Pages

Sunday, July 19, 2009

azimah kembali :p

assalamualaikum wbt sume... apa khabar ye? sudah hampir 2 minggu saya menyepi. menyepi yang sesunguh-sungguhnya, kan? saya minta maaf banyak-banyak to all. tak kiralah yang datang bertandang ke blog, mahupun penghantar emel dan sms... sesungguhnya it just me with a very thick feeling of home sickness :p tak baik kan?!

saya tiba di malaysia 4julai yang lalu. berikut jadual saya dan kakngah sepanjang cuti.. kami berdua mesti merancang sebaik-baiknya kerana salah langkah, bermakna semua program tidak berasap! my mum is not like others. she prefers us to be at home for the whole 4-months/ 2-months. emm... and it wasn't like me at all. hehe. kaki bertahi lalat!

5 Julai : Tiba di Besut tercinta

8-12 Julai : Daurah Kak Ngah di TTS, Serdang

13-25 Julai : Praktikal Kak Long di Putrajaya Hospital

20-30 Julai : Kibar Kak Ngah di Kota Bharu, Kelantan

31-3 Ogos : KONSIS Kak Long di Kota Bharu

4-8 Ogos : Daurah Kak Long di Serdang

erm, rasanya tidak ada apa-apa pelik pun dengan jadual aktiviti kami dua beradik nih... nak compare dengan ustaz-ustaz yang mengyenggarakan semua tuh, mereka adalah orang yang sama! maksudnya, masa kakngah/kaklong yang berprogram, merekalah yang sentiasa menemani. maknanya apa?

1. Mereka tiada keluarga untuk difikirkan?

2. Isteri mereka tak suruh mereka balikkah?!

3. Anak-anak siapa siapkan, hantar p sekolah?

4. Tiada kenduri-kendara sesiapakah untuk dihadiri???!

haa, jawab Azimah jangan tak jawab. Suka saya cakap benda ni... jangan ingat orang yang terlibat dalam dakwah ialah orang yang lapang waktunya dan koceknya penuh duit. orang dakwah bukanlah orang yang paling kaya. orang dakwah bukan orang tiada masalah. tak pernah kot mereka ni lapang :p (in fact) kalau kita rasa sentiasa menghadapi dilemma antara private matters and dakwah- that's it! Apa, ingat mereka takde?

-saya sekadar mengingatkan diri sendiri... sungguh!

saya senyapkan diri saya seminggu lamanya di rumah sebelum ke Putrajaya. Berharap moga ma ok dengan pergerakan seterusnya anak dara dia nih. haha. sorry to everybody. saya dah tengok listname orang Pantai Timur. wow! ramainya... saya juga dah baca laporan dari Mas'ul Pantai Timur yang berkaliber tuh... hehe. saya juga dah terjoin rehlah akhowat bahagian selangor. terima kasih ikhwah akhowat semua... korang sume nih memang pembakar semangat guwe :)


((TENTANG XINJIANG- KORANG BUKAN SAUDARAKU?))

Berbalik kepada cerita Olimpik Beijing. Selain sanjungan, kejian juga agak tinggi kerana isu Tibet dan demokrasi. Bukan orang Lhasa saja bangun, bukan orang Istana Potala saja bangun, bukan rakyat Tibet saja, bukan juga penganut agama Buddha saja ataupun para pendokong Dalai Lama, bahkan di banyak tempat di serata dunia daripada pelbagai agama dan bangsa. Masing-masing menzahirkan ketidaksetujuan mereka dengan cara masing-masing. Kita boleh lihat sendiri bagaimana larian obor cuba dirosakkan di beberapa tempat. Penganut agama Islam pun ada yang melibatkan diri dalam demonstrasi.

Persoalannya, siapa ada ambil sedikit peduli terhadap umat Islam di Turkistan Timur (Xinjiang)? Umat Islam sendiri tidak bangun, apakah kita mengharapkan ada umat selain Islam akan bangun? Sedap saja hati kita menanti saat untuk meraikan Olimpik Beijing tanpa ada sedikti pun perasaan ukhuwah dengan umat Islam di Xinjiang.

Pada tahun 1949, lebih 95% penduduk Turkistan Timur beragama Islam. Menjelang tahun 1983, jumlah mereka merosot teruk hingga menjadi tidak sampai 55%. Bukan Islam keturunan Hans meningkat daripada 5% kepada 45%. Ke mana menghilangnya penduduk asal keturunan Uighur, Kazakh, Turki dan Dugans?

Republik Rakyat China di bawah pimpinan Mao Tse Tung mencabul bumi Islam ini lalu mengubah namanya kepada Xinjiang. Penukaran nama ini cukup berkesan untuk menghilangkan identiti Islam wilayah ini hinggakan majoriti umat Islam tidak tahu pun kewujudan Turkistan Timur.

Bangsa Hans yang bukan Muslim dibawa masuk beramai-ramai oleh pemerintah. Jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran diberikan kepada bangsa Hans yang sebati dengan ideologi komunis. Para pemimpin agama dan politik Turkistan Timur ditangkap, dibunuh, dimasukkan ke kem-kem buruh paksa ataupun hilang begitu sahaja. Tanah-tanah penduduk dirampas dan pasar-pasar ditutup untuk menjahanamkan ekonomi penduduk Muslim.

Usaha-usaha untuk melenyapkan Islam di Turkistan Timur berjalan dengan sistematik hinggakan umat Islam sedunia tidak menyedarinya. Kemuncak kekejaman China boleh dilihat pada masa Revolusi Kebudayaan dalam tahun-tahun 1966-67. Ketika itu masjid-masjid ditutup. Sebahagiannya diambil alih dan dijadikan pejabat, asrama ataupun pusat-pusat penyembelihan (pemotongan) haiwan. Kitab Al-Quran dan buku-buku agama dibakar. Pendidikan agama tidak dibenarkan. Huruf rasmi Turkistan Timur iaitu huruf Arab digantikan dengan huruf Cyriclic dan Latin.

Dianggarkan lebih 360,000 orang Islam dibunuh, 100,000 dihalau ke Turkistan Barat dan 500,000 lagi dijadikan hamba abdi di kem-kem buruh paksa. Semua maklumat ini diperolehi daripada buku ‘Gerakan Jihad Fisabilillah & Cabarannya’ oleh Abdul Qadir Djaelani terbitan Pustaka Dini tahun 2001.

Wilayah ini juga sudah puluhan kali menjadi tapak percubaan senjata nuklear yang dijalankan oleh pemerintah China. Sisa-sisa ujian tentunya dibiarkan merebak ke kawasan-kawasan pedalaman yang dihuni oleh penduduk beragama Islam.

Dengan semua yang berlaku di atas, apa kurangnya Turkistan Timur berbanding Tibet? Sekurang-kurangnya berita Tibet disiarkan oleh televisyen Barat tetapi berita Xinjiang terus ditutup sebagaimana tertutupnya berita umat Islam yang dizalimi di Burma (Myanmar).

Ada juga orang Islam yang bernada pejuang tetapi perjuangannya terhad kepada isu-isu Palestin. Selain isu Palestin dan sedikit-sedikit Iraq dan Afghanistan, dia tidak tahu apa-apa. Baginya umat Islam hanya tertindas di Palestin. Saudara-maranya hanya di Palestin. Selesai isu Palestin, selesailah masalah umat Islam. Jenis ini pun ‘kacau’ juga tapi sekurang-kurangnya masih lebih baik daripada mereka yang menumpukan usaha untuk diri sendiri dan jemaahnya saja- dunia luar langsung tidak dianggap berkaitan dengan dirinya.

Mengapa majoriti umat Islam tidak kisahkan Turkistan Timur? Mungkin kerana bagi mereka:

XINJIANG,

KAMU BUKAN SAUDARA KAMI

TURKISTAN TIMUR,

KAMU WUJUD ATAUPUN TIDAK DALAM PETA DUNIA...

TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN AKU

UIGHUR,

TANPA AMBIL PEDULI TENTANG KALIAN PUN...

AKU BOLEH MASUK SYURGA

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/

1 comments:

Anonymous said...

Salam singgah dari blogresipi. :)