Pages

Friday, August 29, 2008

segan atau keliru?

'Mung ado blog?'

'May I have your link, sis?'

'Suka menulis kan.. Jom join writer group kami'


Tak lupa juga bila baru-baru nie.. ada seorang sahabat lama request for one..

Sesungguhnya agak berat saya mahu menaip my blog link..

KENAPA?

Hati berkira-kira sendiri..

Entah kenapa kadang-kadang kita malu untuk berhadapan dengan suatu kenyataan (baca:komen rakan-rakan lama)

1. Ko dah berubah

2. You sound ..... sumthin!

3. Skemanya.. bored~

erm MAKA?

Saya mengambil keputusan menzahirkan diri..
Tak mampu berselindung di sebalik kelubung 'malu tak bertempat'

1. Yeah, its me now.

2. A bit changed. Pantai pun berubah kan?

3. I still have the sense wat!? d:)

Orang kata "Old Friends are like mirrors"
And I am fortunate enough to get one here, beside me..

Friday, August 8, 2008

Memperingati 100 tahun IHAB

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah yang Maha Agung, tidak pernah sesaat terlalai memerhatikan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahlul bait, para sahabat, tabi'en dan pejuang Islam di sepanjang zaman yang telah berjuang sehingga kita tersentuh dengan nikmat Iman dan Islam kini.

Baru selesai menelaah Al Kitabu bertema "Memperingati 100 tahun Imam Hassan Al Banna" (1906-2006) karya pendakwah kontemporari terkenal Ustaz Ridhuan Mohd Nor [oghe Besut nie..hehe]

Pada pandanganku, IHAB lebih hebat daripada Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh (pemikir besar Islam awal 20-an). Beliau (IHAB) ialah gabungan ketaqwaan dan kepintaran siasah yang menakjubkan. Beliau berhati Saidina Ali dan berakal Muawiyah. Aku melihat pada beliau sifat-sifat pemimpin yang telah kehilangan dari dunia Islam. -Tantawi Jauhari

Tidaklah saya bertujuan mendewakan IHAB seolah-olah beliau manusia tanpa palitan dosa dan kesalahan. Namun, secara jujur dan ikhlas kita harus terbuka dan mengakui peranan beliau dalam membawa fikrah dan gagasan Ikhwanul Muslimin yang akhirnya menjadi ikon kepada gerakan Islam lain yang muncul kemudiannya.

Sesungguhnya fikrah yang cuba dibawa oleh IHAB unik. Rukun bai'at ke-2 ialah IKHLAS (selepas FAHAM). Begitu tinggi beliau menempatkan IKHLAS dalam proses tajnid anak-anak didiknya. Konsep tarbiyah seumpama ini telah berjaya melahirkan ramai pendokong IM yang tidak dikenali.

"Orang-orang yang berbakti, bertaqwa dan tersembunyi. Jika tidak hadir, mereka tidak dicari dan jika hadir, mereka tidak dikenal" HR Tirmizi

Mereka (ahli jemaah IM) juga memiliki sifat-sifat Sang Ansar.

Banyak hadir ketika menghadapi kesusahan, sedikit yang datang ketika meraih keuntungan.

Umar At-Tilmisani (Mursid Am IM ke-3) pernah mengungkapkan :

Pada suatu masa, kami berhimpun dalam suatu program di luar kota. Setelah selesai kerjapada jam 12 tengah malam,kami semua merasa sangat penat. Kebetulan saya ditempatkan sebilik dengan IHAB. Saya sesungguhnya sangat penat sekali dan mahu terus melelapkan mata. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing.Tidak berapa lama kemudian, beliau memanggil saya.

"Umar,awak sudah tidur?"

"Belum ya Mursyid" (ketika itu IHAB sebagai Mursyid Am IM)

Beliau lantas mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, beliau bertanya lagi.

"Umar,awak sudah tidur?"

"Belum ya Mursyid"

Setelah lama terdiam, beliau sekali lagi bertanya hal yang sama kepada saya. Saya yang keletihan cuma terdiam, tidak membalas apa-apa. Berharap semoga beliau menyangka saya sudah tidur.

Beliau lantas bangun ke bilik air dan mengambil wudhu' dengan berhati-hati agar saya tidak terjaga. Kemudian, saya lihat beliau mengambil posisi di suatu sudut bilik dan mengerjakan beberapa rakaat solat sunat malam.

Subhanallah, begitulah ajaran beliau yang amat melekat di hatiku..


Monday, August 4, 2008

baju muslimah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, segala puji untukMu ya Rabbuna.. Hari ini saya dilapangkan masa untuk mengunjungi cc Bestari dotcom lagi, dan menulis lagi..

Asakan hebat daripada sahabah-sahabiah bloggers sesungguhnya buat saya makin bersemangat. Asifah jiddan untuk semua. Buat Cik Sha, Dr Amin, Yanis, drmuthiah di sini masih ada..tak lupa kalian semua cuma masih mencari topik-topik paling sesuai untuk dikongsi. Alfun mabruk ya semua atas kesudian dan kehebatan saudara saudari berceloteh di blog masing-masing.. Sukacita saya membelek blog kalian dan belajar pelbagai perkara baru.

Di sini ada beberapa designs baju labuh terbaru untuk para muslimah. Saya minta maaf kerana agak lambat update untuk baju muslimah. Untuk ikhwah, boleh rujuk my older post kalau mahu melihat designs t-shirt untuk kalian.










Buat pelajar-pelajar di Rusia, Volgograd terutamanya kalian boleh menghubungi saya untuk sebarang tempahan. Harga dalam lingkungan RM 35-40.
Handset : 019 3673287
Rumah : 09 6973602
YM : prof_gmex




















Friday, August 1, 2008

jalan terus #

bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji hanya untuk Allah yang Esa, Allah yang Maha Pemberi, Allah yang Pengasih dan Maha Memahami..

Sudah lama benar saya tidak menulis. Sebetulnya sejak pulang bercuti ke tanahair sebulan yang lalu. Sibuk benarkah diri ini??? Tak perlu dijawab soalan itu barangkali.. Mana ada manusia yang lapang di dunia ini. Dan tuntutan-tuntutan duniawi dan ukhrawi tidak pernah tidak bertembung, bukan? Yang tinggal hanyalah kita mahu memilih yang mana...

Saya meneliti emel yang penuh di Inbox. Tak berbalas for sure =P

" Program Summer Kita"

16-17 Julai 2008 : Daurah Lokal di Kuala Terengganu
18-20 Julai 2008 : Daurah di TTS Serdang
25-28 Julai 2008 : KONSIS @ Homestay IMAM di Pos Raya Perak
03-07 Ogos 2008 : Mukhayyam
13 Ogos 2008 : Pre Departure Programme (Russian Students of INTEC)
18-20 Ogos 2008 : Annual Sunathon and IMAM Festival di Kelantan

Ma sudah bising.. Balik kampung atau mahu berprogram?!
hehe. Saya sudah mengagak hal ini akan berlaku. Itulah sebabnya kan.. Kita perlu belajar ambil hati orang tua dahulu.. (^_^)v tak semudah yang dibayangkan =P

Alhamdulillah, saya mampu menghadirkan diri untuk beberapa events yang dijadualkan..

Kita perlu berhajat pada hidayah..pada dakwah..pada tarbiyah..

Moga sinar islam akan terus terpancar di bumi subur ini..