Pages

Monday, March 29, 2010

HADITH 19

Peliharalah allah dan dia pasti akan memeliharamu… HR at tirmizi

Teristimewa buat seorang adik yang sungguh-sungguh datang menjenguk ke blog saya dan keras-keras menggesa saya cepat-cepat update


Haih! Adikku sayang.


Ini kutujukan khas buatmu, buat diri akak sendiri juga.

Banyak benar kekurangan kita bukan?


Bila disebut dalam hadith di atas supaya memelihara allah, maknanya dalam sekali sih!


1.Pelihara segala undang-undang Dia


2.Jauhi larangan

-bukan sekadar jangan buat, malah menjauhkan diri. Even jangan buka ruang ke arah itu pun! Sukar bukan? Sukar sangat, especially untuk kita yang baru nak mula nie…

-contoh mudah : couple. Emm, macam susah kan nak couple after 2 minggu kenal kat kelas… tapi kalau setiap hari sms dan bertukar rasa dan cerita, oh! You know what gona happen after 1 month…


3.Buat apa yang wajib

-mudah kalau sudah menjadi akhlak. Tapi… selepas mendengar sharing seorang akhowat yang seumur hidupnya tidak pernah diajar solat, baru kutahu… beruntungnya diri telah ‘didera’ ibu agar solat 5 waktu sehari semalam.

-Menutup aurat. Hah! Ini satu lagi. Dulu, saya mengamuk bila ma jahitkan tudung sekolah. Bukan apa, alamatnya wajiblah pakai kalau sudah berjahit :P


4.Banyakkan apa yang sunat

5.Buat benteng supaya terhindar daripada perkara haram



Pemeliharaan allah itu berkadar terus dengan taatnya kita kepada Dia.

Bagi manusia ada malaikat malaikat yang menjaganya secara bergiliran di hadapan dan belakangnya, yang mengawas dan menjaganya daripada bahaya dengan perintah Allah Ar ra’d, 13:11

‘dengan perintah Allah’ = kalau Allah tak sayang, maka malaikat takkan jaga kita!



Dikatakan kepada mereka, “Inilah yang dijanjikan kepada kamu” kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali kepada allah dengan mengerjakan ibadat dan sangat memelihara dengan sebaik-baiknya segala hokum dan perintah allah, takut melanggar perintahNya, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab allah, dan dia datang kepada allah dengan hati yang tunduk dan taat.


Dia dipersilakan oleh malaikat, “Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera. Hari ini bermulalah kehidupan yang kekal” Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami masih ada lagi tambahan yang tidak pernah terlintas di hatimu! Al qaf, 50: 32-35



Saturday, March 27, 2010

TAKE 5'


Bismillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Semalam dan today ada usrah dan daurah di rumah

Emm, betul sangat sangat. Nampaknya, baru kini kufaham makna sebenar sebuah ungkapan ribuan tahun dahulu. Ungkapan yang kukira dipantulkan dari hati yang bersih, lisan yang lembut dan niat yang ikhlas - sehingga merentas zaman dan akhirnya mengetuk cochlea dan cecair telingaku.


“Ijlis bina nu’min sa’ah” –Abu Bakar, Umar, Ibn Rawahah


Sahabat-sahabat dulu suka mengulang-ngulang ayat ini.

Mereka mahu agar semua orang take 5 five, do a thought and come out fresh. :)

Mereka mahu kita mentajdidkan iman…

Kukira ayat tersebut pendek dan sendat maknanya.

“Duduklah bersama kami, dan beriman sejenak”

Pendek kata, mereka cuba mewujudkan circle/halaqah supaya memberi ruang kepada manusia-manusia semasa itu untuk dita’allim, ditazkiyah dan etc.

Diputar kembali, pada masa itu, padahal mereka hidup ketika nabi masih di sisi. Jahiliyyahnya kukira belum bermutasi seperti sekarang! Haha.

Emm, kukira kita seWAJIBnya lebih lebih dari itu ikhwah akhowat.


Sekarang, kita memerlukan islam lebih daripada mereka.

Kita memerlukan majlis ilmu lebih daripada mereka.

Malah, kita lebih perlu ‘perisai’ lebih ampuh daripada itu.


“BerJAMAAH”


Jangan duduk sorang-sorang. Jangan syok sendiri. Jangan berusaha menaikkan islam sorang-sorang. Kerana ‘aku’ gerenti, kau pasti jatuh tersungkur menyembah thogut kembali…

Friday, March 12, 2010

sudo-KU

bismillah hirrahmanirrahim


cycle: Surgery
venue: Surgical Department, 9th etazh, Bolnichni Kompleks
duration: 2 weeks
lecturer: Alexandrov Bacilli Vladimirovich (28 tahun kot)


saya baru usai solat zohor, baru sampai di rumah.
kelas tadi walau kejap, terasa lamaaaaaaaa sangat.
tak tahu kenapa.
cikgu 'baik' sangat kot, hehe

seawal 900am, kami berkumpul di konferens zal bersama *xirurgi lain.
seronok dengar mereka arguing each other,

*Kak luchshee esli vse govoriat po angliskii! (ia po sebe govoriu)

saya duduk di sebelah Ukhti N, pemain sudoku terkenal di volgograd. hehe

"wah, terernya main!"


"a'a, bes"


"macam mana nak decide nak letak nombor mana kat mana?" -tanya saya innocently (^_^)


"yang penting, good observation dan analytical thinking!"





saya yang anti klimaks
"tapi... rasa-rasanya orang yang paling pandai
is orang yang reka game ni"

ukhti N

"oh! tak juga. dierang ada mesin (komputer untuk siapkan petak
with numbers ni)

kesimpulan :

"nampaknya,
orang yang reka orang yang reka game nie la yang paaaaaaaaaaling pandai kan?"

Apakah penciptaan kamu yang lebih hebat/susah atau langit yang telah dibangunkan-Nya??? -surah annaziat, 79:27


*xirurgi = surgeons
*if only they all speak english (i mumbled to myself)

Tuesday, March 9, 2010



HAILSTORM


Bismillah hirrahmanirrahim

Baru usai solat subuh berjemaah plus baca al mathurat.

Haha, sampai tersengguk-sengguk gitu. Almaklumlah, subuh pukul 440am sekarang!


Hujan emas di negeri orang,

Hujan batu di negeri sendiri,

Lebih baik negeri sendiri!

Itu aku copy paste frasa peribahasa melayu.


ACUAN BARAT

Pernah ke terfikir kenapa keluar peribahasa tersebut?

Rasa-rasa, agak-agak, bila peribahasa tersebut mula diketengahkan dalam masyarakat kita?


Haha, aku tahu peribahasa ni masa sekolah rendah di Kampung Padang Luas dulu.

Tepatnya, cikgu BM aku yang ajar. Tapi 1st time jumpa is dalam Komik KAWAN, sebab ada slot ‘peribahasa pilihan bulan ini’.


Emm, percaya atau tidak peribahasa ini amat-amat disukai orang putih.


ISLAM itu AKIDAH kita

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita. – Imam Hasan Al Banna

Kerap kali islam dilihat hanya sebagai :

  1. Pandai Ashadu (faham kah anda apa tuntutannya?)
  2. Cukup solat 5 waktu (tu pun, ramai lagi kawan aku yang malas solat!!!)
  3. Puasa ramadhan (ada juga yang curik makan)
  4. Bayar zakat (“Aku dah jutawan, mak ai! Banyaknya zakat. Senang tak payah bayar” – getus seorang bilionnaire)
  5. Haji (heyy, berpuluh-puluh kali pi haji, apa kes? –Fatwa penulis)


Hah, itulah 5 perkara yang kononnya asas dalam islam… iye ke pembaca budiman sekalian?

Masha allah.


PEGANGAN KITA

Sebenarnya, tiada dalam kamus hidup seorang Muslim yang Mukmin

-isu tanah air

-isu negara (1 MALAYSIA)

-apalagi isu bangsa (seperti yang digemar gembur oleh UMNO).

Itu picisan belaka!

Isu kita kini is KHILAFATUL ISLAM. Bilakah umat ini akan berada di bawah payung seorang ketua ‘bumi’ yang mengangkat Allah sebagai walinya? Sebagai hakimnya?

Astagfirullah. Masih jauh kita daripada impian itu. (ye ke?)


ORANG PUTIH

Orang putih di sini aku maksudkan sebagai Mat Saleh yang bukan beragama Islam dan threaten us and our religion. Tepatnya Zionisme dan Freemason dan sekutunya (Amerika Syarikat, Rusia dan ahli bawah tanah Komunis yang masih aktif)

Mereka dan keluarga mereka telah menjadikan kita dan keluarga besar islam kita merana.

Kalau dulu, kita bahagia di bawah payUng lindungan Allah, kita kini seksa dalam hedonisme dan sekularisme and –ime ime yang lain.

Kejam kamu, para kafir laknatullah!

Merekalah yang bertanggungjawab ‘divide and rule’ tanah jajahan islam dulu. Dan kejatuhan khilafah 1924 menjadi bukti tangisan umat tidak berguna lagi.

DULU DULU

Mereka takut dengan kita.

Apa tidaknya?

Jika seorang wanita diganggu di sebuah daerah, maka 1 batalion askar akan dihantar oleh khalifah yang berpusat di Turki atau Baghdad. Hah, macho kan?


KINI

Palestin terkulai kaku

Malaysia rancak beREMPIT

Thailand (selatan) mengganas di masjid

Iran disekat menghasilkan nuclear

Afghanistan mahu berlawan dengan tentera US dan NATO

Etc


KESIMPULAN

Jangan terpengaruh dengan peribahasa tersebut.

Ia ciptaan mat saleh benggali puteh (orang PORTUGIS).

Mereka mahu kita berpuak-puak. Dan seterusnya lupa bahawa islam itu ialah DAULAH dan kita semua bersaudara.


HAILSTORM

Aussie dilanda hujan batu. Kak cik adikku di Melbourne lebam lebam badannya ditimpa ketulan ice. And the sad thing is Laptop dia yang masih baby-shop-smell rosak kena ais due to rooftop banglonya pecah!

Maka aku nak ubah peribahasa tersebut:

Hujan BATU di negeri orang

Hujan air di Negara sendiri


Dua dua pun tanah air kita


Banyakkan istigfar adikku

Saya rasa ALLAH sangat sayang kamu


Bukan ke ujian itu is proportional to iman?

Thursday, March 4, 2010

Urgensi!!!



(kalau di hospital, dia panggil red zone)
-especially given to patient who is coding/ nazak




Bismillah hirrahmanirrahim

Baru habis solat zohor. Tadi sepanjang pulang dari Kirovsky Region (kelas tropical disease) yang memakan masa 1 jam lebih, aku menadah telinga mendengar ceramah ustaz dari ipod nano usangku. Jangan membazir masa.

Masa lapang itu akan membunuhmu. –Imam Hasan Al Banna

Sambil-sambil tu, sempat juga membelek handset, balas-balas sms dengan ma di kampung.

“Kamu tuh, bila nak ada seseorang? Asyek cerita pasal orang laen je. Ma nak dengar cerita kamu pulok!”

Haha. Sms ma yang tak terjawab. Sian ma.

SOAL HATI

Berkata-kata soal hati ni kerap buat aku senyap, merenung jauh ke dalam diri.
Aku nak apa sebenarnya?





1. lelaki macho pandai taekwon-do kah?
2. ustaz melilit serban 3 kilo?
3. atau pakcik tukang kebun sekolah maarif?
4. guru tadika berkereta waja
5. atau surgeon gagah buat exploration laparotomy?
6. etc – lu piker r sendiri!

Emm, jawab Azimah jangan tak jawab.

Itu ciri-ciri luaran atau lebih tepatnya duniawi. Takkan tiada karakter ruhiyah yang menjadi idaman kalbu?

Ehhh, mestilah ada!

Haa. Sampai saat ni, aku bisa kata aku rela diam. Senyap. Dan berfikir panjang. Atau lebih tepatnya, tunggu dan lihat. Kerana bukan apa, Allah itu ada.

HUSNU ZHON

Pernah bicara soal ini? Haa. Inilah masanya. Bila semua orang di sekelilingmu sedang berpacaran. Di hujung sana ada majlis walimah. Minggu depan pula hantar menantu bla..bla. Dan kamu?

Kita sabar, husnu zhon dengan Allah. Harap padaNya. Doa padaNya.
Biar Dia menghantar si dia dari sisiNya.

Kita tunggu. Kita doa. Kita jaga segala-gala.
Biar Dia yang pilih…

TAKUT

Bolak balik hati manusia itu seperti air periuk yang sedang menggelegak. –Ibn Rawahah

Betullah tuh.
Sampai ia buat aku bimbang untuk mendengar kata hati sendiri.
Imaginasi akal yang terbatas.
Bisikan-bisikan nakal kerap juga datang.

Ishh.. itulah reality seorang Azimah kini.

Buat ma yang disayangi sokmo, jangan bimbang ye. Insha allah kalau dah jodoh tak ke mana. Bila dah ada yang berkenan di hati, dan hati long pun mantap untuk menerimanya, ma ialah orang pertama yang long akan beritahu. ameen


^_^ copy and paste dari akh aatdif ^_^
Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa kita.
Bahawa Allah akan menerima semua taubat kita.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk istiqamah dalam taubat.

Bahawa Allah akan membantu kita untuk memulakan langkah-langkah ketaatan.

Bahawa Allah akan menjauhkan kita dari kemaksiatan.
Bahawa Allah akan membantu kita menjauhi kemaksiatan.

Bahawa Allah akan memberikan kekuatan untuk ikhlas.

Bahawa Allah akan memberikan ganjaran syurga terbaik.
Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan menguatkan langkah kita dalam dakwah dan tarbiah.

Bahawa Allah akan membantu kita menghayati dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita membuka hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita memegang hati hati kesayangan kita.

Bahawa Allah akan membantu kita membawa kesayangan kita dalam dakwah dan tarbiah.

Bahawa Allah akan mengumpulkan kita semua kembali di syurga.
Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?
Bahawa Allah akan berbuat sebagaimana kita bersangka baik kepadaNya.
Bilakah kita akan SENTIASA bersangka baik dengan Allah?

Wednesday, March 3, 2010

vozvrashailas ia

Bismillah hiraahmanirrahim

Tadi saya pusing-pusing, jalan jalan, lompat-lompat blog ke blog --> semuanya untuk tambah iman. Insha allah.

Bukan apa, iman itu kan seperti cahaya lagaknya. Mana mungkin ketemu kalau kamu senyap tak bergerak, statik melekat di atas katilmu! :) bukan begitu, teman?

Seorang ukhti berkata,
“Cahaya itu apa karakternya?”

Mumbling me,
“Bergerak lurus, membentuk bayang-bayang. Laju! >bunyi.”
(berguna juga SPM guwe~)

Ukhti itu,
“Betul betul betul”
(gaya Ipin)

Emm, macam tuelah…
Bila iman itu cahaya, maka orang yang mempunyai iman (beriman), akan :

1. Hidupnya lurus, tak banyak ‘auta’
2. Kata-katanya jujur, tak ada dusta
3. Duit kerjanya halal, tiada riba
4. etc, fikir sendiri :p

dan bila iman itu cahaya, ia akan buat manusia itu gah seperti matahari!

She spreads the warmth, isn’t it?

Iman dan harakah~~~

Bagaimana kita tahu, amar maaruf, membernya nahi mungkar. Lelaki, temannya wanita. Bila gelap, lampu will come along. Dan ini dia, iman akan diikuti oleh harakah…

Izzaty,
“Harakah tu apa kak?”
Hehe.

~to be continued