Pages

Sunday, February 17, 2008

yaNg SaTU

Ya allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu.. hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka ya allah, eratkanlah akan ikatanNya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar. Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan limpahan, keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu
Jikalau engkau mentakdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik penolong dan cepat memperkenankan permintaan..ameen

Salam..
Aku tulis ini teristimewa untuk semua sahabatku yang dikasihi fillah..
Biar semua tahu sesungguhnya allah itu ada!
Segala takdir, persoalan tentang kita dan alam ini berada dalam genggamanNya.
Maha suci allah. Segala puji buatNya..

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya. Tidak ada sesuatu yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan laut. TIDAK ADA SEHELAI DAUN PUN YANG GUGUR yang tidak diketahuiNya. TIDAK ADA SEBUTIR BIJI PUN dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering yang tidak tertulis di kitab yang nyata..al-an’am:59

Dialah Tuhan yang mengetahui semua yang ghaib dan semua yang tampak. Maha Tinggi allah dari apa yang mereka persekutukan..al-mukminun:92

Andai kata suatu hari, anda hilang tempat bergantung
Andai kata suatu ketika orang yang paling anda hormati hilang takhtanya
Andai kata ada masa di mana manusia yang paling anda harapkan makan padi..
Percayalah pada ketika itu, hati anda akan hancur luluh..lukanya pedih dan dalam..bagai ditusuk-tusuk. Bagaikan tiada satu makhluk yang dapat memahaminya!

Dan ketika itu..sangat terasa kehadiran Supreme Master..yang mana naluri mahu bertuhan akan menyeludup jauh ke dalam segenap jiwa raga.. Ya allah, saat itu..hanya engkau dan engkau dan engkau yang bertakhta di hati..isk isk

Barangsiapa yang menyembah tuhan selain allah, padahal tidak ada satu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada tuhan. Sungguh! Orang kafir itu tidak akan beruntung..al mukminun:117

10 FEBRUARI 2008
Petang itu, diri ini telah ditakdirkan menelefon ibu yang jauh di sana. Sayup-sayup kedengaran suara tangisan ibu yang amat diri ini kasihi. Maha suci allah..suara itu buat gegendang telinga ini bergetar..suaranya yang serak-serak basah diselang-selikan dengan dengan esakan meruntun hati kecilku ini. Ah! Sungguh lama aku tidak bertanya khabar ibu. Maafkan diri ini ibu kerana kerap kali melupakanmu. Kerap benar mengabaikan hakmu ke atas diri ini..

Menurut hitunganku, ibu benar sedih amat sedih. Pemergian ayah tanpa khabar berita buat ibu bermuram durja beberapa ketika. Alhamdulillah, insya allah keadaan akan kembali normal. Aku yakin, ibu mampu melakukannya.

Aku letak gagang telefon. Cepat-cepat aku hempaskan muka ke bantal. Aku mahu menangis sepuas-puasnya. Tak mampu menahan hiba meski aku berlagak selamba saat berbual tadi. Ah! Hipokritnya anakmu ibu. Sungguh! Benar-benar! Aku tak sanggup mendengar tangisanmu lagi ibu. Doakan diri ini tabah menjalani hidup di perantauan..

Benar.. allah itu maha adil
Tidak pernah dia menzalimi hamba-hambaNya
Tidak akan dibinasakan hamba-hambaNya andai belum ada peringatan yang diturunkan..

Dan Kami tidak mengutuskan seorang nabi pun kepada sesuatu negeri, lalu penduduknya mendustakan nabi itu, melainkan Kami TIMPAKAN KESEMPITAN DAN PENDERITAAN kepada penduduknya agar mereka tunduk merendahkan diri..al a’raf:94

Ya! Aku sedar itu
Petang itu, aku sangat bahagia..dan frasa allah itu maha adil berlegar-legar di fikiranku.
Air mata mengalir laju.
Aku biarkan segalanya berlalu..pergilah..pergilah..

Petang itu, adik kesayanganku datang..
Memelukku erat..aku biarkan..terasa semangat baru memenuhi ruang rongga urat sarafku.
Baru aku sedar..diri ini tak pernah sendirian dalam perjuangan hidup ini.

Petang itu, kami makan bersama.
Berkongsi cerita dan kisah pengalaman hidup masing-masing.
Hadiah dari bumi UK-EIRE kuhulurkan padanya. Tak seberapa. Itu sahaja yang akak mampu, adik.
Dia memelukku lagi. Ya..sememangnya aku bahagia.
Kami beriringan pulang…
Kata adik- yang kita berikan(sedekahkan) itulah milik kita..
Aku tersenyum. Itu petikan sabda nabi Muhammad saw pada Aisyah yang merungut,kan?hehe. seronok berwacana ilmu di hadapan deretan kedai..

Teksi sampai. Aku melambai Amalina pulang. Elok-elok jalan ya! Senyumannya kusimpan kemas di hati. Itulah kebahagiaan asli seorang mukmin sejati..

Allah itu maha adil..
Aku tersenyum lagi..
Dan air mata laju mengalir bersama jatuhan salju sisa musim dingin 2008

3 comments:

AmiE said...

Salam..

lalu link macam2, singgah ke sini..
dan entah kenapa hati tersentuh juga..

*peluk gmex kuat2 smpi gmex tak ley nafas*

this is what i used to say to my little brother whenever he comes home crying:
it's ok to cry, it's a scary world outside,but u need no worries coz wherever u go ALLAH goes with u, whatever u felt ALLAH knows too..And He will guide u, to the right place, to the place where u should be, and He will hold you when there's no one around.Trust me.I love u and He loves u more than i do..

G-mex jgn sedey2 ye..

"Keindahan itu bukan milik pribadi, namun berusaha untuk rasa indah dan berseri barangkali diberkati ALLAH yang maha suci..

Anonymous said...

sahabatku...

(er,snarnye ade satu hadith best nk tulis..tp sy terlupe sket.nnt bile ingat dihe' tules.hehe)

semoga terus kuat.awk qaedah sulbah kami!
luv2

Anonymous said...

salam...
adus...
fasabrun jamil gmex..