Pages

Wednesday, March 11, 2009

deja-vu

sekali lagi saya berjalan-jalan...
mencari makanan untuk roh saya...
penat seharian di kelas memerah otak memberi makan untuk mental :P

macam biasa, blog adik saya (kak ngah) dan murobbiah (muharikah) kesayangan tetap jadi pilihan pertama, hehe

bila baca blog mereka, mereka yang dekat dengan saya, hati saya mudah tersentuh... terasa basah... Alhamdulillah...





tak tersedar, air mata menitis... Rindunya pada Rasulullah saw... Kurang sekali saya mengingati baginda...

Tersentuh dengan tulisan seorang akh. Di sini, saya postkan... Moga jadi ingatan untuk diri saya sendiri juga (T_T)

Tarbiyah AL-HAMASAH AL-LAHIBAH ( tarbiyah yang membakar semangat dan menjadikan jiwa berkobar-kobar menyala) adalah sebahagian pakej perjuangan. Ianya tidak berhenti di satu satu juzuk perjuangan dan tidak hanya dinyalakan hanya untuk waktu perlu dan tertentu sahaja untuk menghindari kefuturan tapi harus dicanai, dilumat serta digarapkan dalam setiap diri dan dialirkan dalam setiap darah daiyah agar nyalaannya dapat dikunyah bagi menerangi jiwa2 daiyah dalam wacana kehidupan sepanyang hayat sebagai seorang pejuang dakwah.

ALHAMASAH ini tidaklah sama dengan semangat tok dukun yang terkena asap kemenyan yangg bersifat sementara atau semangat yang meremangkan bulu roma atau semangat yang menggetarkan seluruh tubuh yang kosong dan tandus sehingga menjadikan pendokongnya dibekukan menjadi passenger (penumpang) seumur hidup di dalam jemaah atau halaqah tanpa dapat dijadikan aset di dalam dakwah.

ALHAMASAH adalah semangat berbentuk rabbani. Semangat yang kita bentuk dalam keadaan kita sedar. Semangat yang sentiasa ada kebersamaan dengan Allah kerana Allah dan untuk Allah. Ia bukannya semangat bermusim, atau semangat "passenger " yang dikeluarkan oleh orang lain dan ditumpangi oleh kita kerana ini adalah semangat kosmetik yang nampak indah tapi tidak dapat bertahan dalam dakwah.

ALHAMASAH tidak akan wujud kecuali jika kita hidup di dalam sirah. Inilah pembuktian seorang pemuda Palestin yang menghayati sirah yang ingin dijadikan anak angkat oleh sahabat kita:

"Sekiranya kami keluar dari Palestin seolah-olah kami keluar dari sirah. Kamu orang Malaysia baru membaca sirah dan ada di antara kamu pun tidak membaca sirah dan tidak tahu sirah! Apalagi menghayatinya tapi …kami telah berada di dalam sirah sebab itu kesusahan yang kami alami. Ia malah menjadi lazat bagi kami ….
Kerana kami bersama rasullulah, bersama Abu Dujanah di Perang Uhud, bersama Hamzah, bersama Khalid di dalam perjuangan ini…api kami semakin membakar, jiwa kami semakin meronta, ruh kami semakin berlumba lumba untuk keluar dari rongga menuju syurga …kelazatan kami tidak terkata.
Kamu ingin mengambil kami untuk dijadikan anak belaan dan anak angkat tapi… ayah ayah kami tidak membenarkan kerana mereka tahu kami akan dijadikan hamba-hamba nafsu, rakus kebendaan sehingga kami lupa tempat kami disyurga.
Ayah ayah kami malah lebih rela kami dibom sehingga terputus kaki kami, terputus tangan dan seluruh anggota kami …tapi kami tidak kesal kerana tangan dan kaki yang terputus menuju ke syurga lantaran menanti teman2 anggota yang lain bersamanya sehingga seluruh anggota kami syahid berkumpul di sana! Inilah semangat kami yang tidak ada pada kamu.”
Masha Allah! Tersentak saya membaca ulasan tersebut.

Baru saya sedar, kenapa Abdullah ibn Umm Makhtum sanggup ke medan juang walaupun beliau seorang yang buta. Tentu beliau antara seorang sahabat (yang disebut dalam sirah) sebagai seorang yang melalui Tarbiyah ALHAMASAHH wa ALLAHIMAH.

Ya, benar sekali akh. Kita perlu hidup dalam sirah. Hari-hari hati ini perlu mengenang sirah... dan pesan ustaz,

SIRAH ITU PERLU DIBACA DENGAN MATA HATI
KERANA IBRAHNYA BESAR SEKALI
JANGAN BIAR HATI KELU MATI
KERANA ITU BAKAL MEROSAK DIRI
SIRAH DIJAGA RAPI
TERISTIMEWA UNTUK UMAT ZAMAN INI
AGAR SENTIASA DIAMATI
DITELADANI
DILAZIMI
BUKAN SEKADAR UNTUK MENGISI HALAQAH SABAN HARI!

Ya allah, tunjukkan aku jalan yang KAU redhai...

"Sesungguhnya mukmin itu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan dia tidak ragu-ragu. Dia berjihad dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah. Dan dialah orang yang benar..."