Pages

Saturday, October 4, 2008

M&m

Madrasah Malam
Alhamdulillah, selesai juga Usrah yang kami nanti saban waktu (buat kali ke-3 untuk sem ni). Nama usrah (baru) diberi Qaedah Sulbah :)

Topik hari ini amat kena pada masanya (мне же кажется)!

Hari-hari kini banyak sungguh berlalu dengan sia-sia, ditambah pula dengan keFUTURan diri yang amat hebat sehingga tidak dapat dibendung..huhu. My bad~

Somehow, here i survive. Alhamdulillah,

если мой рабы спросят тебя обо мне, то ведь я близок и отвечаю на зов молящегося.. 2:186

Maka sungguhlah Allah Maha Dekat dan menjawab segala apa yang kamu слросил him for..

Usrah semalam berkisar tentang Madrasah Malam, i make it short M&m. Yeah-surely it does work (jom!kita selusuri sejarah)

Surah Muzammil (dipercayai sebagai surah ke-2 yang Allah turunkan untuk пророк Muhammad saw). Asbabul nuzul ialah untuk memFARDHUkan solat qiyammullail.

1.Wahai orang yang berselimut!
2.Bangunlah untuk solat malam hari kecuali sebahagian kecil (untuk berehat)
3.iaitu pada separuh atau kurang sedikit dari separuh malam
4.Atau lebih satu perdua malam dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan (bertartil)
5.Sesungguhnya kami mahu menurunkan perkataan yang berat kepadamu
6.Sungguh, bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan
7.Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang sangat panjang.
8.Maka sebutlah nama tuhanmu dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati...

Jumlah semua ayat yang diturunkan pada malam itu ialah 19 ayat. Dikisahkan bahawa baginda pada ketika itu sememangnya sedang berselimut, tidur dalam keadaan yang amat gundah gulana (amat down) kerana baginda amat bimbang memikirkan masalah kebangkitan tentera musyrikin untuk memusnahkan usaha dakwah baginda.

(Lets imagine ourselves in his shoes- sedang tidur berselimut dan didatangi Angel Gabriel)

Maka, bangkitlah nabi Muhammad saw pada ketika itu(untuk beribadat) dan malam-malam seterusnya.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat pengikut baginda. Saban malam mereka melaksanakan QIYAMULLAIL as if it is Fardhu (compulsory) sehingga kaki mereka bengkak kerana lama berdiri dan 'penat' beribadah. Subhanallah..

Setahun selepas itu..

Allah telah menurunkan ayat terakhir surah Al Muzammil (ayat 20)

Ayat ini paling panjang, amat panjang dan sungguh panjang kalau kita bandingkan dengan keseluruhan ayat-ayat lain dalam surah Al-Muzammil.. Asbabul nuzul untuk meringankan bebanan (hukum Qiyamullail ialah sunat) dan menenteramkan hati mereka tentang tugas berat yang telah mereka terima dan bakal mereka laksanakan (dakwah).

Sesungghnya tuhanmu mengetahui bahawa engkau bangun bersembahyang kurang dari 2/3 malam dan kadang-kadang separuh malam dan kadang-kadang 1/3 malam dan begitu juga dengan sekumpulan dari mereka yang ada bersamamu. Dan Allahlah yang menetapkan kadar (batas) malam dan siang. Allah maha mengetahui yang kamu pasti tidak dapat menentukan dengan tepat batas-batas waktu malam itu, oleh itu Dia memberi keringanan kepadamu kembali. Oleh itu bacalah apa-apa yang mudah dari Quran. Allah tahu ada segolongan darimu yang sakit, yang pergi menjelajah bumi mencari rezeki dan limpah kurnia Allah. Dan segolongan lain yang pergi berperang fisabilillah. Dari itu, bacalah apa-apa yang mudah dari Quran, dirikan solat, keluarkan zakat dan pinjamkanlah kepada Allah dengan pinjaman yang baik. Dan apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan untuk dirimu tentulah kamu akan mendapat balasan dari sisi Allah dengan sebaik-baik dan sebesar-besar balasan. Pohonlah keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang!

Surah ini sebenarnya amat signifikan. Very much inspiring instead! :)
The more you read (the bakground hidden), the more you will appreciate this Sura. :)

Selama setahun sahabat-sahabat dan baginda berqiyammullail dan mendekatkan diri kepada Allah. Saban malam mereka bangun dan membina hubungan yang akrab dengan Allah. Sesungguhnya itulah bekal terbesar seorang dai'e sebelum layak menanggung bebanan DAKWAH! Itulah juga kekuatan yang harus dibina oleh para pejuang agama Allah.

Jangan kita lupa untuk menghidupkan obor malam lagi.. kerana sesungguhnya minit-minit malam itu sangat berharga! Janganlah kamu jadikannya tidak bermakna dengan kealpaanmu -quoted by Imam Hassan Al Banna

Hidup kita di dunia ini berpaksikan syariatullah dan sunnatullah.

Sejarah telah mengajar kepada kita tentang kejayaan sahabat salafussoleh dahulu dalam dakwah bukan mudah. Mereka memenanginya dengan keringat dan air mata, bukan emas bertimbun atau harta berjuta.

Mana mungkin kita turut mendapat habuan (kejayaan dalam dakwah) dengan cara yang berbeza dengan mereka?




1 comments:

Azli said...

alhamdulillah..seb baik ter
come across this post. jzkk kerana berkongsi perihal 'M&m' ini