

berbelas-belas Physiological and Pathological Reflex kanak-kanak dan baby yang kami hafal... enjoy these videos and check anak-anak (saudara *kalau belum kawen lagi, hehe) masing-masing ye. Then, consult me kalau ada masalah. heh heh