Pages

Saturday, June 27, 2009

hari bermakna (^_^)v

Alhamdulillah...
seronoknya, baru habiskan 4th exam...
meskipun tergagap-gagap 'cuba' menjawab soalan-soalan tambahan cikgu yang bertubi-tubi :p

My question ticket::
1.Acute pancreatitits
2.Acute paraproctitis
3.Incisional hernia

Em, teramat mudah,kan?
hehe. ya, mudah untuk seorang surgeon yang hari-hari 'mengotorkan' jari dan labcoat mereka dengan kes-kes biasa ini. tapi tentunya tidak untuk seorang pelajar medik seperti saya. masakan tidak, Appendectomy pun tak pernah buat! (T_T)

alhamdulillah atas segalanya Ilahi... ok, tutup cerita exam saya yang best. (pasni cite)


saya gembira sangat semalam... Allah buka banyak pintu-pintunya yang saya rasakan tertutup selama ini.
saya amat terharu semalam... kerana Allah telah membuktikan sesuatu itu tidak mustahil dalam takdirNya.

Saya ditakdirkan berziarah ke sebuah teratak yang amat saya rasa jauh untuk gapai... meski untuk setitis ukhuwwah... Bukan kerana jauh jaraknya, tidak! tapi kerana gagalnya diri ini me'manaskan' ukhuwwah yang telah sedia ada.

Meski hanya berjaya menonton beberapa siri Upin dan Upin yang menjadi kegemarannya, saya bersyukur... malah, beliau mengajak saya datang berziarah lagi... suka sangat!

Kemudian, Allah lapangkan waktu saya untuk menghadiri Majlis Graduasi 2009. Alhamdulillah, ada kakak kesayangan saya grad semalam... menitis airmata saya sepanjang majlis berlangsung... entah mengapa, perasaan bercamput baur... tahun depan, saya pun akan keluar menerima ijazah begitu juga. senior-senior yang sangat saya sayang dan banyak membimbing akan tinggalkan kami... dan kata-kata perangsang daripada Rektor kami, Mr.Spasov dan Professor Babaeva buat hati saya makin berkobar-kobar semangat juang... Insha allah.

Inilah dia orang yang bercakap tentang Medik dengan basah, mereka mengenali Medik lebih dari anak-anak sendiri. hehe. pandai jek saya. exaggerate lak. tapi itulah yang saya belajar dari orang Russia. Mereka tak serik belajar, mereka belajar tidak jemu, sehingga umur 80 tahun, masih berusaha menjadi ketua jabatan sebuah department hospital!

saya akan cuba semarakkan bara ini sehingga ke ruang lingkup dakwah. insha allah, jangan berhenti sayangku... jangan serik, jangan malu-malu kucing... banyakkan berdoa untuk terus meniti... kerana sesungguhnya orang seperti saya perlu banyak belajar... belajar dari kesilapan dan pengalaman... jazakillah ukhti...

Halaqah baru
June 5, 2009 by muharrikdaie


Sempat bertemu adik adik UIA yang baru masuk matrik minggu ni. Seolah olah aku kembali ke kampus kerana diamanahkan untuk membimbing mereka. Bertaaruf dgn mereka membangkitkan nostalgia lalu. Melihat wajah wajah muda yang bersih yang berusia 18 tahun itu. Aku bangga. Usia semuda ini telah dikenalkan dengan jamaah dan tarbiyah. Tidak seperti aku dulu. Semangat aku berkobar untuk membimbing mereka. Cuma dalam hati aku berdoa, agar dapat menjadikan mereka murabbi yang dapat meneruskan kesenambungan perjuangan ini kerana kita amat ketandusan pembimbing didalam harakah ini.
Penat. Itulah iman. Nak cium syurga tiada pilihan. Dua perkara harus aku pegang. Jiddiyah dan Iltizam. Dengan dua inilah aku pegang sekalipun dalam kelemahan. Masa ku semakin sempit. Pemikiran kena sentiasa diupgrade. Kalau tidak usrah akan jadi rutin dan tiada ruh. Memang terkadang aku rasa stress. Kerana untuk melevelkan fikrah aku dan nak deliver fikrah dengan berbagai genre usrah bukan satu yang mudah.
Untuk Usrah akhawat, pekerja kilang ….. aku memang tak boleh sampaikan bahan dalam bentuk intelektual. Bahasa juga kena jaga. Kena bahasa selevel mereka. Kalau tidak pasti mereka tak faham. Mereka ini cepat merajuk. inferior dll. Yang terkadang aku pun terbawa bawa sifat itu diluar usrah.
Bila bawa usrah Ummi pula. Terpaksa melayan kerenah dan masaalah rumahtangga. Cara penyampaian bahan juga kena sesuai dengan kesibukan mereka. Mereka lebih banyak bertanya dari mendengar. Banyak mencurah perasaan dan problematika rumahtangga.
Usrah Ikhwah pulak kena adjust lagi dan kini Adik adik yang masih muda. memang aku tidak ada pengalaman dengan mereka. Inilah pertama kali.
Aku akan guna apa saja. Segala uslub dan pengalaman harus digarap. Disamping doa yang harus dialirkan. memang aku banyak gagal dari berjaya sebagai pembimbing. Keluar masuk anggota dalam usrah perkara biasa.
Generasi yang lahir mutakkhir ini banyak perempuan dari lelaki dan umat sekarang amat memerlukan murabbiyah untuk mengisi kekosongan itu. Memang kita amat ketandusan akhawat yang berkaliber untuk mengemban tugas itu tapi sayangnya ramai yang tidak memberi keseriusan terhadap perkara ini dan terpaksa dipkul oleh ikhwah juga sedangkan permasaalah akhawat banyak yang tidak dapat diselesaikan oleh kaum adam.
Aku tak tahu sampai bila perkara ini berlarutan. Akhawat yang hebat hebat masa student sebagai kepimpinan yang amat diharapkan pasti berhenti selepas ijab dan qabul. Inilah realiti. Bagilah apa pun alasan. Masuliyah tidak boleh kita kesampingkan. Masadepan generasi akhawat terletak atas kesungguhan kita hari ini. Kitalah penentu. Pintu amal untuk akhawat sebenarnya telah dibuka seluas luasnya oleh Allah pada semua para akhawat supaya memasukinya dengan penuh iltizam.
Jangan kita syok dengan tarbiyah tapi meninggalkan dakwah. tarbiyah itu bukan hanya untuk kita tapi untuk kita kongsikan dengan ummat yang menanti. Kita hidup bukan untuk kita tapi adalah untuk orang lain. tarbiyah dan dakwah ibarat irama dan lagu. Tanpa salah satunya sumbanglah perjalanan.
Kesedaran inilah yang perlu ada.
Hanya sekadar ini perkongsian.

Monday, June 22, 2009

si dia yang ku'puja' :p

assalamualaikum wbt sumeeeeee!
alhamdulillah. saya baru je habiskan my 3rd paper- Traumatology.

agak mencabar bagi saya. huhu. cycle kami untuk subjek ini tempoh hari cuma 2 minggu dan untuk exam kali ni, kami dikehendaki memasterkan diri dengan segala principles of traumatology and orthopaedics which should be studied engrossly in 6 years (itu kesimpulan daripada lecturer kami yang juga pelik dengan sukatan syllabus dan penyenggaraan exam kami)

apapun, Allah telah mudahkan segalanya.

Di atas tiket soalan saya tertulis:

1.Principles of management of closed fracture
2.Vascular abnormalities and damage of apophyses
3.Clinical case : I diagnosed it as Fracture of upper third of right humerus
4.CPR

and at the end, the lecturer (examiner) asked me if I'd wanted to be an orthopaedic surgeon.
haha

Ok, banyak tau saya dapat belajar sepanjang musim exam kali ni...takpelah, kalau saya ada masa, i'll share it anyway.

hari ni, saya agak kepenatan... cuaca memang panas. huh. alhamdulillah sempat ziarah adik-adik DF saya. dan petang ini, saya berkesempatan lagi membaca tentang tokoh kegemaran saya : Mr Solahuddin Al Ayyubi... :) nak bagi nama anak sulung saya Solahuddin, hehe

tersentuh saya dengan kewarakannya,
terkesima saya dengan kezuhudannya,
terpana saya dengan dermawannya dia!
alangkah indah hidup bertuhan dan berperang di jalanNya.

itulah solahuddin, pejuang kita.
malam harinya bersama Al-Khaliq,
berpagi dengan kuda perangnya,
petang pulang dengan debu penuh di dada, Masha allah!

(sajak spontan untuk si dia yang saya minat)


have a read ya.
untuk teman-teman serumah, sorry kalau asyik dengar saya bercerita tentang dia je ye... hehe :P



Salahuddin Ayyubi - Seperti namanya..dialah pembaik deen ini

islamic crown(Petikan dari Abul Hassan ali Nadawi, Saviors of Islamic Spirit)

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Kadi Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin

Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Kadi Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihadnya

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Kadi Bahauddin, 1234)

Peperangan Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi”.

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu”. Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Kadi Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara’

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan.
Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”

Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan
“Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku.
Kini aku mohon pertolongan-Mu.
Aku menyerahkan diriku kepada-Mu.
Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi”

Perangai Salahuddin

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”.

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda”.

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai”.

Salahuddin sebagai ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an

Rujukan:

  • Kadi Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
  • Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

Saturday, June 13, 2009

Aku suka MILO, huhu

emm, alhamdulillah, saya baru selesai menduduki paper pertama exam saya untuk semester 8 di bumi bertuah, Volgograd. everything flowed smoothly except my tongue (^_^)v well, sesungguhnya masih berbelit-belit lidah saya bila mahu cuba bercakap dalam bahasa Rusia nih... :p

kali ni, macam biasa, kami tetap meneruskan perbincangan/study group dalam mengatasi tekanan perasaan nak balek kampung dan WAJIB pass exam! hehe, alhamdulillah, of course it works! tapi, macam biasalah, kalau dah ramai-ramai bincang tuh, mesti keluar macam-macam topik 'lain' untuk dibicarakan :p

salah satu topiknya "Produk-produk di pasaran yang menaja Kerajaan haram Israel". Thanks to my housemate, Izyan Kamid. hehe. Garnier (lotion muka yang wangi) pun produk Israel!!!!!!!!!!!!!!!!

(ni saya terbaca di blog Detikdaily) - sebijik kena atas batang hidung! huh. Kakngah, kita kena cakap kat ma jangan beli dah milo neyh... huhu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israel

Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia.



Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.

Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambilscreenshot semasa ianya masih ada.

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atauklik untuk gambar)baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

dato-shahrir-minum-milo

Dato Shahrir sedang menikmati
darah umat Palestin Milo dihadapan Sullivan.

Sumber rujukan : InMinds >> Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nestle
Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Saturday, June 6, 2009

seerah nabi kita (^_^)


ni kedudukan syria (dulu kita kenali sebagai Syam, tempat Nabi kita p berdagang :)


gambar2 peta ni khas untuk Hikari yang 'sangat suka' tengok peta, haha. i'm feeding u sis!



bismillah hirrahmanirrahim...

"Sesungguhnya Aku lebih mengetahui di mana Aku menempatkan tugas kerasulan (Muhammad)" Surah Al-an'am:124

macam-macam dalam kepala, seperti biasalah saya, kalau dapat komputer dan berpeluang menulis (bila tuan punya komputer pulak 'kong'-tidur, hehe jazakillah Hikari coz terlelap dengan laptop terbukak!yes~~)

erm, sebenarnya prioriti saya pada saat ini ialah menulis emel kepada murobbiah yang disayangi, Kak Aisyah yang jauh di United Kingdom sana...ish ish. SORRY sis, dah lama akak minta, tapi saya tak tulis2 lagi kan?! ##waaa##

em, semangat betul nak tulis kali nie... dan Akak, sebenarnya, ini salah satu point dalam emel yang bakal saya tulis nanti juga! hehe

Sesungguhnya, saya sangat minat sejarah. Saya sangat suka baca buku tentang biografi tokoh, suka belajar tentang organisasi yang berpengaruh, sahabat-sahabat Rasulullah dan kisah-kisah teladan. Kenapa ye minat sejarah? Sebab sejarah mudah difahami, dan banyak moral. Dan penyampaiannya dalam bentuk cerita! yeah- sebab saya pun jenis "banyak bercerita" hehe. Kan miss aizadiha?

em, baru je 'songlap' buku berkulit hijau milik Mawaddah (umm_wafa). Insha allah, by this evening saya habiskan! Baru baca till 27ms. Saya pernah dapat pengisian tentang buku ini (i guess) without she (my old naqibah, Kak Nurul) telling me. yeah, now i better understand that! jazakillah sis for the sharing~~

ok, ni buku tentang Seerah. Hehe, sejarah lagi! hehe. But i guess, it's much more different dengan buku-buku seerah yang saya pernah baca before. Buku ini adalah hasil terjemahan daripada ucapan Imam Hassan Al-Banna. Terasa-rasa seperti IHAB sedang bercakap/bersyarah di depan saya dengan pandangan matanya yang redup tuh! waa, nikmat sekali membaca tulisannya. :):):)

saya simpulkan beberapa points penting di bawah ini (seperti yang Kak Nurul pernah ceritakan kepada saya) insha allah, in case korang semua terbaca buku ni pulak, u'll get the full points of view then.

1.Allah menegaskan di dalam Al Quran, dalam surah Al-an'am:124 "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui di mana Aku menempatkan tugas kerasulan" kerana Rasulullah itu ialah teladan TERBAIK untuk umat manusia! Tiada takwil untuk itu, subhanallah. Maka, amat mustahil untuk kita semua menjadi pengikut agama ini (pengikut Nabi Muhammad saw) without knowing/learning his seerah, isn't it? Maka, wajibkanlah diri anda banyak belajar seerah,ok? (^_^)

2.Saad bin Abi Waqas berkata, "Kami mengajarkan seerah (tentang perang fisabilillah baginda) kepada anak-anak kami sepertimana kami mengajarkan anak-anak kami dengan Al Quran... wah, can't you see that colleagues?! Masha Allah, subjek seerah menjadi ajaran terpenting sahabat2 kepada anak-anak mereka. Malahan di'samapenting'kan dengan pengajian Al Quran. Ah, kita sudah lupa ini, kan?

3.Nabi Muhammad sesungguhnya telah disediakan Allah dengan pelbagai persiapan ke arah menjadi Rasul untuk seluruh umat manusia. Kita semua tahu bukan, yang baginda kematian ayah ketika masih dalam kandungan, kematian emek ketika berumur 6 tahun, kematian datuk ketika berumur 8 tahun... dan semenjak itu, baginda hanya mendapat kasih sayang daripada uncle, Abu Talib yang mana mempunyai ramai anak dan miskin... Subhanallah, sedih kan?

The fact here is, Nabi Muhammad sesungguhnya dipelihara dengan didikan dan kasih sayang daripada Allah yang Maha Agung, bukan limpahan kasih sang manusia!

4.Nabi Muhammad saw sepanjang hidupnya sebelum dilantik menjadi Nabi pada usia 40 tahun, baginda tidak pernah melakukan zina,mencuri/merompak, berfoya-foya seperti anak muda Mekah pada ketika itu. Allah telah menjaga baginda sejak kecil dan baginda terhindar daripada segala macam tarikan jahiliyyah pada ketika itu. Malahan, baginda tidak pernah mengotorkan wajah dengan menyembah Berhala yang berpuluh-puluh di sisi Kaabah!!!

5.Nabi Muhammad saw dilahirkan di Mekah, oasis, sebuah lembah hijau di Semenanjung Arabia. Pernah tengok betapa luasnya padang pasir tuh? Pernah merasai teriknya matahari di sana? emm, jangan lupa tonton cerita The Message dan cerita Lawrence The Arabia kat youtube. Dalam filem tu, dipaparkan kesusahan orang Arab merentas padang pasir dengan unta mereka yang gagah! Demi untuk setitik air dan segenggam gandum...

My point here is, keistimewaan climate di bumi Arab pada ketika itu menjadikan mereka (Arab people) so tough, macho dan sasa physically dan tinggi daya tahan emotionally. em, hebat bukan? Mereka bukan calang-calang manusia seperti yang digambarkan oleh orientalis sejarah Barat, "Arab people is just more like domestic animals/ binatang ternak"

(amboi amboi, suka suki jek! Yang sebenarnya, mereka nak menggambarkan Islam itu datang dari tempat yang comot dan tidak layak untuk dianuti, get it?) jahat, kan. huu

6.Mekah pada ketika itu ada Kaabah. Meskipun nabi Muhammad belum jadi Nabi, tapi semua orang Mekah dan Arab Peninsula sudah pun menyembah dan mengerjakan haji di sekitar Kaabah. Bukan apa, itu sudah menjadi tradisi mereka sejak Nabi Ibrahim dan Ismail dahulu lagi. Ini menjadikan mereka telah ada exposure kepada teori monotheism (Ketauhidan Tuhan bernama Allah) meskipun mereka kelabu dengan kehadiran berhala 'mega' Al Latta wal Uzza.

7. Lokasi Mekah or Arab Peninsula ialah di antara tamadun Rom dan Parsi yang hebat. Rom 'teguh' dengan paderi-paderi Kristiannya yang menyesatkan manusia bahawa Jesus/Isa itu Tuhan. Parsi pula sibuk sekali mencanangkan Api ialah tuhan kita. Alahai... tapi sejarah memberitahu kita bahawa mereka pada ketika itu mempunyai kemajuan teknologi yang canggih.
em, jangan tak ingat Colosseum dan Public Bath of Roman Empire yang kita belajar masa form 5 dulu... hehe. Maka ini menunjukkan bahawa Allah sengaja memilih Mekah kerana mereka suci dari ideologi pelik tentang ketuhanan. Allah memilih mereka sebagai punca Islam tersebar kerana mereka the Arab people ini masih Hanif :)



ni public bath tuh... cantik kan? :)

8. Orang Arab sangat kuat sikap fanatik kepada kaum (suku/bani/qabilah) mereka. Pernah dengar kan perkataan ASOBIYYAH? Begitulah mereka, asal ada apa sahaja hal berkaitan kaum, segala yang 'haram' dihalalkan dan vise versa. Segala tindakan mereka dijustifikasikan dengan neraca perkauman. Tapi, ada satu positivenya : Ini menjadikan mereka sangat protective kepada kaum mereka dan sedar atau tidak ia telah membentuk banyak sifat yang murni seperti Berani, Sabar, Sanggup berkorban dan Tahan terhadap ujian.

9.Nabi Muhammad pernah berdagang dari Mekah ke Syam. Sekarang dikenali sebagai Syria. Perjalanan ini sungguh jauh!!! Jangan tak ingat, Nabi tak pernah naik kapal terbang kecuali Bura' ketika Isra dan Mikraj. Maka, perjalanan jauh ke Syam itu sebenarnya telah meninggalkan kesan yang cukup hebat kepada baginda. Baginda banyak belajar untuk survival, mengenali dunia luar dan masyrakat antarabangsa dan selok belok perdagangan.

10.Nabi Muhammad pernah join perang Fujjar. Perang ini berlaku sebelum nabi diangkat menjadi pesuruh Allah. Meskipun berlawan di atas paksi kaum Quraisy, namun perang itu juga merupakan permulaan latihan terawal untuk ketahanan individu nabi ke arah hari muka yang penuh mehnah.

11.Nabi Muhammad saw pernah menghadiri Perjanjian Fudhul. Ini juga merupakan janji yang diasaskan oleh undang-undang Jahiliyyah Quraisy pada waktu itu. Namun, betapa perjanjian itu amat bermakna buat baginda, ia masih disebut-sebut dan dikenang hinggalah selepas baginda telah menerima wahyu daripada Allah...

Masya Allah, terlalu banyak mutiara berharga daripada lisan Imam Hasan Al Banna. Itulah serba sedikit pembentangan tentang background Nabi Muhammad saw yang menyediakan baginda ke arah menjadi Rasul seluruh alam...

eto ne prosto! eto vse uzhe ocen krasivo posilal Allah dlia ego!

(segala faktor ini sebenarnya telah sengaja Allah takdirkan untuk kita semua berfikir dan seterunya menguatkan aqidah islam yang kita anuti ini, ok?)



p/s: BANYAKKAN BERFIKIR DENGAN HATI (^_^)