Pages

Tuesday, September 28, 2010

~manusia bermain dengan HATI dan PERASAAN~



rasa malas kan kalau setiap hari buat rutin yang sama?
ke saya sorang je macam tu?
hrmm...



malas datangnya dari HATI...
bukan anggota badan yang letih
sebab kadang-kadang kita boleh berprogram sampai tak tido
berjaga sehingga fajar terbit
malah berpanasan (kempen pilihanraya) pukul 1200tgh hari

dan manusia
kita memang kena sentuh HATI dia.
bukan main belasah je 'kacau' atau 'psycho' orang tak tahu hujung pangkal!

teringat sebuah kisah
hamba ke sebuah program di sebuah Kuala
di sana, qodhaya dijalankan

satu demi satu pimpinan usrah di IPT masing-masing bangkit
pot pet... bercerita kejayaan dan kelemahan dan kegagalan dan kebestan.
hamba mengangguk faham. hadam setiap patah berkenaan waqi baru... (pOnim den)

tiba-tiba
kedengaran esakan sang ukhti. mula emosional

nampaknya qodhaya jadi tempat meluah perasaan
masalah famili ditarik-tarik
dicarik-carik
digaul sampai jadi sangat menarik!

bukan adikku bukan.
ini ialah saat berkongsi perjuangan medan amal...
bukan ini masanya ya?

hrmm aku berfikir,
mungkinkah adik-adikku kurang kasih sayang
mana murobbi yang sepatutnya memainkan peranan?

kasihan mereka...
hilang pertimbangan
bila beban melebihi kesanggupan
bila tanggungan melebihi kebolehan!

ah!
allah jua yang mencukupkan segalanya.




p/s:Jangan bawa masalah di rumah (private matters) ke pejabat anda
p/ss:Hidup ini perlu manusiawi. KITA bukan robotik.
p/sss:Semua orang sila baca buku 'BMH-Bagaimana menyentuh hati by Syeikh Abbas As-Siysiy



Monday, September 27, 2010

hati-hati membawa HATI

~quoting aizadiha~ (itu favorite quote Cik Aiza kita!)


masha allah!

kerap KITA merasa berbesar hati dgn segala kepercayaan/mandat yg diberi :


-presiden UMNO cawangan luar negara?

-Ketua Pelajar Universiti

-Ketua Pengawas Sekolah

-naqib(ah)

-AJK (IKRAM)

-Ketua Pemuda PAS Pusat


ah!!!tahukah kamu itu bukan sebuah tasyrif (kemuliaan)?!!

tapi masuliyyah (tanggungjawab/amanah) yang bakal dipersoal allah kelak.


jangan bangga.

andai semua juniors kenal kamu,

mengangkat (memuji) kamu,

adik-adik semua saaaaaaaaaayang kamu!

malah kalau pergi ke mana-mana,

semua orang berebut bersalaman denganmu,

berpelukan ukhuwah (fillah) konon!


tak ada gunanya...

melainkan hatimu sesuci Abu Bakar yang kerap mengingatkan dirinya :

Ya allah jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan mereka. Ampunilah dosaku yang tidak mereka ketahui. Janganlah menuntutku atas perkataan mereka..
.

Saturday, September 25, 2010

surat CINTA


bismillah hirrahma nirrahimm
saat ni, hamba masih dalam KESABARAN MENUNGGU SURAT CINTA DARI POSMEN.
hehe, seronok juga ya ajar diri ini berSABAR!


mak:kaklong, bila induksi?
saya:taktau lagi ma, kakak (MMC) tu suruh call oktober nanti
mak:haii,lama lagi la nak cuti kamu ni...
saya:haha agakla ma!


masa berlalu, poket kering, hidup terus-makan,minum,pakai,jalan-jalan

ishyy.... terukkan kalau kredit>debit?

tu namanya liabiliti (belajar masa kelas Kemahiran Hidup dulu)

:: status~kakngah dah takde di rumah,saya kesunyian, plus areena pun dah fly semalam,takde adik best untuk dikacau. maka, kena cari adik-adik BARU di UDM, UMT, IPG dan KIST! ::

SABAR ITU INDAH!
...wasstaiinu bis sobri was solah...




Monday, September 20, 2010




video, kata-kata yang pasti akan terus menemani hari-hariku...
moga allah sentiasa bersamaku...
kerana Dialah kekasihku...
dunia dan akhirat...

ar Rijal qauwamuna 'alannisa!



SABAR ITU INDAH, sayangku... (^^,)

-pesanan dari SAKURA GRAPES-
(geng penganggur sejati 2010)




::post mortem ziarah::

bismillah hirrahmanirrahim...

selepas beraya sakan, akhirnya allah menyempatkan juga diri hamba duduk depan laptop sambil mengupdate blog. sebelum tu, hamba nak tiup habuk-habuk dulu. ishhyy...

17 september yang lalu :

1. ukhti aisyah muharikah menikah... ramai sangat akhowat yang mengambil inisiatif memaklumkan hal tersebut kepada hamba. huhu. of course hamba well-informed! apa taknya, bumi dakwah seluruhnya gempar dengan berita gembira seumpama itu... sms,fb,emel personal dan YG : semuanya memperkatakan hal tersebut.

'ala kullihal, hamba minta maaf baaaanyak-banyak yea kak aisyah... tak mampu jadi NARUTO untuk klonkan diri hamba banyak-banyak dan dapat hadir di semua tempat pada masa yang sama.huhu

kad jemputan yang akak hantar masih rapi tersusun di atas meja studi hamba (yang berselerak). setiap hari hamba pasti menatapnya dengan sedih (mestilah gembira akak dah nikah!) kerana tak dapat memeriahkan majlis akak... aasifah jiddan...

mesti akak pun rindu saya kan hihi (^^,)

2. lah the bukit payong (ukhti fadhilah tuan ibrahim) menikah. masha allah ukhti... diam-diam ubi berisi ya dik! hihi. sangat-sangat rasa bersalah tak pi juga. ishyy... rupa-rupanya kita saudara jauh (bau bau bacang kan) seronok sangat to learn that fact! my auntie told me that you did ask her about me. alahai, menambah rasa bersalahku lagi :(

doaku untukmu dari jauh, moga dakwah pun subur mekar bersama kuntuman cinta yang makin memutik itu... selamat fly ke czech tak lama lagi!

3.mini daurah geng akhowat! memang rugi betul miss yang ni... hrmm.
perasaan bercampur-baur bila baca laporan dalam YG. banyak cerita best, dan tak best, makan-makan sambil curhat.

akhowati... saya rindu! uvidimsia v etom nedeliu! insha allah gona pujuk my mum to allow me to go flying to KT untuk bersama kalian... hee tak kira!tak kira! naaaaaaaak jugak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sesungguhnya, too many things occured in a day kan. canteek sangat allah susun... sampai ke saat ini, hamba sendiri pun masih tak dapat merungkai betapa komplikatednya hidup manusia di dunia ini. (tu tak ambil kira kuman-bakteria-microbes-parasites yang tinggal dalam air+udara+darat)

subhanallah!

benarlah dalam quran kata :

Sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah para ulama
sura fathir : 28

multiple ulcer di bibir, lidah dan perut hamba juga ialah manifestasi stress hamba yang masih belum terlerai... masha allah! masih kurang pergantungan kepada allah diri ini, hamba kira. ishhy...

bila ada ulcer, makan tak selera. maka, secara tak rasminya berat badan menurun lagi... (huhu sian pakcik yang tolong buat medical check-up untuk hamba tempoh hari - terpaksa melayan karenah hamba yang repeatedly naik neraca nak timbang. kui3. fiil masih macam small kid!)

hati hamba pun, tentu masih belum tajarrud lillahitaala semata-mata. sepatutnya sudah lama di jalan ini, redha kita melebihi orang biasa... sabar kita melebihi ibu kita yang tidak ditarbiyyah. marah kita tidak pernah kerana iman meninggi ke langit tanpa syaitan menemani...

bilalah agaknya Azimah, kau mampu mengatakan

inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati lillahi robbil 'alamin

dengan gagah dan gah seperti Imam Hassan Al Banna?
Kau tahu sosok itu bukan? Kau tahu kan berapa umur beliau ketika ditanya bertalu-talu siapakah dia dan Ikhwanul Muslimun itu?

tapi dengan tegasnya, beliau menjawab begitu. (ah! macho sekali... lagak gaya SASUKE)

4. dengan berbekal iman yang makin meroboh di hati, hamba kuatkan juga semangat berziarah ke rumah Ukhti Hikari. hamba betul,luruskan niat di hati... kuhabiskan minyak kerata Kancil ibuku ini hanya keranaMu ya allah... redhailah hambaMu yang comot wa khilaf ini.

scene di rumah Ukhti Hikari :
-kakngah tidur sebab pening kepala
-hamba dan Hikari bergilir-gilir cakap untuk mengelakkan tekak kering (haa, puasa 6 bulan syawal perlu lebih ketabahan berbanding puasa wajib ramadan! jangan tak tahu pula hihi)
-banyak Hikari updates kisah adik-adik IPG under kami. masha allah... besar taklifan di bahu, perlu iman yang lebih mantop ya Azimah!
-Ina accident! inna nillah hi wainna ilaihi raaaaaajiun

suami tercinta maut, meninggalkan anak kecil di sisi... anak kecil berumur 5 bulan yang sedang aktif merangkak dan cuba bercakap itu tentu menambah sayu di hati. isk isk... Hikari menitiskan airmata sewaktu bercerita tentang Ina kepada hamba! menurut Hikari, Ina menikahinya setahun yang lepas. kata orang tua, baru pasangan setahun jagung-masih hangat bercinta! seorang al hafeez, imam dan bapa yang soleh... seolah-olah hamba juga kehilangan. jazakillah Hikari sudi berkongsi cerita inspiring seperti ini. akhirnya, hamba pun menangis juga. haha. kolam air mata dah pecah, kami gelak pula... ishhyy.

hamba buat kesimpulan mudah (tapi perit)

segalanya adalah PINJAMAN DARIPADA ALLAH semata-mata, hatta suami tercinta!

it is always easier said than done!

dan pesanan dari Company SAKURA GRAPES (buat penanam-penanam anggur seluruh negara)

~SABAR ITU INDAH~


faqiratun ila robbiha,
Noor Azimah bte Ab.Aziz

Thursday, September 2, 2010

(^^,) bila si chumell mengomel

takleh takleh nih...bahaya
masa sedang lapang. nanti demam (very soon akan demam rasanya) hamba sudah tidak akan mampu main laptop dah!

maka,kena KUATkan diri juga malam nih.
banyaknya emel nak kena tulis...uhu...

demi sebuah iman,idaroh, ukhuwwah, tsiqah...

ALLAH GHAYYATUNA!


emm semalam hamba dah janji kan dengan pembaca budiman (hehe, walaupun blogku sepi tanpa pembaca) hamba nak juga sambung CERITA 3

alkisahnya begini

suami:janji dengan abang sesuatu boleh, sayang?
isteri:konechno*
suami:setiap hari, berdoalah kepadaNya supaya diriku jadi mujahid.
isteri:bila kena start doa, abang?
suami:sekarang, tika dan saat ini dan sentiasa.

monolog isteri:setiap hari aku menuturkan doa rabitah... JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN KAMI MATI, KAU MATIKANLAH KAMI SEBAGAI PARA SYUHADA PEJUANG AGAMAMU!

nah! inilah masanya. specifically berdoa untuk si dia, insan yang paaaaaaaling kau tunggu untuk ketemu dalam hidupmu. betapa dijaga kesucian sebuah hubungan hingga saat ini yang paaaaaaaaaaling halal dan indah untuk kau bersamanya (kalau boleh, sentiasa bersama berteman) dia tiba-tiba minta agar kau mendoakan dia 'MATI'?!!

mat salleh dengan confident akan berkata, "Nonsense!"

isteri:emm,nati abang syahid, sayang dan anak-anak macam mana abang? (mula emotional)
suami:doakanlah sayang. yakinlah. ALLAH IS FAR BETTER THAN ME...


p/s: diubahsuai dari cerita seorang ukhti Palestina, Umm Muhammad yang dikongsi bersama wanita HALUAN. Doa Umm Muhammad telah dikabulkan Allah. subhanallah

*konechno:sudah pasti!

ok, habess sudah CERITA CERITUT MALAM PERTAMA.

tiada apa-apa. cuma kisah yang 3 ini kerap bermain ligat di kepala hamba. hehe. maklumlah, sekarang manusia (baca: kawan-kawan sahabat handai hamba) macam pakat ramai-ramai pesta walimah..

maka, bila hamba terfikir akan walimah (dan stuff seumpamanya) hamba rasa hamba pun kena ingat kisah-kisah hardcore macam ni... bukan apa, pelajaran informal sahaja.

tidak kedapatan di universitas yuk!




PERUTUSAN UNTUKMU

teristimewa untuk anakanda-anakanda ibu... Solahuddin, Suhaib, Aisyah dan Khadijah...

jazakumullah khayr atas pertolongan antum semua! masha allah. ibu tak sangka dikurniakan allah kekuatan yang sebegitu semalam.

tahukah kamu itulah kali pertama ibu berpergian seorang diri... emm tak jauh kan 30minit perjalanan... tapi... faqirnya diri ini.

Jerteh-Kg Raja
dekat je, nak!

malah, ustaz salam kata : Kuala Terengganu-Besut
lebih dekat!

emm, ibu terkedu.

sampai saat ini, ibu masih rasa tak sedap badan. bakal demam, telahan hati ibu berkata begitu. so much things occured lately. tanpa kamu semua (walaupun belum lahir) ibu tak mampu bertahan seorang diri... jazakumullah khayr sekali lagi untukmu kerana sudi menemani hari-hari sepi ibu.

emm, YG QSvolgo pun lately senyap aja.
ibu tahu, semua ahli QS sibuk beribadat. mengejar hari-hari barakah, akhirul ramadan kareem.
masha allah. lihatlah sayang, betapa allah begitu pemurah pada ibu. meski diri ini serba dhoif, dia tetap menganugerahkan ibu sahabat-sahabat solehah seperti mereka.

hikari:mut,kenapa tak bermaya nih?
mut:tak tahu :(( rasa nak nanges jer...
hikari:heh, setahu aku mut bila ada masalah, dia gelak je!
mut:baekk hikari, mut gelak (sambil nanges) sekarang! (T_T)

aizadiha:mut,mut...
mut:kenapa?
aizadiha:ish ish... (start bebel@tulis blog@termenung lama mencari kata-kata hikmah)

mawadah:muuuuuuuuuuuut!
mut:iye.
mawadah:jom gi jalan-jalan tepi sungai volga!
mut:baek wadah. (walaupun bad mood, kalau layan jiwang tepi volga, memang hilang juga sedih)

emm pelbagai fiil.
pelbagai ragam.
pelbagai intonasi suara.

tapi itulah kami.
saling melengkapi...
ah! di mana bisa kutemu manusia seperti kamu lagi?
yang bisa memahami (memujuk) hatiku yang sedang semu ini...

uhuu. mut sedang bermonolog sendirian. inilah agaknya dialog yang bakal berlaku kalau sekarang ini kami berempat masih menetap di rumah qalam, volgograd.

SOLAH,
sebagai anak pertama,
solah kena kuat tahu. kena selalu jadi yang paling kuat.
kena teman ibu. kalau ibu ke mana-mana drive seorang diri, solah kena pastikan solah tak tidur.
malah terus ligat berzikir di sebelah ibu tau... :)

SUHAIB pula,
walaupun abang ngah,
suhaib pun kena jadi macam abang solah juga
ibu nak anak-anak ibu semua kuat-kuat belaka!
gagah jasmani, cerdas aqli.
biar tumpas segala taghut di bumi
suhaib pun kena selalu nasihat ibu supaya jadi kuat macam khadijah
jangan lembik, ibu
ibu kena tabah!
ibu mesti lawan syaitan dan al hawa!
malah, kalau ada apa-apa, suhaib kena pesan pada ibu macam bayi dalam cerita Ghulamul Dakwah tu: "Terjunlah ibu. Allah bersamamu"

Aisyah dan Khadijah,
puteri-puteri ibu yang istimewa,
anugerah ilahi kepada diri ibu yang serba kekurangan
kuiringi kehadiranmu dengan kesyukuran berganda
kita mesti tabah ye, nak.
wanita itu GAGAH, tapi bukan pada jasmaninya
biar kita KAYA ruhiyyah.


maka, sebab tu semalam, ibu kuat.
ibu takut hantu. takut mat rempit. takut orang snatch handbag etc...
takut sangat.
jalan gelap takde lampu! (sampai hati kerajaan tak letak lampu jalan)
takut...

tapi anakanda-anakanda ibu ramai di sisi. berzikir bersama alunan alam.
masha allah.

ya allah tsabatkan diri ini.
walaupun tanpa QSvolgo
tanpa adik-adik mutarobbi yang mengasihi diri
tiada siapa-siapa di sisi

tapi ALLAH kan ada!

::Catatan post-ziarah IPG Besut::





Wednesday, September 1, 2010

cerita ceritut malam pertama



bismillah hirrahma nirrahim

Ramadan sedang berada di ambang penghujung... maka menangislah sahabat salafussoleh... dan kedengaran suara tangisan, esakan, sendu rayu di hening pagi bagai dengungan tebuan. Itulah sebuah gambaran kasar kondisi generasi terbaik pernah wujud di alam ini... masha allah!
Dan orang-orang terdahulu lagi pertama memeluk islam (sodiqul al awwalun) antara muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada allah. sllsh menyediakan syurga-syurga bagi mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Surah at taubah,9:100

Harapanku moga anakanda kesayangan, solahuddin dan suhaib pun akan turut serta bersama mereka (^^,)

Lama dah tak menulis nih... keras pulak tangan hamba :)

Tajuk kat atas dah tulis, hehe cliche sungguh Mut!

CERITA 1

Berdua-duaanlah sepasang suami isteri yang baru dinikahkan di dalam satu bilik.
Sang isteri memandang sang suami, begitu juga sebaliknya.
Terlalu banyak perkara mahu dikongsi dan diluahkan. Bagai tak cukup mulut (oghe kelate kata)
Tapi lidah kelu tak terkata apa (berdebar kot)

Tiba-tiba sang suami membuka bicara
"Sayang, terima kasih kerana sudi disunting untuk menjadi permaisuri hidup abang"
"Penghargaan terbesar untuk abang juga kerana menerima diri ini yang serba dhoif seadanya"

"Sayang, abang nak beritahu sayang sesuatu"
"Cakaplah abang, insha allah sayang patuh"

"Sayang jangan kecil hati ya?"
"Insha allah abang. Kalau itu yang Allah suruh..."

Wajah sang isteri sudah mula dirundung sayu. Bimbang benar dia dengan kata-kata yang bakal ditutur oleh sang suami terCINTA (meski baru pertama kali bertemu bersua muka 'sehampir' itu)
Tapi bibit kata yang keluar dari bibirnya sengaja diatur supaya kelihatan tenang, meniru kata-kata Siti Hajar kepada Nabi Ibrahim ketika ditinggal sepi di sebuah padang pasir tandus.

"Sayang, sebenarnya....abang...."
''Cakaplah abang, sayang redha...."

Debaran makin terasa. Sang isteri cuba menenangkan diri sendiri. Dan sesungguhnya beliau tenang. Setenang air di kali. Itulah sebuah didikan dari madrasah tarbiyyah rasulullah saw.

"Sayang bukan isteri pertama abang."

Kelu. Suasana bilik bagai dilanda sang garuda gergasi.

"Siapakah dia abang?" lambat-lambat sang isteri bertanya. Melerai stress.

''Dakwah dan jihad fisabilillah, sayang"

CERITA 2

''Mak Lang, kenapa Mak Lang dan Pak Lang tak pernah bergaduh?"
"Uishh...kenapa kamu tanya Mak Lang macam tu. Mak Lang orang kampung je... Tak macam kamu!"
"Tak Mak Lang, saya serius ni"
"Kamu ni Mut! (haha apesal ada watak saya di sini?!!) Sudahlah belajar tinggi jadi Doktor. Mak Lang ni apalah sangat..."
"Cepat Mak Lang, saya dah nak kena jaga gerai ni. Karang orang datang nak beli air ramai-ramai dah tak sempat borak dengan Mak Lang"
"Mak Lang segan nak cakap... tapi Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa. Bukan apa yang Mak Lang rasa. DALAM DIRI MAK LANG, MAK LANG TAKDE. YANG ADA CUMA PAK LANG"

alahai. Terkedu si Mut ni...

"Biar betul Mak Lang! Ni saya laaaagi excited nak tahu ni" haha
"Mut, kamu ni... agak-agak la. Tu orang datang nak air kelapa 3 supik (baca:bungkus)
pi layan nuh!"

"Ok Mak Lang, sambung cite. Apa yang paaaaaling Mak Lang rindu bila Pak Lang sudah tiada?"

Tersipu-sipu Mak Lang. Kot ye pun Mut, jangan lah tanya soalan mahal camni kat tepi gerai air nih!!!

"Sembang-sembang Pak Lang kamu..."
"uiks.tu je???"
"Itulah penawar hati Mak Lang. Sambil sembang-sembang, dia MEMUJUK, MEMBERI ILMU, SAMPAIKAN PANDUAN. Pandai dia bercerita. Tapi ada makna. KADANG-KADANG PENUH GURAUAN, DIA TAHU (baca:faham) Mak Lang tengah sedih..."

CERITA 3

nih saya sambung nanti ya! nak kena gi tolong ayah jual airtebu+airnyiur pula. (^^,)


p/s: CERITA 1 diubahsuai dari kisah Mustafa Mashur (mursyid am ikhwanul muslimun ke-3 dengan isterinya
p/ss: CERITA 2 diubahsuai dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi: Kisah cinta orang dulu-dulu