Pages

Tuesday, October 14, 2008

pergimu moga berganti.. (T_T)

Saya tidak terperanjat dengan pemergiannya..
Kemelut siasah negara benar-benar buat dirinya penat mungkin..
dan pemergian doktor demi sebuah pengembaraan ilmu buat diri ini redha..

Alhamdulillah, his blog will be running as usual.
:) I learn a lot from it.. Meski tak pernah sekali bertemu, bara semangat beliau sentiasa akan kupastikan menyala dalam hati yang cemar ini.. isk isk.. (T_T)

diri ini amat mengagumimu, wahai pencinta ilmu!
aku mahu jadi sepertimu..
moga dirimu berganti..

Ya Allah, selamatkanlah beliau..tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang Engkau redhai.. isk isk..

(petikan from www.saifulislam.com)

Coretan seorang teman…

Ustazi al-Aziz,

Dalam diam, doaku berpanjangan
Isti’anah-kan Dia, yang menemukan kita
Bahawa jawatan itu suatu persinggahan
Medan berperanan di sebuah perjalanan.

Diterima, ia jadi amanah
Dilepas, ia pergi dengan hikmah
Disambung, ia tanda tsiqah
Dipecat, ia hanya secebis mehnah.
Kebiasaan dalam rakaman Sejarah.

Guru, teman, mufti, ilmuan
Engkau tetap insan yang sama
Mengajarku hidup tiada makna tanpa pendirian
Pendirian tanpa makna jika tiada ilmu yang disandarkan.

Beritahulah mereka bahawa agama bukan pertaruhan
Sesungguhnya dunia, hanya sebuah persinggahan.

0 comments: